41| Bermulanya Curiga

9.5K 453 28
                                    

   Amrin diam memerhati Syaqiel yang dari tadi matanya memandang hiasan dalaman syarikatnya itu. Walaupun panas hatinya belum sejuk angkara jelingan mata Syaqiel pada isterinya sebelum ini, dia masih tetap ingin mengotakan janjinya pada lelaki yang sudah dianggap sahabat itu.

   Mungkin dia membuta-tuli untuk cemburukan Syaqiel. Selagi lelaki itu tidak berbuat apa pada Balqis dia masih boleh memaafkan, tetapi tidak bermakna dia akan berdiam diri. Dia akan bertanyakan pada Syaqiel tentang perasaan lelaki itu terhadap isteri kesayangannya kelak, harus!

   Kehadiran Syaqiel pada hari itu adalah untuk menghadiri sesi temuduga bersama Amrin. Jawatan Software Developer yang ditawarkan Amrin pula kebetulan punyai sangkut-paut dengan bidang pengajiannya iaitu Sains Komputer.

   Tugas utama sebagai Software Developer adalah membangunkan aplikasi yang membenarkan komputer atau peranti membuat sesuatu tugas. Juga bertanggungjawab membangunkan sistem asas yang menjalankan peranti atau rangkaian kawalan atau dalam bahasa lebih mudah membangunkan sistem perisian komputer.

   Kerja tambahan yang ditugaskan Amrin padanya sebagai Software Developer juga termasuk menguji perisian komputer yang dicipta dan dibangunkan sebelum dikeluarkan pada pasaran umum. Tawaran Amrin agak menarik membuatkan dia harus berfikir sebaik mungkin sebelum membuat keputusan.

   "So macam mana?" Soalan Amrin menyedarkan Syaqiel pada realiti. Terus pandangan matanya diangkat menancap pada mata sahabat di hadapannya itu.

   "When can I start?" Soalan Syaqiel membuatkan Amrin menarik senyum senang. Tangannya dihulurkan lalu dia bersalaman dengan staf barunya itu.

   "Next week. Kau rehat la dulu seminggu ni. Once dah masuk kerja nanti, sorry to say la, takde maknanya rehat tu. Hahahaha." Kata-kata Amrin turut disambut dengan ketawa senang hati dari Syaqiel.




   Balqis bertungkus-lumus menyiapkan kerjanya yang masih bertimbun itu. Ini semua salah Amrin! Lelaki itu tiba-tiba memberitahu bahawa lusa mereka akan terbang ke San Francisco. Pada mulanya dia fikir hanya gurauan tetapi selepas Amrin menunjukkan tiket penerbangan yang sudah siap ditempah dan dicetak, barulah dia tahu bahawa suaminya itu serius.

   Ekoran itu, sudah hampir seharian mood nya tidak baik, semuanya gara-gara Amrin yang membuat keputusan melulu tanpa berbincang dengannya.

   Baru sahaja dia ingin memanggil Elly masuk ke biliknya melalui interkom, interkom terlebih dahulu berbunyi menandakan panggilan dari pembantu merangkap setiausahanya itu.

   "Yes Elly?"

   "Miss, there's someone here to see you but haven't set up an appointment yet. He says it's important."

   "Who is he?"

   "Megat Rahim from MPIRE."

   "Who?"

   "He said it's regarding your past."

   "Elly, I'm very busy right now. Whoever he is tell him to set up an appointment first.

   Oh and bawa masuk file yang perlukan my sign urgent. The one yang you rasa cannot survive without my signature for the next week."

   "Sure. But miss, he said he knew your parents." Balqis terus terkelu. Dia yang mengenali almarhum kedua ibu bapanya? Siapakah dia? Tidak ramai yang tahu tentang keluarga dan masa lalunya, pasti orang itu kenalan keluarganya.

   "Send him in." Ujar Balqis dengan suara yang tegang sebelum dia memutuskan panggilan interkom yang dihubungi Elly.

   Balqis menutup fail yang sedang disemak lalu ditolak ke tepi. Dia bersandar dengan penuh debaran di dada sementara menunggu kemunculan Megat Rahim di pintu bilik pejabatnya. Sebaik pintu bilik di ketuk, Balqis memanggil masuk tetamu di luar dengan nada suara seorang profesional.

Till the EndWhere stories live. Discover now