Sejak malam Amrin dan Balqis 'bercinta', Balqis sering menjauhkan diri dari suaminya. Bukannya apa, dia terlalu malu hingga sentiasa kelihatan kaku dan malu di hadapan Amrin. Sebagai seorang wanita moden yang berdikari dan kuat, imejnya yang sentiasa malu-malu di hadapan Amrin langsung tidak boleh ditoleransi akal fikirannya.
Maka, dia lebih memilih untuk mengelak bertentang mata dengan suaminya. Jika Amrin di dalam bilik, akan dia segera turun ke ruang tamu. Jika Amrin di dapur, dia pula akan lari naik ke bilik. Jika Amrin berehat di ruang tamu, dia akan cepat-cepat melarikan diri dari pandangan suaminya itu.
Amrin pula sepertinya sangat gemar menyakatnya. Semakin dia mengelak untuk bertembung semakin lelaki itu akan sengaja memunculkan diri. Lagi dia lari ke tempat lain, lagi lelaki itu mengejarnya dengan gerak perlahan. Sengaja mahu mengusik!
Balqis turun ke dapur apabila Amrin masuk ke biliknya tanpa menoleh. Lega hatinya apabila si suami mula bekerja di dalam biliknya. Bukannya dia tidak sukakan kehadiran suaminya, tidak sama sekali.
Sejak malam itu, hatinya pasti berbunga-bunga apabila melihat Amrin. Hidu sahaja bauan tubuh lelaki itu yang bercampur minyak wangi yang dipakai apabila keluar sudah membuat kakinya menggigil cair. Belum lagi bertentangan mata dengan lelaki itu. Aduh! Lihat sahaja panahan mata Amrin yang lembut dan mendalam itu membuat hatinya menyahut salam cinta yang diberikan dalam setiap pandangan.
Oh tidak! Dia sudah jatuh ke dalam dakapan cinta sang suami. Dia sudah kalah dengan hati dan perasaannya. Tidak pernah diharapkan yang dia akan jatuh cinta tetapi itulah situasinya sekarang, jatuh cinta pada yang halal.
Balqis membuka peti sejuk dan mencapai sebotol mineral sejuk sebelum diteguk hingga puas. Cuaca panas yang melanda sejak akhir ini benar-benar membuat fikirannya kusut, tambahan pula situasinya yang boleh dikira janggal apabila berhadapan Amrin kini, lagi membuatnya serabut.
Baru sahaja pintu peti sejuk ditutup, sepasang lengan kekar datang memeluknya erat. Balqis terus kaku dan kejung di situ.
"Sayanggg kenapa awak lari dari abang? Jangan la main lari-lari, penat abang kejar tak dapat." Bisik Amrin perlahan dan sensual di telinga Balqis.
Balqis sudah menggigil dengan peluh dingin dengan keadaan mereka tika ini. Seketika kemudian Amrin menggeselkan pipinya pada bahu dan tepi leher Balqis, lagilah membuatnya hampir terkucil di situ.
"Sayang?"
"Le..lep..lepas... Jauh-jauh sikit..." Ujar Balqis sambil meloloskan diri dari pelukan suaminya. Amrin yang perasan dengan ketidak-selesaan Balqis terus melepaskan pelukan pada pinggang comel isterinya itu. Kakinya yang baru mahu melangkkah mendekat ditegah Balqis. Terus wajah si isteri dipandang dengan terpinga-pinga.
"Don't. Don't come near me, I need space. Saya panas. Please."
"Oh okey." Amrin terus membuka peti sejuk dengan wajah yang mengerti. Balqis mula menarik nafas lega apabila suaminya itu mula memberi kerjasama. Dia kepanasan dan dia malu, kerana itu dia enggan dipeluk Amrin. Lebih kepada malu sebenarnya.
Sentuhan permukaan sejuk pada wajahnya membuatkan Balqis terkujat seketika. Terbuntang matanya melihat Amrin menyentuh wajahnya dengan botol mineral yang disejukkan dalam peti sejuk.
"Awak buat apa ni??"
"Kata panas, abang nak tuam awak dengan air sejuk la." Tutur Amrin sambil-sambil itu dia turut menyentuhkan botol dingin itu pada lehernya.
"Ahhh sedap." Botol itu kembali disentuhkan pada wajah Balqis.
Cepat sahaja tangan Balqis menepis sentuhan botol itu di wajahnya. Amrin yang tidak berputus asa terus menuamkan botol itu pada lengan isterinya dan sekali lagi Balqis menepis. Amrin memenadang Balqis seketika sebelum dia menyambung menuam pada leher Balqis, tetapi malang sekali Balqis menepis. Jadilah aksi tepis-menepis mereka di hadapan peti sejuk itu.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...