72 | Pendedahan Kepada Dunia

4.2K 332 28
                                    

Amrin leka memandu sambil sebelah tangannya menggenggam tangan Balqis di atas peha. Mereka kini dalam perjalanan untuk berjumpa Johan. Setelah seminggu jemputan Johan untuk berjumpa secara rasmi dengan Balqis dan Amrin diterima, barulah Balqis mempelawa suaminay itu untuk menemui penjaga wasiat keluarganya itu.

Balqis memerhati Amrin sambil kepalanya ligat berfikir akan penerimaan Amrin terhadap pendedahan menyeluruh tentang keluarga belah ibunya itu. Sedikit-sebanyak dia agak risau sekiranya Amrin berasa tidak selesa untuk mengetahui tentang keluarganya memandangkan Megat Rahim yang juga merupakan bapa saudaranya itu sudah melakukan jenayah sehingga mengorbankan kedua mama dan abah Amrin.

"Awak tengok abang macam tu kenapa?"

Balqis segera tersedar dan matanya kembali fokus pada Amrin yang sudah tersengih kerang itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Balqis segera tersedar dan matanya kembali fokus pada Amrin yang sudah tersengih kerang itu.

"Eh perasan. Orang bukan pandang dia, orang tengah fikir."

"Takpe sayang... No matter what happens, abang ada dengan awak."

"Sure? Tak lari?"

"Takkan lari punya. Kalau lari sekali pun, lari masuk hati awak je, huhuhu." Balqis hanya senyum melihat suaminya yang sentiasa ceria. Walau dibadai ujian sekali pun, lelaki bernama Mikael Amrin ini kekal kuat dan sebaik mungkin akan memapar senyuman indahnya.

Tangan kirinya yang bebas tidak dipegang dan tidak memegang apa-apa itu terus mendekat dan mengelus wajah Amrin, sekaligus memeranjatkan lelaki itu dengan tindakan yang tidak disangka-sangka.

Seketika kemudian Balqis menjatuhkan tangannya lalu menyandarkan kepalanya pada bahu Amrin dan begitulah keadaannya sehingga tiba di destinasi.


Setibanya di Grand Hyatt, Amrin memimpin Balqis naik ke THIRTY8 dan mereka di bawa ke meja yang sudah ditempah Johan oleh pelayan restoran. Johan yang sudah pun tiba terus bangun dan menyambut ketibaan pasangan muda itu dengan senyuman mesra.

"Welcome Balqis and Amrin, have a seat!"

"Dah lama uncle sampai?" Soal Balqis sekaligus menimbulkan kerutan kecil pada dahi Amrin. Sepertinya dia tidak menyangka hubungan Balqis dan lelaki awal 50-an itu sebegitu baik.

"Baru juga dalam 5 minit. How was the drive here? Jalan okey?" Balqis yang hanya diam dengan senyuman kecil itu memaksa Amrin menjawab bagi pihaknya.

"Jalan okey, takde jammed."

"I see. Before we proceed to our agenda, apa kata kita order dulu? Lunch today is on me, order je apa nak makan." Ujar Johan lalu memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.

Johan mengeluarkan kad perniagaannya lalu memberikan pada pasangan itu. Balqis yang sudah serba-sedikit mengenali Johan itu terus menyimpan kad yang diberi manakala Amrin membaca terlebih dahulu kad itu.

Johan & Co
Datuk Wira Johan Azhar

"Uncle minta maaf kacau you all lovely couple hujung-hujung minggu ni tapi memandangkan keadaan dah lebih tenang sekarang eloklah uncle personally jumpa Balqis dan explain things a little bit to you before your appearance in Warisan."

Till the EndWhere stories live. Discover now