Suara bising di ruang tamu luar bilik yang dihuni sementara itu menggamit Balqis untuk bangun dan melihat apa yang terjadi. Telinganya ditekap pada pintu bilik bagi mendengar suara-suara yang bising di luar. Terus pintu bilik dibuka dan dia dia melangkah perlahan ke ruang tamu.
Amrin yang perasan kehadirannya terus menggamit dan memanggilnya mendekat.
"Sayang, come here. Joe dah sampai ni." Usai Amrin bersuara Joe terus berpaling menghadap Balqis dengan senyuman lebar.
"Ohh..." Terus Balqis mendekat dan menegur rakan kerja merangkap pembantu suaminya itu.
"Trisya, how are you?"
"I'm fine. How are you? How was the trip?"
"The trip was so long and exhausting but no worries, I'm fine."
Selepas bertegur sapa Balqis terus ke dapur untuk menyediakan minuman. Terlupa pula dia tentang kehadiran Joe.
Amrin ada memberitahunya beberapa hari lepas bahawa Joe akan menumpang di rumah mereka beberapa hari untuk menyelesaikan hal kerja di ibu pejabat Knick Knack di Shah Alam.
Sedang dia leka menuang jus ke dalam gelas, Amrin melangkah masuk ke dapur.
"Buat apa?"
"Tuang air la?"
"Oh okey, awak jamu la Joe air dulu. Abang nak masak kejap."
"Nak masak?"
"Haah, lunch kan. Abang ingat nak ajak makan luar tapi Joe baru sampai, takut dia penat."
"Awak nak masak apa?"
"Masak apa yang Joe makan." Balqis merengus kecil mendengar jawapan Amrin yang tidak membantu itu.
"Hahaha, takde la... Abang nak masak mexican ala asian style. Nasi butter dah siap, sekarang tinggal nak grill ayam and buat salad sikit. Alaa macam nandos tu with a littile bit of asian twist. Joe tu nampak je mat salle, tapi hati melayu tau. Sambal belacan tu dia buat dipping sauce tau."
"Menipu je..."
"Eh ehh, kita pula yang dikatanya tipu? Betul la. Tu member abang, abang tau la." Balqis yang malas mahu melayan terus menukar topik perbualan. Malas mahu berdebat.
"Nak saya tolong apa-apa tak?"
"Eh? Sejak bila isteri abang ni rajin nak tolong kat dapur?" Balqis terus mencapai kain buruk di sebelahnya lalu dicampak ke arah kepala Amrin.
Kena sahaja kain itu pada kepalanya, Amrin terus berdekah ketawa.
"Alaa gurau sikit pon tak boleh. Yelaa, awak pergi hantar air kat Joe dulu. Lepas tu kejap lagi tolong abang buat salad ni." Balqis hanya mengangguk dan menurut tanpa bantahan. Pertama kali menerima tetamu jauh membuatkan dia jadi bersemangat untuk menghidang air.
Keesokan paginya Amrin membawa Joe ke ibu pejabat Knick Knack MY di Shah Alam. Walaupun hari itu adalah hari Ahad, dia tetap mahu membawa Joe ke pejabat kebanggannya kerana keadaan jalan raya yang tidak sesak menyenangkan hatinya untuk memandu.
Kedua, Ahad merupakan hari cuti bermakan tidak ada seorang pun staff di Knick Knack, memudahkannya untuk menerangkan pada Joe sendiri tentang kelebihan Knick Knack MY yang dia yakin dipandang rendah oleh sebahagian dari staffnya di San Francisco.
Manakan sama Malaysia dengan San Francisco. Ada yang lebih dan ada yang kurang dikedua-dua buah ibu pejabat syarikat miliknya.
Joe mengangguk kagum apabila melihat keadaan ibu pejabat Knick Knack MY, baginya tidak kurang maju dengan ibu pejabat di San Francisco.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...