ENRIQUE bosan, cukup bosan dengan majlis amal seperti ini, tiada apa yang menarik perhatiannya selain daripada senyuman dan layanan terlebih mesra oleh staf staf di akademi itu, dia mahukan sesuatu yang boleh membuatkan adrenalinnya melonjak, majlis yang terlalu formal seperti ini hanya sesuai dihadiri oleh Annalise saja sebenarnya. Dia menopang dagu di atas pemegang kerusi, netra hazel miliknya menyaksikan gelagat anak-anak kecil yang membuat persembahan untuk kesekalian kali tanpa perasaan, percayalah, sejak empat tahun lepas bondanya hanya akan mengarahkan dia saja untuk menjejakkan kaki di akademi ini, mahu tidak mahu Enrique hanya ikutkan saja kerana Puan Seri Marla telahpun menjanjikan kebebasan untuk dia, kebebasan dari perbagai aspek; termasuklah pergaulannya dengan wanita.Enrique berpegang teguh dengan janji itu, selama empat tahun, dia belum lagi pernah gagal menghadiri majlis amal di Moorland Ballet Academy ini. Walaupun tiada apa yang menarik perhatiannya di situ. Namun entah kenapa pada malam itu, matanya tertancap ke arah pentas yang di penuhi dengan penari seramai 10 orang dan juga seorang wanita yang berdiri di tengah pentas, wanita itu lengkap dengan tutu dress berwarna putih keemasan, pakaian itu langsung tidak menjolok mata bagi Enrique, tapi entah kenapa kelopak matanya langsung tidak berkelip memandang wanita itu di atas pentas. Biasan lampu pentas yang menyinari wajah wanita itu lantas menarik perhatian Enrique.
Nampak polos, but how good will she be in bed?
"Does she make me hard already? Ah, f*ck!" carutnya dalam hati, Enrique membetulkan posisi duduk yang malas tadi, belakang badannya kini tegak, gayanya seperti dia benar benar mengagumi persembahan itu.
"Not this time, Enrique. Calm your d*ck, please." Bisikan kecil ini membuatkan Madam Joan yang berada di sebelah menegur lelaki ini.
"Yes, Sir Enrique, anything I can help you with?" tanya Madam Joan ramah, sebelah telinga dirapatkan pada anak Puan Seri Marla itu.
"Who's she?" Enrique tidak mahu nampak terlalu ketara saat dia menujukan soalan ini pada Madam Joan, dia hanya berkata selamba tanpa berpaling ke arah wanita itu.
"Nama dia Melissa Madari, salah seorang guru ballerina dia sini, baru tujuh bulan saja dia bekerja di akademi, kenapa ya, Sir?"
"Nothing, just a beautiful performance." Ibu jari digigit sambil matanya masih belum lepas menyaksikan persembahan di pentas.
Madam Joan berasa pelik dan janggal dengan jawapan lelaki ini, kerana selama ini, belum pernah lagi Enrique Arison mahu memuji persembahan pelajar pelajar di akademi.
***
"Teacher Lisa memang hebat! Nanti kita menari lagi ya?" soal anak murid Melissa sambil mengetatkan pelukan di pinggang ramping miliknya.
"Okey, boleh, tak ada masalah!" Melissa mengusap lembut ubun kepala Lilly.
Sorakan dan tepukan gemuruh diberikan oleh anak-anak murid Melissa dibelakang pentas, dia sendiri tidak menjangka bahawa persembahan kecil itu mendapat tepukan gemuruh dari Sir Enrique tadi, hampir kaget juga dibuatnya taktala lelaki itu bertindak untuk bangun dan memberikan standing ovation buat mereka.
Sanggulan rambut yang ketat di kepala dihuraikan saat dia tiba di bilik persalinan, dia membuka zip beg galas untuk mencari sweatshirt dan baggy jeans yang dipakainya ke akademi tadi, tapi dia perlu menanggalkan solekan terlebih dahulu, Melissa mengeluh, rasa kebas di kaki mula terasa.
