49| Tentang Mama

8.2K 542 32
                                    

   Balqis memerhatikan wajahnya pada cermin di dalam bilik air. Seperti ada kelainan di wajahnya. Rambutnya digenggam dan diangkat seperti menggayakan rambut ekor kuda, pipinya agak berisi dari sebelum ini.

   Kebelakangan ini dia juga perasan bahawa dia kerap makan, tidak kira waktu pagi, tengah hari, malam atau tengah malam, mulutnya banyak mengunyah. Tidak pula Amrin menegur tetapi dia sedar akan kelainan habitnya kebelakangan ini. Dia sedar dengan kelainan dirinya.

   Balqis turun ke bawah setelah mengemas katil. Kata-kata Amrin sebelum ini membuatnya serba-salah kerana membiarkan katil tidak berkemas.

   "Tak elok biar katil tak berkemas. Takut malam nanti tidur tak selesa, kena ganggu and all."

   Sejak itu, dia merajinkan diri untuk mengemas katil. Walaupun kebiasannya Amrin yang akan mengemas, apabila dia sempat dan apabila Amrin tiada dia mula mengemas katil sendiri.

   Turun sahaja ke bawah, hidungnya menangkap bau haruman kopi. Memandangkan sudah cuti hujung minggu, Balqis seperti biasa dengan rutinnya, memilih untuk bermalas-malasan. Kelibat Amrin tidak pula kelihatan di matanya. Terus sahaja Balqis mencapai teko kaca yang sudah terisi kopi hitam lalu dituang ke dalam cawan.

   Sedang hatinya tenang menikmati kopi, bunyi peralatan besi yang berlaga menggamit perhatiannya. Terus sahaja dia melangkah ke pintu sliding kaca di tepi ruang tamu. Dibuka sedikit pintu itu dan terlihatlah Amrin di matanya.

   Amrin yang hanya berseluar pendek, yang sedang mengangkat dumbell, yang sedang membelakanginya, memperlihatkan otot-otot belakang yang mengeras dan timbul.

   Balqis berkhayal seketika sebelum kembali menutup pintu sliding dan kembali ke dapur. Sarapan yang disediakan Amrin dimakan bagi menghilangkan perasaan malu dan berdebarnya ketika melihat si suami sebentar tadi.

   Meningat kembali apa yang dilihat sebentar tadi, wajahnya mula terasa panas. Benar, bukanlah dia tidak biasa dengan pemandangan itu, malahan dia dan Amrin juga sudah beberapa kali bersama. Tetapi entah mengapa kali ini melihat Amrin bersenam begitu membuat hormonnya bergelora.

   Enough already! Dah macam hormonal imbalance teenage girl dah rupa.

   Amrin melangkah masuk sambil mengelap lehernya dengan tuala kecil, mengelap peluh. Kelakuan isterinya yang sedang menggeleng kepala itu menggamit perhatian lalu dia mengambil tempat berhadapan si isteri.

   "Kenapa tu geleng-geleng kepala?" Balqis yang terkejut ditegur Amrin itu terus melompat kecil dari duduknya. Amrin hanya memerhati dengan kerutan dahi dan pandangan mata yang mencurigakan.

   "Tak-takde apa."

   "Hmm? Tak payah la terkejut sangat." Melihat wajah Balqis yang semakin merah itu terus membuat Amrin menarik senyumnya. Dia kemudian bangun dan mencapai gelas sebelum diisi air masak untuk diminum.

   "Yang awak ni tak reti pakai baju ke?" Soala Balqis, menggamit perhatian Amrin yang sedang menikmati tegukan air itu.

   "Kejap la berpeluh ni, panas baru lepas workout. Dah kenapa? Macam la tak biasa tengok." Ujar Amrin dengan senyuman sugingnya. Melihat wajah Balqis yang kembali memerah itu membuat fikirannya mendapat idea untuk mengusik.

   "Kenapa? Arroused ke tengok abang macam ni? Hot sangat eh?" Terbuntang mata Balqis mendengar kata-kata nakal Amrin itu. Hampir sahaja dia menyembur sarapan yang sedang dikunyah itu.

   "OH MY GOD! GELIII!!"

   "Hahahahaha geli la sangat kan. Dah la abang nak naik, mandi."

   "Oh before I forget, kita lunch luar."

Till the EndWhere stories live. Discover now