Hujan lebat serta guruh yang sabung menyabung tidak mengganggu pemanduan Amrin ke destinasi yang dituju. Dalam tumpuannya yang sibuk memandu, kepalanya sarat memikirkan keputusan yang bakal diambil.
Selepas lebih sejam memandu, Amrin tiba di halaman rumah banglo yang terletak di Damansara itu. Pintu pagar langsung terbuka menandakan penghuni di dalam rumah sudah bersedia menerima kunjungan mengejutnya itu.
Keluarga Tengku Darwish menerima kunjungan Amrin dengan pintu terbuka. Sebaik melihat wajah Amrin yang sugul itu tahulah mereka bahawa ada sesuatu yang ingin disampaikan anak muda itu.
"Jom masuk bro." Tengku Danish terus menarik Amrin masuk ke ruang tamu setelah lelaki itu bersalaman dengan Tengku Darwish yang turut menyambut di muka pintu.
"Saya minta maaf sangat-sangat uncle, aunty..tapi sekali lagi saya mohon bantuan uncle dan aunty untuk tengokkan Balqis."
"Jangan cakap macam tu Amrin... Am dah macam anak aunty, of course aunty akan tengok-tengokkan Balqis, jangan risau. Sekarang Am hanya perlu fokus, selesaikan tugas Am dan kembali pada Balqis okey?"
"Saya..saya mungkin..tak kan balik aunty."
"Maksud kau?" Soal Tengku Danish, mula hairan dengan permintaan Amrin. Tengku Darwish juga mula tegang bahunya di sebelah Puan Ardelia.
"Maksud kau apa bro?" Tengku Danish mula cuak melihat air mata Amrin yang tumpah di hadapan mereka. Terus dia bertinggung di hadapan Amrin yang sedang menekur wajah dengan lengan ditongkatkan pada lutut.
"Weh Am, apa hal weh? Kau kenapa?" Tangan Amrin yang terketar itu digenggam Tengku Danish.
"Kenapa Am?" Tengku Darwish yang hanya diam memerati mula bersuara, bertanya. Dia sudah dapat mengagak tindakan yang bakal anak muda itu ambil.
Pastinya tindakan itu akan memberi kesan kepada pasangan muda itu, jikalau tidak masakan Amrin sehingga mengalirkan air mata di hadapan mereka petang itu?
Cukup seminggu bertugas di Warisan Group Balqis mula mendapat rentak kerjanya. Dengan bimbingan ahli lembaga pengarah dan Seri yang membantu menguruskan jadualnya, Balqis sudah semakin mahir dengan tugasannya.
Dalam tempoh masa smeinggu itu juga dia sudah berjumpa dengan semua jabatan yang menjadi tulang belakang Warisan Group. Walaupun dia msih muda, terukir riak senang setiap jabatan untuk menerima kehadirannya.
Tugasnya di Suffix Media juga sudah mula diserahkan secara berperingkat kepada penggantinya. Dalam masa yang sama, dia juga memberi tunjuk ajar kepada Ketua Editor baru di Essentialist dari jauh.
Cuaca buruk di luar dipandang melalui tingkap bilik pejabatnya. Jam tangannya ditelek, tinggal 20 minit sebelum waktu kerjanya tamat.
Malam itu dia mahu melakukan sesuatu yang istimewa buat Amrin, memandangkan lelaki itu sudah banyak membantunya sepanjang fasa peralihannya dari Suffix Media ke Warisan.
'Well he is my husband, so logik la kalau dia buat itu ini. Dah memang tanggungjawab dia kan.'
iPhone yang berada di hujung meja diperiksa, tiada pula pesanan WhatsApp dari suaminya itu. Kebiasaannya jika sudah hampir waktu pulang lelaki itu akan mengirim pesan padanya supaya berhati-hati ketika memandu.
'Huh? Takde drive safe today?'
Balqis meletakkan telefonya dan kembali menyambung kerja yang bersisa untuk hari itu sambil kepalanya merancang untuk makan malam itu.
'Awak kat mana? Saya dah beli dinner, kita makan sekali.' Pesanan WhatsApp kiriman Balqis dibaca sekilas.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...