Puan Sri Fazila sabar menunggu Balqis bertungku di dalam bilik. Pagi itu Amrin berangkat ke pejabat kerana ada urusan yang perlu diselesaikan, tinggallah Balqis dan keluarganya di rumah.
Awal pagi lagi Amrin sudah berangkat ke pejabat, sedar-sedar sahaja Puan Sri Fazila mengejutnya menyuruh mandi kerana ada tukang urut yang akan datang menungku badannya. Pada mulanya Balqis enggan menerima pakej berpantang ini kerana dia tidak suka dirinya diuruskan orang lain lebih-lebih lagi orang luar yang tidak mengenali dirinya.
Ada sebab mengapa dia tidak selesa dan tidak suka orang luar mendekatinya, malahan untuk berada di dalam lingkungan jarak yang dekat juga dia tidak gemar kerana rahsia yang disembunyikannya pasti akan membuat orang mengatanya.
Malahan Amrin juga terkesima apabila melihat rahsia yang disembunyikannya tetapi mungkin kerana lelaki itu ikhlas mencintai dan menyayangi dirinya, lelak itu menerima kekurangan yang ada pada dirinya seadanya. Lebih tepat lagi, Amrin menerima 'torehan' yang ada pada badannya dengan baik sekali.
Tidak pernah sekali pun lelaki itu mengungkit atau mempersoalkan tindaknnya. Mungkin kerana itu dia merelakan Amrin menggaulinya dengan rela hati. Lagi pula lelaki itu berhak ke atas dirinya. Apa sahaja yang ada pada tubuhnya milik lelaki itu.
Balqis kembali pada realiti saat terbau pilis dahi yang sudah dibancuh untuknya. Balqis hanya mengeluh dan merungut di dalam hati. Semoga dia kuat untuk menempuhi baki tempoh berpantangnya dengan segala kelengkapan diri yang tidak dipinta ini.
Setelah siap dimandikan, Balqis berbaring di atas katil untuk menerima urutan rutin dan seperti yang dijangka, tukang urutnya agak terkedu melihat sebahagian badannya penuh dengan kesan torehan. Terus sahaja dia menyuruh tukang urut itu merahsiakan perkara itu daripada Puan Sri Fazila.
Nenek mertuanya tidak tahu akan hal yang satu itu kerana selama ini di hadapan ramai dia menyembunyikan kesan torehan yang ada pada badannya samada dengan memakai baju berlengan panjang atau dia akan menutup dengan concealer, jikalau tidak nenek mertuanya itu pasti risau dan bising.
Masakan tidak? Siapa sahaja yang akan menyangka bahawa dia berpotensi untuk mencederakan dirinya sebegitu rupa? Kadang-kala Amrin juga turut memberikan perhatian yang spesifik terhadapnya, bimbang sekiranya isteri kesayangannya itu dilanda depresi dan bertindak untuk mencederakan diri semula.
"Is this what I think it is??" Soal Syaqiel yang sudah ternganga melihat proses akhir persiapan projek yang sedang diusahakan Amrin.
Masing-masing sudah sedia maklum bahawa Amrin sedang mengusahakan satu projek yang pada mulanya hanya sekadar projek uji kaji. Tidak sangka akhirnya projek yang disangka sekadar uji kaji itu akhirnya mendatangkan hasil yang sungguh tidak disangka-sangka.
"This is huge!! Macam mana kau boleh figure out sampai jadi 5G tech bos?? Gila la..." Johari sudah seperti kera mendapat bunga telatahnya, bangga dan sangat gembira dengan kejayaan majikannya.
"Habis tu kita nak buat apa sekarang?" Safuan yang sedang menggigit sebiji epal sambil duduk di hujung meja kerja Amrin menyoal.
"We definitely can't let anyone knows about this. For the time being semua diam dulu pasal ni... I need to head back to hq for this matter." Amrin memandang mata setiap staff yang berkumpul di sekelilingnya.
"Tapi bos, kenapa kita tak nak launch je kat sini? Kalau kita launch kat sini, kita akan jadi company IT Tech pertama yang introduce 5G tech in Malaysia." Sekali lagi Johari menyoal, agak hairan dengan strategi majikannya.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...