Hari minggu. Balqis bermalas-malasan di atas katil pagi itu memandangkan tiada aktiviti untuk dilakukan. Seperti yang sudah dikatakan, dia sungguh membenci hari cuti. Mengapa? Kerana hari cuti membuatkan dia keseorangan dan kesunyia di dalam rumahnya yang besar itu. Tiada keluarga bersamanya. Tiada siapa untuk dia meluangkan masa bersama.
Setelah 20 minit bermalasan di atas katil Balqis menukar baju tidurnya ke sport bra dan shorts sebelum dia turun ke dapur mendapatkan semangkuk cereal untuk memberikan tenaga sebelum dia memulakan sesi senaman dan work out yang dimulakan dengan larian di treadmill.
Memandangkan dia keseorangan di rumahnya dia tidak kisah untuk berpakaian seksi, siapa sahaja yang ada untuk melihat. Malahan rumahnya juga dikelilingin pokok-pokok membuatkan rumahnya tersorok dari pandangan manusia lain.
40 minit masa yang diambil untuk bersenam dan work out. Bagi memastikan bentuk badannya kekal cantik dan sihat dia mengamalkan work out di rumah tanpa perlu sebarang alatan. Rutin yang dilakukan juga lengkap untuk seluruh badannya.
Bermula dengan push up, raised leg planks, side-lying leg raise, bridges, straight leg raise, sit up, lunges dan squat. Semuanya dilakukan dengan rutin tersendiri iaitu 60 kali 1 set. Masa juga akan diambil kira. Walaupun kedengaran agak melampau tetapi dia suka mencabar dirinya melakukan sesuatu yang sukar dan hasil daripada rutin yang dilakukan setiap hujung minggu itu, badannya cantik terbentuk.
Setelah penat bersenam dia berehat seketika sehingga jantungnya kembali berdegup dengan normal, baru dia meneguk segelas air suam bagi menghilangkan kehausannya. Selesai berehat, dia kembali naik ke bilik dan menukar baju senamannya ke pakaian renang miliknya, bikini.
Melihat air kolam yang tenang di tepi rumahnya membuatkan dia mahu menyelam di dalam kolam itu. Tidak perlu dia bersusah payah menadah air di dalam tab mandi atau menunggu pancuran air shower, apa yang perlu dilakukan hanyalah terjun ke dalam kolam sedalam 3 meter itu.
Tenang dirasakan saat seluruh badannya tenggelam di dalam kolam. Diam dan senyap keadaan di dalam kolam itu mmebuatkan dia larut dengan dunianya. Sepi tanpa sebarang gangguan dunia.
Sebaik nafasnya semakin habis, dia menendang lantai kolam lalu melonjakkan diri ke permukaan air dan terus berenang ke hujung. Apabila dia merasakan penat berenang, dia hanya mengapungkan diri di tengah kolam sambil matanya terpejam menikmati cuaca dan suasana pagi itu.
Selepas mengucapkan terima kasih, dia menarik luggage miliknya ke dalam kawasan rumah. Sudah 7 tahun dia tidak menjejakkan kaki ke rumah itu membuat matanya melilau melihat keadaan rumahnya.
Range Rover Evoque yang terletak dia garaj rumah membuatkan dia menelan pahit liurnya. Takut dan berdebar perasaannya ketika ini untuk berhadapan dengan Balqis. Kakinya yang melangkah semakin dekat dengan pintu rumah membuat jantungnya berdeba kencang.
Niatnya untuk terus melangkah masuk ke dalam rumah dibatalkan. Sebaliknya, Amrin berjalan ke sana-ke mari bagi menghilangkan gemuruh perasaannya. Kukunya digigit tanda debarannya kian memuncak.
Come on, come on Mike. Kau boleh!
Relax. Just take a breath for a second.
Breath in and out.
"In and out. In and out. I can do this." Tangannya memgang tombol pintu dan dia mengambil masa seketika.
"No I can't do this." Tangan yang menggenggam tombol pintu dilepaskan lalu dia mencangkung di hadapan pintu.
"My God! I hate this feeling!" Sungguh, perasaan berdebar dan gementar yang dirasakan ketika ini sangat dibencinya.
"Ah, lantaklah! Rumah aku! Suka hati aku la! Redah je la." Tanpa menunggu lagi dia terus memusing tombol pintu dan menolak masuk daun pintu rumahnya.
YOU ARE READING
Till the End
Chick-LitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...