57| Memori Itu Menyeksakan

5.2K 434 20
                                    

   Petang itu Amrin pulang dengan bungkusan Kenny Rogers di tangan. Oleh kerana dia berjaya memujuk Puan Sri Fazila untuk membenarkan Balqis menyantap makanan yang diinginkan malam itu dengan pelabagai alasan tangkap leleh, makanya dia pulang dengan set yang lengkap untuk mereka bertiga malam itu.

   Sebaik meletakkan makanan di atas kaunter dapur, Amrin teru ke bilik mendapatkan Balqis. Tercengang dia melihat Balqis yang sedang berlunjur dengan komputer riba di atas riba.

   "What the hell are you doing?"

   "Jangan marah. Ada kerja sikit kena settle, urgent. I need to read the docs first before the team can proceed."

   "Ya Allah... Agak-agak la, awak tengah cuti kan? Cuti sakit tau, bukan cuti suka-suka."

   "Alaa bukan sakit apa pon, boleh je saya buat kerja."

   "Nope. No, no, no, no. Give it to me."

   "Kejap la saya nak siapkan sikit je lagi ni."

   "No, I said give it to me. Now." Balqis terus menghempas tutup macbook miliknya lalu ditolak ke tepi komputer riba itu.

   "Awak ni kenapa ha? Benda takde apa pon la. I'm not hurt."

   "But you need rest..."

   "Rest for what exactly? Sebab saya apa? Gugur? Kena rehat, kena pantang? For what semua ni? Kalau pantang ada baby takpe la juga, ni apa pon takde."

   "Sayang..."

   "No, I'm not done yet. I hate being in this condition where everyone suddenly pays attention to me sedangkan sebelum ni no one even bother to give a damn. Sudah la, cukup-cukup la tu. Semak tau tak??

   Semua orang tiba-tiba prihatin, nak tolong itu-ini. Where were everyone when I needed you before, hmm? You constantly reminding me to rest, to jaga pantang and all makes me feel pathetic.

   Do you know what I lost? I lost a baby, a soul, a life. What do you expect me to feel? Then suddenly you asked me to be strong, yet you left me alone in this room, being cooped up. Do you know what that makes me feel?

   The memories of the baby keeps coming back to me when I'm alone. You don't realize this but actually what you're doing is making me drown in my sorrows. So is there a problem if I want to distract myself with work so that my mind doesn't keep remembering of what happend??" Mata Balqis mula bergenangan, tertekan dengan keadaan dirinya.

   "Get out."

   "Sayang..."

   "I said get out!"


   Amrin hanya mengeluh kesal menghadap neneknya di dapur. Dulang makan malam Kenny Rogers buat isterinya hanya terbiar di atas kaunter dapur itu memandnagkan dia gagal memberikan makanan itu pada Balqis keran pintu bilik yang sudah dikunci.

   Boleh sahaja jika dia membuka pintu dengan kunci pendua tetapi dia risau dengan reaksi Balqis yang mungkin akan lebih tertekan melihatnya nanti. Puan Sri Fazila turut sedih melihat keadaan cucunya yang tidak sudah menyalahkan dirinya dari tadi.

   Dia faham tekanan perasaan yang dialami Balqis kerana baginya perkara itu normal bagi wanita yang sedang berpantang, apatah lagi Balqis berpantang dalam keadaannya yang tidak punya bayi.

   "Makan la dulu, dari tadi perut tu berbunyi kan..."

   "Am nak tunggu Qisya. Nenek makan la dulu." Amrin terus bangun dan menacapai pinggan, lalu nasi dan ayam yang dibeli dihidangkan buat nenek tersayang. Salad juga dicedok dan diletakkan sedikit ke dalam pinggan Puan Sri Fazila.

   "Nanti nenek cuba cakap dengan Aqish."

   "Jangan nek... Takpe, Am okey. Biar Qisya rehat, bagi dia masa untuk bertenang."

   "Yela, ikut kau la."

