Balqis bangun dari tidur dengan wajah yang sembab serta kepala yang mencucuk. Malam sebelumnya, setelah dia mendapat tahu tentang kepergian Amrin, segera dia memaklumkan cuti kecemasan kepada setiausahanya di Teguh Empire. Dengan bertemankan air mata di dalam tidurnya, Balqis jadinya tidak sihat pagi itu atau lebih tepatnya demam.
Hari itu juga dia menunggu ketiban Puan Sri Fazila dari Ipoh. Diharapnya dengan bertemu nenek mertuanya itu boleh memberikannya jawapan yang dicari-cari sejak semalaman.
Dengan badan yang lesu, Balqis bangun dan membersihkan diri di bilik air. Setelah hampir 30 minit di bilik air, dia bersiap ala-kadar dan turun ke bawah menjamah sedikit bijirin bagi mengisi perut.
Sambil makan, kepalanya ligat berfikir untuk mencari suaminya. Terus terdetik hatinya untuk menghubungi teman baik suaminya, mujur sahaja sebelum ini Amrin pernah memberikan nombor Tengku Danish padanya dan berpesan untuk menghubungi lelaki itu jika memerlukan bantuan.
Terus nama Tengku Danish dicari dan dihubunginya.
"Hello, can I speak with Tengku Danish?"
"Tengku Danish speaking, who's on the line?"
"Tengku, its me, Balqis." Talian di hujung sana diam seketika. Mencetuskan tanda tanya di hati Balqis.
"Oh, Balqis. Is there anything I can help you with?"
"I'm so sorry kalau I ganggu you, just wondering ada ke Amrin contact you in the last few days?"
"Oh... Balqis, about that..."
"You've been in contact with him ke? You know where he is?"
"No no, relax. Pasal Am, I have some info for you. Is it okay if we meet up somewhere?"
"Sure. I'm waiting for nenek, maybe lepas nenek sampai I'll come and see you."
"Oh, if that's the case I'll just drop by your house je la when Puan Sri sampai. Just let me kno when she arives in KL."
"Okey, boleh."
Jam 4.00 petang, Puan Sri Fazila tiba di perkarangan banglo milik cucunya itu. Tanpa berlengah, dia terus mendapatkan Balqis dan memeluk cucu menantunya itu. Jelas kelihatan wajah Balqis yang sembap dan sugul itu. Kasihan hatinya melihat cucu yang seorang itu.
"Jom masuk nek." Puan Sri Fazila hanya diam masuk ke dalam dipimpin Balqis.
Sebaik melangkah masuk ke ruang tamu, wajah Ardelia dan Tengku Danish yang menggamit pandangan membuatnya sedia maklum keadaan yang terkini. Mereka yang sudah tahu-menahu tentang kepergian Amrin sudah pun berada di sisi Balqis. Dia pasti Amrin juga telah menceritakan sebab utama kepergiannya kepada Tengku Danish merangkap sahabat baik cucunya itu.
Kini terjawab sudah persoalannya dengan kehadiran Porsche Macan di halaman rumah cucunya itu.
"Puan Sri." Ujar Ardelia, yang pertama menegur. Pantas dia berdiri dan bersalaman dengan wanita separuh abad yang dipandang penuh hormat itu.
"Dah lama sampai Adel?" Soal Puan Sri Fazila sambil dia mengambil tempat bersebelahan Balqis.
"Baru juga Puan Sri, dalam 10 minit macam tu." Puan Sri Fazila hanya mengangguk memberi respon.
"Aqish macam mana hari ni?" Soal Puan Sri Fazila tanpa membuang masa. Kini, cucu menantunya itu yang harus diberi perhatian.
"Abang pergi mana nenek? Nenek tahu ke? Or perhaps do you know Tengku?" Soalan Balqis membuatkan masing-masing terdiam. Jelas terlakar riak gusar di wajah wajah Puan Sri Fazila, manakala wajah Ardelia terdetik cemas seketika. Hanya Tengku Danish yang masih beriak tenang merenungnya.
