37| Belum Rezeki

9.8K 517 36
                                    

   Jam 11.00 pagi Balqis menunggu di lobi Suffix Media. Setibanya dia di pejabat jam 8.00 pagi tadi, terus dia bergegas dan menyiapkan hampir sebahagian kerja yang memerlukan perhatiannya secepat mungkin.

   Email yang penting sudah dibalas. Draft artikel juga sudah disemak dan dibetulkan. Tandatangannya turut diturunkan pada dokumen dan kertas kerja yang perlu dihantar dan dipulangkan segera pada individu dan badan yang terlibat.

   Sedikit kelam-kabut paginya apabila Amrin menyatakan niat untuk membawanya bersama pada malis pelancaran permainan video terbaru syarikatnya lewat malam semalam. Terpaksalah dia mengarahkan Elly untuk menunda satu mesyuarat dan 2 temujanji business yang sudah dijadualkan untuknya pada hari itu.

   Pada mulanya dia menolak keras niat dan cadangan Amrin untuk membawanya bersama kerana baginya apa yang dilakukan oleh suaminya itu tidak berkaitan dengan kerjanya tetapi demi 'public appearance' dia bersetuju dengan hati yang tidak rela.

   Malas sebenarnya mahu menjadi perhatian dan bualan orang ramai. Dia tahu banyak pihak yang berkenan dengan kejayaan suaminya itu atau lebih tepat lagi 'rupa' suaminya itu, maka kesempatan public appearance itu digunakan untuk menarik publisiti pada Essentialist.

   Tidak sampai 5 minit menunggu, Aston Martin DB11 milik suaminya tiba di luar lobi syarikat. Terus Balqis bangun dan melangkah keluar dari lobi.

   "Hai." Tegur Amrin dengan senyumannya sebaik sahaja Balqis menutup pintu belah penumpang. Brek tangan diturunkan lalu dia memandu menuju ke Pavilion.

   "Saya tak nak lama sangat tau, ada kerja lagi ni."

   "Ok-ok. Event start pukul 12, sekarang baru pukul 11.03. Dalam setengah jam je launching, lepas tu dah boleh bersurai. Abang cakap pon tak sampai 10 minit."

   "Before 2.00 saya nak balik ofis."

   "Alright. Kalau macam tu, kita makan dulu nak? Takut nanti lepas event rushing pula."

   "Terpulang."

   "Awak nak makan apa sayang?"

   "Ikut awak la, awak yang nak bawa makan."

   "Kalau ikut abang, abang nak makan awak je. Dah lama sangat ni mengidam." Ujar Amrin perlahan berbisik.

   "Apa?"

   "Hmm? Tak, ni..kalau macam tu kita jalan and tengok apa yang menarik kat Pavi okey?"

   Setibanya di Pavilion, Amrin menarik tangan Balqis lalu menyatukan jemari mereka. Melihat reaksi Balqis yang seperti tidak keberatan, terus ditarik tangan si isteri menuju restoran pilihannya. Sepanjang berjalan tidak sekalipun tangan Balqis dilepaskan.

   Menjerit suka hatinya apabila Balqis menerima 'small gesture' yang dilakukan. Sudah lama dia mengimpikan untuk keluar berjalan bersama isterinya sebegitu. Berjalan berpegangan tangan, makan berdua, berbual tentang kahidupan harian serta gurauan mesra antara dia dan Balqis.

   Usah bermimpi di siang hari. Amrin cepat-cepat mengusir pergi fikirannya dan hanya fokus pada saat dan momen mereka berpegangan tangan kini. Maklum sahaja, bukan senang Balqis membenarkannya menyentuh sesuka-hati. Tersenyum-senyum Amrin sepanjang mereka berjalan menuju ke restoran Serai.

   Sebaik mengambil tempat yang disarankan pelayan, mereka terus memesan makanan. Balqis dengan menu sihatnya hanya memesan Smoked Salmon and Asparagus Salad serta Serai Iced Tea manakala Amrin memesan Nasi Ulam Ayam Bakar serta jus oren. Sepotong Berry Pavlova juga dipesan sebagai sampingan.

   "Cukup ke makan salad je sayang?"

   "Cukup je. Saya bukan macam awak." Amrin hanya mencebik dengan jawapan Balqis.

Till the EndWhere stories live. Discover now