bab 26

2.8K 83 1
                                    

ENRIQUE menghentak telapak tangannya di kaunter sinki dengan kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ENRIQUE menghentak telapak tangannya di kaunter sinki dengan kuat. Dia benci apabila sisi lemahnya mula kelihatan.

"Awak kena pergi, Enrique. Saya tak boleh nak bahagiakan awak macam yang awak harapkan."

"Fuck you, Helena. Fuck you." Herdik Enrique sebelum pergi meninggal wanita itu.

"Shit." Carut Enrique, dia melekapkan kedua tangannya ke sisi kepala, mengetuknya beberapa kali.

"Lupakan saya. Tolonglah pergi dari hidup saya, saya dah cukup terseksa!"

"Diam! Sial! Diam!" Enrique teriak, entah kemapa emosinya kian terganggu sejak kebelakangan ini, dia mengepalkan tangan sebelum dilayangkannya ke cermin sinki.

Prang! Bunyi pecahan cermin kedengaran, Enrique akhirnya puas, sekurang-kurangnya bayangan wanita itu hilang dari pandangannya buat seketika. Dia menalakan kekura tangannya ke muka, nampaknya aku dah cederakan diri aku semula.

God, you need help. Enrique. Or you might drowned yourself in blood like you used too. Bisikan halus menyapa halwa telinga Enrique.

"Kau yang salah, kau yang tinggalkan aku." Bisiknya sambil tertawa sinis.

"Enrique, awak kat dalam ke?" suara lembut Melissa menyapa pendengaran Enrique.

"Awak okey ke?" soal Melissa sekali lagi di sebalik pintu, dia terjaga dari tidurnya selepas dia mendengar bunyi pecahan kaca dari bilik air mereka.

Apabila dia tak mendapat respon dari Enrique, Melissa hanya menunggu Enrique di birai katil dengan wajah yang kebimbangan. Kenapa dengan dia?" Fikir Melissa. Beberapa minit kemudian Enrique keluar bersama balutan tuala putih menutupi tangan kanannya.

Lelaki itu berlalu pergi ke almari untuk mencapai pakaian tanpa memperdulikan Melissa yang memandangnya. Namun Melissa sempat menangkap wajah Enrique yang bercelaru, tubuhnya masih kebasahan membelakanginya Melissa, beberapa saat kemudian Enrique menyalakan sebatang rokok sebelum bergerak keluar ke balkoni.

Kenapa dia macam tak nampak aku? Melissa tak berpuas hati, apa yang Enrique buat tadi sampai tangannya berbalut?

"Kau nak berpisah bukan?"

Pergerakan Melissa terhenti di hadapan pintu kaca balkoni, ya sudah tentunya dia mahu keluar dari neraka ini, tapi bukan secepat ini, apa pula kata Kayla nanti.

"Aku tanya kau ni, kau pekak ke?" soal Enrique pada Melissa, tubuhnya disandarkan ke palang balkoni.

Melissa terpaksa angguk kepala, bebola matanya bergerak melihat Enrique yang datang mendekatinya.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now