Selepas makan tengah hari, Joe masuk ke biliknya untuk menyelesaikan sedikit tugasan sementara Amrin dan Balqis hanya melepak di ruang tamu sambil menonton televisyen.
Jamuan bbq yang dianjurkan Amrin untuk staff Knick Knack MY malam semalam benar-benar membuatkan mereka bermalasan hari minggu itu.
"Sayang..." Balqis yang duduk berjarak dengan Amrin di sofa L itu memandang Amrin sekilas.
Amrin membuka luas lengannya mengisyaratkan supaya Balqis masuk ke dalam pelukannya. Balqis hanya menggeleng dengan menggerakkan bibir menyebut 'no'.
"Alaa meh la sini, abang nak peluk awak."
"Aip! Nak lawan cakap suami ke ni?" Balqis menjegil matanya, geram dengan perangai Amrin yang suka mengusik itu.
"I said come here. Come to me." Balqis mengeluh kecil lalu dia bangun dan mendekati Amrin.
Apabila Balqis sudah cukup dekat, Amrin terus menarik Balqis agar duduk di atas pehanya.
"Eeeii awak ni kenapa? Kejap lagi kawan awak turun macam mana? Tak malu ke dia ni!"
"Tak payah nak malu-malu. Joe busy dalam bilik buat kerja, takdenya dia nak turun." Balqis hanya merengus dengan wajah yang masam. Walaupun dia malu dan tidak selesa begitu, akhirnya dia sendiri yang menyandarkan kepalanya pada dada Amrin.
Berita tengahari itu yang menayangkan tentang kemalangan di Dubai menarik perhatian Amrin. Terus alat kawalan jauh dicapai dan dikuatkan suara. Perasaannya sudah berasa tidak sedap dengan laporan yang disampaikan dan sebaik sahaja wajah mama dan abahnya terpampang di kaca tv terus Amrin duduk tegak.
"Mama!" Balqis cepat-cepat duduk di sebelah Amrin untuk mendengar dengan lebih teliti laporan berita.
"Mama... No, no, no, no. Mama... Abah... No..." Balqis yang masih terkejut mendengar laporan berita itu hanya diam, terkedu. Mendengar tangisan Amrin yang mula kuat itu, Balqis terus menarik suaminya ke dalam pelukan.
"Mama! Mama tinggalkan Am... Mama dah janji mama takkan tinggalkan Am. Mama..." Telefon Amrin yang berbunyi di atas meja kaca di depan mereka dicapai Balqis. Tanpa menunggu, panggilan dari Puan Sri Fazila tu terus diangkat.
"Nenek..."
"Hello, Aqish. Am mana?"
"Abang..." Belum sempat Balqis menjelaskan keadaan Amrin, suara lelaki itu yang mula meraung kedengaran di dalam telefon.
"Aqish... Aqish tolong nenek ye? Nenek on the way sekarang ni. Aqish tolong tenangkan Am dulu ye... Kejap lagi mungkin ada inspektor yang akan datang untuk ambil keterangan Am dengan Aqish. Aqish tolong terangkan apa yang perlu ye. Nanti nenek sampai."
"Okey nek."
Tepat jam 5.00 petang Puan Sri Fazila tiba di kediaman Amrin. Balqis yang membuka pintu terus dipeluk Puan Sri Fazila.
"Stay strong sayang." Balqis hanya mengangguk lalu memimpin nenek mertuanya itu ke ruang tamu.
Amrin yang ditemani Tengku Danish dan Joe itu dihampiri. Pilu hatinya melihat keadaan cucu kesayangannya itu. Wajah yang pucat, mata yang sembap dan hidung yang merah. Jelas menunjukkan kesedihan di raut wajah itu.
"Amrin?" Sebaik mendengar namanya dipanggil, Amrin terus bangun dan mendapatkan neneknya.
"Nek... Mama dengan abah dah takde... Am dah jadi anak yatim piatu nek."
"Sabar sayang, sabar. Ni ujian terbesar Am, jangan putus asa. Percaya pada Tuhan, percaya pada qada dan qadar." Amrin hanya diam dan menangis di bahu neneknya.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...