"Aduh, tolonglah, menari kejap saja kut!' gumam Melissa sebelum melabuhkan punggungnya ke kerusi, sebelah kaki di angkat di kerusi sebelah pula, rasa berdenyut mula menguasai ligament kaki kirinya yang sedikit senget, dengan perlahan dia mula mengurut supaya denyutan itu akan surut.
Tup!
Secara tiba-tiba lampu di dalam bilik itu terpadam dengan sendiri, bahunya terhinjut dengan kejadian tiba tiba ini, tiada apa sumber lain yang boleh meneranginya. Sudahlah kaki mula buat hal, lampu pula terpadam. Dengan langkah perlahan, Melissa gagahkan juga dirinya untuk mencari telefon bimbit di dalam beg galas, dia menyentuh permukaan meja solek di hadapannya untuk membuka poket kecil di dalam beg, malangnya beg galas itu hilang dari tempat yang diletakkan Melissa.
"Ya Tuhan, mana beg aku ni?" Melissa mula bangkit dari duduknya, dengan kegelapan yang meneranginya ketika itu, dia gagahkan juga untuk berdiri.
Namun entah kenapa, dia merasa seperti ada sentuhan hangat yang melingkar di bahagian belakang, seperti ada tangan liar yang cuba untuk membuka zip dress itu, secara perlahan. Pergerakan Melissa terbantut kerana dia cuba untuk mengenal pasti samada sentuhan di belakang badan itu hanyalah ilusi atau nyata.
Zap!
"Perfect,"
Bisikan halus lagi hangat ini berkumandang di telinga kanan Melissa, seraya pemilik suara tadi mula menyentuh sisi betisnya secara sensual, nafas Melissa turun naik, peluh mula membasahi pelipis memandangkan penghawa dingin dalam bilik itu juga mati. Kemudian sentuhan dari tangan kekar tadi mula melingkar di pinggang. Satu deruman nafas yang perlahan namun hangat berjalar di bawah telinga dan bahunya yang terdedah, satu kucupan diberikan.
"Relax, Melissa." Bisik suara itu lagi.
Dengan penuh perasaan gerun, Melissa cuba untuk melepaskan dirinya dari pelukan misteri itu, dia segera menolak badan yang gagal dilihatnya, walaupun dia gagal namun selepas beberapa tolakan, akhirnya dia berjaya meloloskan diri sehingga badannya tersembam ke lantai.
Tup!
"Mel, kau okey ke?"
"Joel, ada orang dalam bilik ni tadi! Sumpah, dia sentuh saya lepas tu nak buka dress saya!" Melissa bangkit dari lantai laju segera mendapatkan rakan sekerjanya di kafe iaitu Joel, pergelangan tangan lelaki itu ditarik, pada saat itu Joel menyaksi wajah kemerahan Melissa, rakannya itu benar-benar ketakutan.
Joel menutup kelopak matanya saat matanya dengan tidak sengaja memandang belakang badan Melissa yang terdedah.
"Tapi aku tak nampak sesiapa pun curi masuk bilik ni tadi." Ujar Joel yang mula menjejakkan kaki ke dalam bilik itu.
"Sumpah, saya dapat rasa dia kat belakang saya tadi, jom! Kita kena cepat pergi dari sini!" ajak Melissa tanpa sempat pun menukar tutu dress yang disarungnya.
"Mel, takkan kau nak pergi makan dengan aku pakai tutu ni? Pergilah tukar baju, aku tunggu sini." Kata Joel selamba sambil mencampakkan pakaian ke arah Melissa yang masih lagi ketakutan, mukanya diraup berkali-kali.
"Saya takut! Ada orang cuba nak meraba saya dalam bilik ni, entah-entah dia menyorok dalam bilik air." Teka wanita itu, dia memeluk pakaian yang dipegang dengan erat di dada "Jom balik, Joel." Rayu Melissa.
YOU ARE READING
bad prince (on hold)
RomanceAMARAN +18 for matured scenes, languages, dubious consent and violences (zon bahaya) Melissa Madari, seorang penari balet yang terpaksa bersara akibat kecederaan yang dialaminya. Kehilangan ibu bapa bukanlah penghalang untuk Melissa membesarkan Mad...