bab 39

2.2K 77 3
                                    

Februari 2014

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Februari 2014

"BILA kali terakhir kamu bersama mangsa?"

Enrique mengeluh berat, kedua tangannya digenggam erat sambil memeriksa dinding yang bertutupkan cermin yang luas itu.

"Saya tanya awak soalan ni encik, boleh awak jawab? Jangan risau, kes ni masih dalam siasatan." Kata wanita yang berjaket kulit hitam dihadapannya dengan nada lembut.

"Kami cuba nak bantu awak, boleh awak bersuara? Ada hubungan awak dengan Puan Helena?" soal seorang lelaki yang membelakangi wanita itu pula. Nada suara lelaki itu ternyata lebih tegas dan keras.

Seminggu yang lepas, terdapat sebuah kemalangan  yang melibatkan Helena dan keluarganya, kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas sehingga terjatuh ke dalam gaung walaupun ketika kejadian itu cuba masih terang benderang, pihak polis mendapat terdapat kesan minyak serta paku kecil yang tersekat di ekszos dan juga tayar kereta milik suami Helena.

Setelah disiasat latar belakang Helena, iaitu seorang pensyarah muda di sebuah universiti, pihak polis juga mendapati bahawa Helena menjalinkan hubungan terlarang bersama waris Arison dalam diam. Hubungan mereka sering menjadi perbualan hangat di kampus kerana. Enrique tanpa segan silu selalu dilihat bersama Helena.

Dengan itu, Inspektor Anne dan Borhan yakin bahawa kemalangan ini bermotifkan dendam. Crime of passion, a well planned murder.

Enrique masih lagi berdiam diri, dia mengepal kedua tangannya lalu diletakkan di kepala. "Helena kata dia nak kahwin dengan saya tapi tengoklah sekarang dia dah lari, aish."

Pelik dengan kelakuan Enrique, Borhan segera berbisik pada Anne. "Aku rasa dia mengalami delusi yang kuat."

Anne mengerut dahi sambil memandang rakan sekerjanya, "Kau rasa dia on drugs?"

Borhan tak menjawab soalan Anne, malahan dia terus bersuara pada Enrique pula. "Encik Enrique tolong jawab soalan kami, kami hanya nak bantu awak."

"Helena tu berani betul dia tinggalkan aku, tahu tak berapa sayangnya aku kat dia?!" Bentak Enrique seraya menghentak permukaan meja dengan dentuman yang kuat. "Mana Helena?! Korang buat apa dengan dia?!"

***

"I didn't expect to see you here." Kata Tuan Fatir bersahaja sebaik saja anaknya menerjah masuk ke dalam bilik ofisnya.

Melihat keadaan Enrique yang serba tak kena, bertongkat dan tak kemas seperti biasa, dia sudah menjangka bahawa anaknya sedang berada di dalam satu situasi yang rumit seperti dulu. Typical Enrique, mabuk, intoxicated dan akhirnya membahayakan diri sendiri.

bad prince (on hold)Where stories live. Discover now