   "Masa isteri berpantang ni kau kena banyak sabar sebab masa ni la masa dia perlukan extra care. Kena sentiasa bagi perhatian, kena layan kerenah dia sebab masa ni emosi dia perlu dijaga.

   Perempuan dalam pantang bukan boleh seronok-seronok. Masa tengah nak pulih dari sakit. Tak kiralah sakit melahirkan ke, sakit gugur ke, kena sentiasa awasi isteri. Bersalin semua orang tau sakit, tapi gugur pon sakit. Dah la sakit, baby pulak takde. 

   Banyak-banyakkan  bersabar masa-masa macam ni. She may push you away, but believe me she needs you so much at a time like this. Kena bagi dia moral support, emotional support, supaya dia tahu dia tak berseorangan dalam ni."


   Apabila jam menginjak ke waktu 11.00 malam, Amrin membuka pintu bilik yang dihuni sementara oleh Balqis dengan kunci pendua. Hatinya baru memperoleh keberanian untuk masuk setelah meyakini bahawa isterinya itu sudah tidur.

   Sengihan nakal yang terbit di bibirnya kerana berjaya menceroboh masuk itu mati serta-merta saat melihat keadaan Balqis yang baring mengerekot dengan pisau pencukur kening di tangan. Terketar-ketar Amrin menghampiri isterinya itu.

   "Sa..sayang..." Terketar-ketar tangan Amrin memastikan keadaan tubuh badan Balqis. Berdarah atau tidak, ada kesan luka atau torehan atau tidak.

   Sebaik memastikan keadaan isterinya tidak apa-apa, perlahan-lahan pisau kecil itu ditarik dan disimpan di dalam poket seluarnya. Sekali lagi tubuh isterinya dibelek untuk menenangkan hatinya yang seperti mahu meletup itu.

   Dia tahu dan sedar bahawa Balqis agak cenderung untuk melakukan hal itu tetapi dia yakin isterinya itu tidaklah sehingga mahu mencabut nyawa sendiri. Dia tahu tentang hal ini juga setelah beberapa kali 'bercinta' bersama Balqis dan mendapati bahawa ada kesan luka dan calar-balar di beberapa bahagian tertutup tubuh isterinya.

   Apabila puas dia menyoal dan memaksa Balqis untuk memberitahu hal yang sebenar, barulah isterinya itu memberitahu secara ringkas apa yang berlaku dan apa yang sudah dilakukan. Hampir gugur jantungnya apabila mendapat tahu bahawa Balqis cenderung untuk mencederakan diri sendiri ketika dirinya ditimpa perasaan tertekan yang berat.

   Memikir kembali tentang tahun-tahun dia meninggalkan Balqis bersendirian, hatinya merasa bersalah kerana membiarkan si isteri melalui fasa sukar itu sendirian. Dan apabila ditanya lagi sejak bila Balqis mula cenderung berbuat perkara sebgitu, lagilah Amrin berasa hampa dan berasa gagal kerana isterinya itu mula melakukan hal itu sejak dia mula terlibat dengan Essentialist.

   Suara erangan Balqis menyedarkan Amrin ke dunia realiti. Perlahan-lahan dia mengusap wajah si isteri yang kemerahan dengan sisa air mata kering di pipi. Lambat-lambat Balqis membuka mata lalu memandang Amrin yang duduk melutut bersebelahan kepala katil itu.

   Beberapa tika kemudian, bunyi esakan kecil kedengaran menggamit Amrin untuk mendekat. Sebaik dahinya menyentuh dahi Balqis, serta-merta pecah takungan air mata isterinya itu. Amrin hanya memejam mata mendengar rintihan isterinya yang menanggung sedih dan sakit. Balqis yang tidak lagi mampu menanggung perasaan itu terus memeluk leher suaminya, memohon sedikit kekuatan dan sokongan.

   Malam itu Amrin dan Balqis tidur berpelukan, saling memerlukan antara satu sama lain. Saling merasai kehilangan yang perit untuk diterima. Saling bergantungan jiwa dan raga dalam menempuhi ujian rumah tangga yang terbina.

Till the EndWhere stories live. Discover now