17| Akur

10.7K 553 11
                                    

   Balqis hanya diam menunduk berhdapan dengan Puan Sri Fazila. Amrin sudah awal-awal naik ke bilik, mengelak dari 'dibunuh' Balqis. Maklum sahaja, jikalau tidak kerana dirinya, pasti hubungan mereka tidak dihidu Puan Sri Fazila.

   "Nenek bukan marah Aqish. Nenek faham apa yang Aqish rasa. Tapi sayang, hukum tetap hukum. Aqish kena cuba, kena biasakan diri. Tak boleh la berterusan macam ni. Mungkin Amrin pon salah dalam hal ni, but enough is enough. 7 tahun tahun tu bukan masa yang sekejap tau. Rumah tangga apa yang terpisah 7 tahun?" Balqis hanya menunduk mendengar Puan Sri Fazila membebel di hadapannya.

   Bukannya dia mahu berkurang ajar, cuma dia merasakan ini semua bukan satu masalah. Kalau pun ia satu masalah, baginya, ini semua bukan salah dirinya.

   Bukannya dia yang mahu berkahwin dengan Mikail Amrin itu. Kenal lelaki itu, apatah lagi. Kerana itu dia merasakan dirinya tidak bersalah kerana perkahwinan yang terjadi ini juga adalah rancangan Puan Sri Fazila dan arwah atuknya yang dia juga tidak tahu-menahu ketika itu.

   "Nenek ingat bila Amrin dah balik ni, korang boleh la rekindle. Mula bercinta ke... Ni tidak!" 

   "Kalau macam ni, tak guna la duduk sebumbung. Apa function korang kahwin kalau macam ni?"

   Oh my God! 

   I don't even want to get married to him in the first place nenek!

   "Balqis! Dengar tak apa nenek cakap?" Puan Sri Fazila mula berusara garang apabila Balqis nak-tak nak sahaja mendengarnya.

   "Dengar nek..."

   "'Boleh ye? Mulai sekarang, sebilik la dengan Amrin tu. Tempat isteri di sisi suami. Boleh?" Balqis tunduk mengangguk mendengar suruhan Puan Sri Fazila.

   "Boleh ke tidak?" Sekali diulang soalannya, mengharapkan persetujuan yang keluar dari mulut Balqis.

   "Boleh nek."

   "Haa, macam tu la. Nenek sayang Aqish. Nenek buat semua ni untuk kebaikan Aqish. Dengar cakap nenek ye sayang?"

   "Ok nek." Tangan Balqis ditarik dan diusap perlahan dengan senyuman. 

   Tidak susah mahu melentur hati anak gadis itu. Balqis mungkin kelihatan keras di luaran, tetapi di dalam dia tahu betapa rapuhnya anak itu.

   Manakan tidak, pada umur sekecil bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya. Datuk yang merupakan satu-satunya waris terdekat yang tinggal juga telah pergi menghadap Illahi. Tinggallah dia seorang diri mengharungi liku-liku kehidupan.

   Lagi-lagi selepas Amrin mengkhabarkan tentang mimpi buruk yang sering dialami Balqis. Lagi membuatnya bertambah risau. Itu juga merupakan salah satu sebab mengapa dia mahu Amrin sebilik dengan Balqis, supaya cucunya itu boleh memerhati anak gadis yang dilanda trauma ini.

   Puan Sri Fazila hanya diam memandang Balqis yang masih tunduk memandang peha. Dia cuma berharap identiti gadis itu tidak terbongkar. Padah jadinya jika identiti sebenar anak itu terdedah. Mata-mata musuh sentiasa memerhati.


   Perlahan-lahan Amrin membuka pintu bilik Balqis. Sebaik dia melangkah masuk, mata Balqis sudah tajam menikamnya. Liurnya ditelah pahit, tahulah dia bahawa isterinya itu akan mengeluarkan lahar sebentar lagi.

   "What do you want?" Keras Balqis menyoal. Jelas tidak senang dengan kehadirannya di dalam bilik itu.

   "Ala, jangan la macam ni. Bukan abang suka-suka, nenek dah warning tau." Ujar Amrin perlahan dengan suaranya yang meleret manja, cuba melembutkan hati Balqis yang kersanya mengalahkan kinkrit itu.

Till the EndWhere stories live. Discover now