Kini, masing-masing berkumpul di ruang tamu rumah itu. Puan Sri Fazila di atas sofa bersama Along, Amalia Medina dan Angah, Amalina Mikayla. Mananakala Amrin dan Balqis duduk berhadapam mereka di atas bangku yang tersedia.
Kelmarin, Amalia tiba dari United Kingdom bersama suaminya, Adam Wilson yang berdarah kacukan Melayu dan Inggeris dan dua orang anak, lelaki dan perempuan yang masih kecil bernama Muhd Daniel Wilson dan Nur Danielle Wilson. Masing-masing berumur 7 dan 5 tahun.
Manakala Amalina pula tiba petang semalam bersama suami Kamal Idrus dan anak-anak mereka Kamil, Khayra, Khairin dan Khair yang berusia antara 10, 7, 4 dan 2 tahun.
Riuh rumah kayu itu dengan bunyi bingit anak-anak bermain dan menjerit. Bukan selalu berkumpul bersama, jadi peluang ini digunakan untuk anak-anak bebas bermain dan menyesuaikan diri sesama sendiri.
Ruang tamu yang sunyi dari sebarang bunyi itu mula kedengaran air teh hijau suam yang dituangkan pembantu rumah sebelum beredar meninggalkan ruang keluarga itu.
Di ruang itu kini hanya ada keluarga itu, meninggalkan Adam dan Kamal bersama anak-anak, bermain di halaman luar rumah.
Masing-masing faham akan keperluan privasi yang dituntut demi membincangkan hal keluarga yang melanda.
"Kalau ikut along, tak payah tunggu dah. Bukti dah ada dalam tangan, kita heret je dia ke mahkamah." Ujar Amalia memberi pendapatnya.
Masing-masing sudah maklum akan apa yang terjadi. Encik Malik dan puan Amelia berkemungkinan tinggi maut dalam kemalangan yang sudah dirancang.
Berdasarkan bukti yang dijumpai juga, masing-masing sudah sedia maklum akan suspek utama pembunuhan abah dan mama mereka iaitu Megat Rahim, bapa saudara kepada Balqis.
"Lepas tu? Keturunan si Megat tu nak lepas macam tu je??" Soalan Amalina menarik pandangan mata-mata di ruang itu, terutama sekali Amrin yang sudah memandang tajam kak ngahnya itu.
"Maksud angah?"
"Bini Am tu pun keturunan lelaki tu kan? Takkan nak biar je di..."
"Angah jangan merepek!" Garang suara Amrin menyergah, tidak suka mendengar kakaknya itu menuduh isterinya yang jelas tidak bersalah.
"Salah ke apa yang angah cakap ha?? Betul pun kan? Semua ni jadi pun sebab bini Am tu!
Kalau tak sebab dia, takdenya la Megat tu nak bunuh abah dengan mama! Kalau bukan sebab dia, abah dengan mama hidup lagi sekarang ni!"
"Angah!"
"Sudah lina!" Serentak suara Amrin dan Puan Sri Fazila memetir di ruang tamu itu, membuatkan ruang itu kembali sunyi sepi.
"Sekarang ni bukan masanya nak menuduh siapa salah-siapa betul. Sekarang ni masanya untuk kita cari jalan macam mana nak heret penjahat sebenar ke muka pengadilan." Amalia hanya diam mendengar kata-kata neneknya.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...