Pagi itu Balqis bangun awal dan mendapati Amrin tiada di sebelahnya. Cepat-cepat dia bangun dan menuju ke biliknya. Dia perlu bersiap untuk ke pejabat pagi itu. Harapnya mood Amrin sudah baik kerana jujur dia tidak tahu mahu berkata apa jika Amrin masih belum baik anginnya.
Selesai menyarung kemeja kelabu berjalur putih yang di tuck-in ke dalam seluar slack hitamnya, Balqis terus turun ke dapur. Dia tidak terlalu gemar untuk menyolek wajahnya. Hanya toner, pelembap, krim siang dan sedikit foundation diratakan pada wajah disertakan dengan gincu berwarna bibir.
Amrin yang menyedari kehadiran Balqis terus berpaling dan menegur.
"Good morning."
"Morning." Balqis mendapatkan peti sejuk dan menuang jus buah untuknya dan Amrin lalu diletakkan di atas meja.
Melihat Amrin yang sudah kembali masak menyediakan sarapan pagi itu, hatinya sedikit lega. Mujur sahaja lelaki itu sudah kembali pada dirinya yang sebelum ini.
Cepatnya mood dia ok.
How did he do that?
Macam ada switch on/off emotion pulak.
Balqis yang ingin membasuh tangannya di sinki, terhenti bergerak saat tubuh Amrin terlalu rapat dengannya.
"Oops! Sorry." Hampir berlanggar mereka. Kebetulan Amrin ingin mencapai pinggan bersih di tepi sinki. Balqis berhenti melangkah, memberi laluan pada Amrin yang lincah bergerak dan menyediakan sarapan pada pagi itu.
Scrambled eggs dan baked beans dihidang di atas meja. Sarapan pagi yang mudah dan cepat disediakan. Masing-masing menjamu selera tanpa banyak bunyi. Amrin masih dengan wajah biasanya ketika makan, Balqis sebaliknya sedaya-upaya menahan malu apabila berhadapan dengan Amrin pagi itu.
Apabila mengingati kembali insiden malam sebelumnya, dia jadi malu sendiri. Mengenangkan sisi Amrin yang lemah sebegitu, yang manja memeluknya, membuatkan wajahnya panas tiba-tiba.
"Qisya? Okey?" Balqis mengangkat wajahnya dan secara tidak langsung matanya bertentangan dengan mata Amrin. Semakin menyerbu malu ke mukanya. Cepat-cepat wajahnya ditundukkan dengan anggukan kecil.
"Okey." Amrin hanya senyum kecil melihat kelakuan Balqis pagi itu. Sememangnya dia mengesan kelainan pada isterinya pagi itu. Tidak dinafikan juga perubahan moodnya semalam menjadi salah satu sebab Balqis tidak tahu mahu beriak bagaimana. Justeru itu membuatkan isterinya itu seperti sedikit janggal.
Di dalam kereta, Amrin diam-diam mencuri tengok Balqis di sebelahnya. Sedikit pun wajah itu tidak menghadapnya. Balqis lebih banyak memalingkan wajah memandang ke luar tingkap di sebelahnya.
"Qisya, awak ok ke?" Soal Amrin membuatkan Balqis sedikit tersentak.
"Ok je..."
"Macam tak selesa je abang tengok awak dari tadi." Sejak mereka memulakan perjalanan lagi Amrin perasan ketidak-selesaan Balqis di sebelahnya pada pagi itu. Tidaklah dia mahu membuat isterinya lebih tidak selesa dan malu, makanya dia hanya mendiamkan dirinya.
"Tak..ok je..." Setelah beberapa saat berlalu tanpa suara Amrin untuk meneruskan perbualan, dia kembali bertenang.
"Awak malu dengan abang eh?" Terbantut niat Balqis untuk bersandar dengan tenang apabila sekali lagi Amrin menerjah soalan padanya. Bertambah panas wajahnya kerana malu disoal begitu.
"T-tak... Mana ada." Baginya cukup-cukuplah dengan insiden malam sebelumnya membuatkan dia malu, dia tidak mahu diserang perasaan malu lagi pagi itu.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...