Selesai menghabiskan sarapan pagi yang disediakan Amrin, Balqis terus naik ke atas dan menukar bajunya ke pakaian renang yang sentiasa di pakai untuk bermandi di kolam mandi di tepi rumah.
Amrin sudah keluar jam 8.00 pagi lagi untuk berjoging, meninggalkan Balqis yang masih tidur bersendirian. Malam sebelumnya mereka tidur lambat kerana masing-masing melayan tv.
Balqis yang pada mulanya enggan menerima ajakan Amrin apabila melihat review cerita yang ditunjukkan Amrin, Avengers Infinity War. Ya, memang suda lama cerita Avengers menjadi kegemaran umat manusia tetapi tidak dirinya.
Bukan dia tidak tahu tentang filem itu, malah dia juga turut mengenali kesemua barisan pelakon filem itu cumanya minat untuk dia menonton cerita sebegitu tiada. Dia tidak menggemari cerita-cerita yang indah-indah belaka.
Seperti filem-filem Avengers dan Marvel sebelum ini, masakan adiwira yang sudah hampir tewas dan nyawa-nyawa ikan mampu mengalahkan penjahat yang menguasai dunia dengan kekuasaan yang penuh? Sungguh tidak logik baginya. Tetapi begitulah cerita. Mainan manusia semata-mata.
Jika mahu diikutkan keadaan sebenarnya, memang mustahil untuk selamat. Seperti kiamat misalnya, banyak cerita yang menggambarkan kiamat seperi 2012, San Andreas dan lain-lain. Cerita yang megikut akal logiknya sangat mustahil untuk umat manusia terselamat, akhirnya menemui penamat yang bahagia dan semuanya kembali seperti sedia-kala. Sungguh tidak logik.
Oleh kerana pujukan Amrin yang beriya-iya mahu Balqis menemannya untuk menonton Infinity War, terpaksa Balqis turuti permintaan suaminya itu, selepas diletakkan bermacam syarat yang dipersetujui oleh Amrin tanpa banyak soalan.
Setelah memakai bikini, Balqis cepat-cepat turun ke kolam. Dia melumurkan sunscreen pada tubuhnya terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kolam. Sejak keupulangan Amrin, dia tidak pernah lagi berenang dan memakai bikini kerana bimbang akan terlihat oleh suaminya. Walaupun mereka sudah sebilik, belum pernah lagi dia memperlihatkan tubuhnya pada Amrin.
Saat-saat berendam di dalam kolam digunakan untuk menenangkan dirinya. Tubuhnya diapungkan lalu matanya dipejam, menikmati kedinginan cuaca dinihari yang semakin hilang disapa cahaya matahari pagi.
Amrin yang kepenatan memperlahankan rentak jogingnya lalu dia berjalan perlahan. Lama-kelamaan kakinya semakin perlahan melangkah dan dia mendapatkan kerusi yang disediakan untuk berehat di kaki lima kawasan perumahannya itu.
Sedang dia meneguk mineral yang dibawa bersama, suara Syaqiel kedengaran menegurnya.
"Weh Qil!" Amrin bangun dan terus menyambut huluran salam Syaqiel sebelum sama-sama duduk di bangku itu.
"Lama aku tak nampak kau."
"Jangan cakap aku, kau pon sama. Sejak-sejak dah masuk tv ni makin susah nak nampak kau." Ujar Syaqiel dengan senyuman kecil.
"Tak sangka selama ni berjiran dengan 'retis'."
"Eh takde la, aku mana 'retis'. Tak reti 'retis-retis' ni. Hahahahaha."
"So apa cerita kau?"
"Aku macam ni je la. Dah mula busy sikit."
"Busy sikit? Memanjang je busy kau aku tengok."
"Itu la, sejak dah dikenali ni, semua benda aku buat tak boleh nak sorok. Ada je orang tau. Hahahahaha."
"Biasa la tu, dah nama pon hidup glamour. Ni, business macam mana? Okey?"
"Okey, alhamdulillah. Baru lepaslaunching game baru hari tu, sekarang ni macam dah ada masa sikit. Tu yang boleh jogging hari ni."
"Hahahahaha, yeke. Bagus la tu. Aku dah beli game kau. Best lah."
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...