19| Terima

10.5K 608 18
                                    

   "It's alright. It's okay, abang ada sini."

   "Abang takkan tinggalkan Qisya. Abang janji."

   Kata-kata pujukan Amrin masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Sejak malam itu, dia mula bereaksi janggal apabila berhampiran suaminya.

   Tidak tahu apakah rasa itu, tetapi yang pasti hatinya mula terbuka untuk lelaki itu. Selamat. Rasa selamat berada berdekatan lelaki itu.

   Sudah lama dia hidup dalam ketakutan dan bersendirian. Perasaan selamat itu sudah lama dicari dan kini dia mula merasakan selamat di samping Amrin. Di samping suaminya.

   Nonsense! Never!

   Dalam dunia ni takkan ada tempat yang selamat.

   Kriing!

   Bunyi telefon pejabat menyentakkan fikirannya yang mula ditelan perasaan.

   "Yes Elly?"

   "Miss Trisya, Clara from Glam magz wanted to have some discussions with you. But she's only available on dinner tonight.

   "Yea, sure. Just book a place for dinner. I don't mind small discussions over dinner."

   "Alright then. I'll email you the booking details later."

   "Yes, that would be great. Thank you."

   Setelah meletak gagang telefon, fikirannya mula menerawang pada Amrin.

   Sudah hampir seminggu dia bereksperimentasi dengan kewujudan Amrin di dalam bilik tidurnya.

   Sejak Amrin memujuk dan menenangkannya malam itu, dia sepertinya tidak boleh berjauhan dengan lelaki itu.

   Sekiranya Amrin tiada pada malam hari, tidurnya pasti akan dihantui mimpi ngeri itu lagi. Sebagai penyelesaian, dia cuba tidur di dalam dakapan Amrin. Ya, sungguh ajaib sekali apabila dia yang meminta dan menagih untuk berada di dalam pelukan suaminya.

   Malah, pada mulanya Amrin juga agak tercengang dengan permintaannya tetapi lelaki itu tidak banyak bertanya dan langsung menunaikan permintaannya.

   Ekoran itu, kini sudah 3 malam dia tidur di dalam pelukan suaminya. Memang dia agak keberatan, tetapi demi tidur yang lena dan pulas dia merendahkan egonya.

   Ego? Ya! Dia seorang wanita yang sangat besar ego dan tinggi harga dirinya.

   Membesar bersendirian tanpa keluarga dan tanpa mengetahui identiti diri yang sebenar membuatkan dia menjadi seorang manusia tanpa hati dan perasaan. Ego dan harga dirinya dijulang setinggi langit.

   Apa sahaja yang dilakukan tiada siapa yang menghalang. Malah, semakin disanjung dan dipuji, menjadikan dia semakin menutup hati untuk orang luar dan hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Baginya, orang luar tidak penting, hatinya lebih penting kerana dia hidup dengan dirinya sendiri.



   "Mike, you can't do that!"

   "Why not? I know what I'm doing man."

   "You'd get killed!"

   "I don't mind getting killed for my ally. Goodbye."

   "Mike! No!"

   Serta-merta watak yang dimainkan Amrin di dalam Mobile Legend itu mati diserang musuh.

   "Dammit Mike! You ruined my plan dumbass!!"

   "Why Mike? Why?! That's a week of effort!"

Till the EndWhere stories live. Discover now