bab 51

2.3K 99 14
                                    

TANGAN Melissa laju menaip satu persatu huruf di skrin telefonnya, dengan harapan Enrique akan membaca semua mesej yang dihantarnya sejak pagi tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TANGAN Melissa laju menaip satu persatu huruf di skrin telefonnya, dengan harapan Enrique akan membaca semua mesej yang dihantarnya sejak pagi tadi.

"Mula mula dua tick, lepas tu satu tick pula? Haih, kemana dia pergi ni?"

Tiba-tiba belakang bahunya ditepuk Norman yang baru tiba bersama anak buah kembarnya, cadang mahu melawat Maden di rumah Kayla.

"Lama tunggu ke Puan Melissa?" usik Norman yang kini kelihatan lebih berisi dan tegap.

Melissa juga perasan akan perubahan badan Norman cuma dia malu saja nak bertanya, tas tangan yang diletak di kerusi diangkat untuk memberikan ruang buat Norman untuk duduk.

"Puan nampak berseri-seri ya sekarang? Apa rahsianya? Boleh share dengan saya?"

"Berseri-seri ke? tak cukup tidur jaga Maden adalah," balas Melissa pula.

"Awak berseri dan sedikit berisi dari beberapa bulan yang lepas, ni jawapan jujur saya tau, awak tu isteri orang, takat tu ajelah saya boleh puji, lebih lebih nanti Riq jealous pula."

Melissa tersenyum kelat, Norman pula kelihatan lebih ceria dan berisi juga?

"Oh, by the way. Saya nak bagi awak sesuatu-" Norman mengeluarkan sampul surat berwarna baby blue lalu diserahkan pada Melissa yang terpinga-pinga.

Melissa lantas mencari kepingan kertas di dalam. "Awak nak kahwin? Saya tak tahu pun."

Norman tersenyum simpul, bukannya dia mahu berahsia, cuma dia malas nak mengacau Melissa, tambahan pula Enrique juga ada sedikit isu bila melibatkan Melissa.

"Tulah, saya berkeputusan nak tamatkan zaman bujang saya dengan kawan zaman sekolah saya dulu. Harap awak dan Riq boleh datang, kami buat kecil-kecilan je."

Melissa tanpa berfikir panjang anggukkan saja kepala. Semestinya dia akan berkongsi berita ini dengan Enrique nanti.

Mujur keadaan Maden semakin sembuh, cumanya dia masih lemah dan masih belum boleh berjalan. Sejurus saja Norman dan anak-anak buahnya beredar dari apartment Kayla, Melissa mula menyediakan bekalan makanan untuk Enrique. Sebekas spaghetti bolognese dan ayam goreng disimpan rapi ke dalam bekas kedap udara.

Melissa meminta izin Kayla untuk singgah di rumah suaminya sebentar walaupun kakaknya itu agak keberatan untuk membenarkan dia pergi, entah kenapa hati Kayla kurang senang, tambahan pula mood Melissa senang berubah-ubah sejak kebelakangan ini.

Dalam 20 minit kemudian, Melissa tiba di penthouse dengan membawa makanan untuk Enrique, namun begitu setibanya dia tiba, bayang atau susuk tubuh lelaki itu langsung tak kelihatan. Dia tak berfikir panjang, oleh kerana jam pun menunjukkan enam petang, kemungkinan Enrique sedang mandi atau berada di bilik.

Apabila pintu bilik dikuak, Melissa terlihat tubuh yang terbaring membelakanginya, Enrique masih lagi memakai pakaian kerja nyenyak tidur. Bunyi tapak kasut Melissa mengejutkan Enrique yang perlahan membuka kelopak matanya, raut wajah Melissa ditatap sekilas sebelum dia bangkit lalu mencapai tuala di dalam almari.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now