PUN begitu, disebabkan ingatannya pada hari kemalangan sukar dicapai, Enrique kurang percaya pula akan kata-kata bonda. Kalau benci sekalipun janganlah bangkitkan semula hal lama aku tu! Helena dah mati bersama suami dia pun.
"Heish... bonda, please stop this bullshit right now. Bonda ada bukti ke yang Melissa anak kepada arwah Helena? Jangan mengarutlah, Riq tak ada masa nak layan kehendak bonda."
"Datang sini sekarang dan bonda akan tunjukkan segala buktinya pada kamu, dan bila saja kamu percaya, tolonglah tinggalkan Melissa sebelum dia pula tahu bahawa kamu tu pernah berhubungan dengan ibu dia. Pilih Riq, bonda taknak kamu jadi macam tu, dulu kamu susah mahu terima kenyataan, dan sekarang bonda nak kamu tahu yang Melissa bukanlah orang yang sesuai untuk kamu. Dia tak akan terima lelaki yang dah menghancurkan keluarga dia sayang, dengarlah cakap bonda." Jelas Puan Marla dengan nada tegas.
"Give me another valid reason kenapa Riq tak boleh bersama dengan dia, bonda! Just tell me the truth!"
"Nak tahu perkara sebenar? Baiklah kamu dengar sini elok-elok, kamu adalah suspek utama dalam kemalangan tu Riq! Pihak polis dan keluarga Madari nak kamu dihukum sebab mereka anggap kamu adalah pembunuh walaupun sebenarnya pihak penyiasat jumpa ada serpihan paku pada tayar kereta tu!"
Enrique makin tak keruan, kulit kepalanya ditarik-tarik dek kerana tekanan melampau yang mula dirasainya.
Jadi ni lah perkara sebenar yang dia susah benar nak ingat tu? Dia ternyata seorang pembunuh dan wanita itu adalah ibu kepada isterinya.
Kenapa dunia ni terlalu kejam?
Jadi aku ni adalah seorang pembunuh?
"Lima bulan, lima bulan bonda dan ayah merayu pada mahkamah dan polis untuk menutup saja kes ni, bonda sayangkan Riq, bonda taknak hidup Riq terus hancur."
"Habis tu hidup Melissa? Bonda ada fikir semua tu masa bonda sibuk mahu selamatkan Riq?" soal Enrique sambil mengetatkan rahang, dia benar-benar sebal dengan perangai pentingkan diri bonda dan ayahnya ini.
"Dia bukan anak bonda! Kenapa bonda nak fikirkan dia?"
Tergamak, tergamak sungguh Marla Arison berkata begitu, hanya kerana keluarga Madari dan Arison berbeza tarat, kes itu ditutup dan lenyap dari hidup mereka.
"I'm marrying Helena's daughter and I fucking love her! Bonda tak boleh paksa Riq buat macam ni! Come on!" Keluh Enrique pula.
"Do something about it! Tinggalkan dia atau bonda sendiri yang akan suruh dia berpisah dengan kamu!"
***
Seminggu.
Sudah seminggu Enrique pergi begitu saja meninggalkan Melissa, bila ditanya, alasan dia tetap sama.
Busy. Ya dia tahu yang bapa mertuanya baru saja mengambil Enrique berkerja semula, tapi masakan dia tiba-tiba saja tak ada masa langsung untuk Melissa?
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...