11| Teman

11.5K 659 43
                                    

   Pagi Sabtu. Balqis termenung sambil berbaring di atas katil empuk biliknya. Semalam dia bemimpi kembali. Peristiwa kebakaran kereta itu masih menghantui tidurnya.

   Tidak diketahui siapakah yang menjadi mangsa kebakaran kereta itu tetapi entah mengapa hatinya kuat merasakan sesuatu apabila peristiwa itu terlayar di alam mimpinya. Sedangkan di dunia realiti dia tidak pernah menyaksikan kemalangan ngeri itu malahan dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri akan mana-mana kemalangan jalan raya yang berlaku.

   Kadang-kala dia terfikir, apakah dia pernah mengalami amnesia membuatkan dia terlupa sesuatu peristiwa di dalam hidupnya kerana setiap kali mimpi begitu bertandang ke alam tidurnya, entah mengapa dia merasakan keadaan itu benar-benar berlaku. Sepertinya dia terikat dengan kemalangan itu.

   Mahu bertanya dia sendiri tidak tahu siapa yang bisa menjawab segala persoalannya, maklum sahaja dia sebatang kara di dunia ini. Jika mahu diajukan persoalan itu pada Puan Sri Fazila Ahya, orang tua itu sepertinya tiada kena-mengena dengan hidupnya, masakan dia mahu menyuarakan kegusarannya pada mereka yang tiada kaitan dengannya.

   Balqis dari pembaringannya dengan keluhan kecil.

   I need to find out the truth.

  I must!

   Amrin melihat wajahnya pada pantulan cerim di dalam bilik air. Setelah berbulan-bulan menyimpan imej jambang kebanggannya, akhirnya dia mencukur bersih wajahnya. Man bun rambutnya juga dipotong pendek dan kemas. Dia bukan apa, wajahnya kelihatan muda dari usianya membuatkan dia sedikit rimas. Manakan tidak, umurnya sudah pun mencecah 28 tahun tapi wajahnya seperti remaja pertengahan 20-an.

   "Damn... I look young. Fuck that, I don't even look like I'm aging!" Wajahnya dibelek-belek di hadapan cermin sepertinya mengharap dengan setiap palingan wajahnya dapat melihatkan diriya yang lebih berusia tetapi malangnya semua itu hanya angan-angan. Dengan pasrah Amrin melangkah keluar dari bilik air dan bersiap untuk turun ke dapur.

   Balqis leka membuat semakan di inetrent tentang kemalangan ngeri yang pernah berlaku di Malaysia. Tidak kira walau apa jua, dia mahukan jawapan. Mengapakah mimpi-mimpi itu seakan benar dan dapat dirasai dirinya? Kenapa semuanya dapat dirasai sedangkan bukan dia yang terlibat dalam kemalangan itu? 

   Berita yang terpampang pada laman sesawang di iPad dibaca dengan teliti sambil mulutnya meneguk secawan kopi nescafe caramel latte. Dahinya dipicit apabila perasaan kecewa mula mencengkam hati saat dia gagal mencari jawapan yang dicari.

   Satu demi satu portal berita online dibaca tetapi tiada satu pun berita kemalangan yang kena dengan mimpi yang dialami. Hanya satu sahaja jawapan yang dapat disimpulkan dari kegagalannya mencari maklumat pagi itu, mungkinkah kemalangan di dalam mimpinya itu disembunyikan dari pengetahuan dunia.

   Sedang dia leka membuat konklusinya, matanya menangkap bayangan kelibat yang sedang memasuki dapur. Terdiam seketika Balqis melihat kelibat di hadapannya.

 Terdiam seketika Balqis melihat kelibat di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Till the EndWhere stories live. Discover now