Tahulah dia bahawa ada sesuatu yang disembunyikan di sebalik 3 wajah itu.
"Tolong jujur dengan saya. Saya dah penat."
Melihatkan masing-masing seperti masih mencari cara untuk memberitahu, Tengku Danish mengambil langkah pertama dan berdehem sebentar.
"Honestly, we don't know where he went and where he is now. But what we do know is that he'll be back." Ujar Tengku Danish dengan suara yang berat berbunyi autorotif.
"Why did he leave me? Why did he leave me again?"
"He did not leave you, he just went away for a while." Soalan Balqis dijawab Tengku Danish, sekali lagi dengan suara yang berat menekan.
"But it's the same right? He always leave me without a word. Everytime, everyone knows that he left, except me. Why is that?"
"Nenek... Am I a burden to him?" Soalan Balqis membuatkn mata Puan Sri Fazila panas memberat dengan air mata.
"No. Bukan, bukan macam tu Balqis." Tangan cucu menantunya itu diusap lembut memujuk.
"Let us all not lie to ourselves. Everyone knows I'm a beggage. Everyone knows I put an extra baggage to him, pretty much tells me that I am burdening him. Burdening his life."
"Well if you like to put it that way..."
"Rish!" Tegas Ardelia bersuara, menegur kekasaran anaknya itu.
"If you like to consider yourself a baggage, then do him a favour. Have faith in him. Know that if he's up to being with you, carrying an extra baggage like how you put it; the least you can do is carry your life together. Have faith in each other and believe in each other. One thing I know Amrin is, he's not someone to just easily give up without a fight. My bro that I know, he'll always come back home with gold in his hands. He'll always make it through, no matter what. Because he knows, he'll be coming home to you in the end." Ujar Tengku Danish panjang memberi nasihat.
"Nenek faham Aqish tengah kusut, tengah takut. Tapi percayalah, Amrin tu tak kan tinggalkan Aqish. Dia dah janji dengan nenek, dan dia dah janji dengan diri dia sendiri, dia tak akan tinggalkan Aqish."
"Habis kenapa dia pergi nenek?"
"Percaya bahawa dia pergi, sekejap, untuk keselamatan Aqish."
"Oh my God, is this about Megat Rahim?" Jawapan Puan Sri Fazila membuat hatinya terdetik nama itu. Musuh di dalam lipatan, duri di dalam daging.
"It's not about Megat Rahim. This time around it's not about you, sorry to break it to you." Ujar Tengku Danish.
"This is his fight and he wants to do it without getting you involve. Proves to me how much he loves you by keeping you as far away from danger that there might be." Kata-kata Tengku Danish membuatkan dia terdiam, lelah dengan masalah yang menimpa.
Ardelia yang hanya diam memerhati itu memandang penuh kasihan gadis yang sudah dianggap seperti anaknya itu. Dia faham sangat perasaan Balqis dan dia sangat mengerti kerana suatu masa dahulu dia juga pernah berjauhan dalam jangka masa yang lama dari Tengku Darwish.
"Have faith in him sayang, he loves you so much. To the extent of him willing to get away from you, even if it kills him to be away from you; just to put an end on everything before coming back home to you with a happy ending." Kata-kata Ardelia sedikit-sebanyak membantu menenangkan hatinya tetapi masih lagi perasaannya yang tidak tenteram itu dilanda gelora tanpa mengetahui keadaan si suami.
"Is he safe? Will he be safe?"
"Well that's up to you right? Do you want him safe?"
"Danish Irwan!" Sekali lagi Ardelia menegur dan memukul lembut lutut anaknya.
"Aqish doakan dia ye? Doakan keselamatan dia. Doa seorang isteri untuk suaminya, sentiasa dimakbulkan Tuhan." Ujar Ardelia, kembali memujuk. Walaupun gadis itu kelihatan rapuh di luar, dia yakin Balqis boleh melalui ujian hidup ini.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...