56| Beralah

6.5K 501 32
                                    

   Setelah 3 hari 2 malam Amrin membawa lari Balqis dari keluarganya, akhirnya mereka pulang ke halaman rumah petang Sabtu itu.

   Seperti yang sudah dijangka Amrin, puan Amelia setia menyambut kepulangan mereka di pintu rumah. Sebaik sahaja Amrin berdiri di hadapan mamanya, badannya terus ditarik ke dalam pelukan. Erat sekali pelukan puan Amelia seperti tidak mahu lepas.

   "Mama minta maaf... Mama minta maaf sayang. Mama takde niat nak pisahkan Am dengan Balqis. Mama harap Am faham kenapa mama buat macam ni." Ujar puan Amelia berbisik halus sambil mengusap lembut belakang badan anaknya. 

   Amrin hanya diam dan mendengar kata-kata mamanya. Malahan pelukan mamanya juga tidak dibalas. Jujurnya, dia masih terasa dengan mamanya yang memberikan cadangan umtuk berpisah dengan Balqis demi menyelamatkan Balqis.

   Sebaik melonggarkan pelukan, raut wajah anak bongsu kesayangannya itu dicium di serata wajah. Seketika kemudian, puan Amelia menarik Balqis pula ke dalam pelukannya.

   "Mama minta maaf Aqish..." Balqis yang tidak tahu-menahu itu hanya menayang senyum kecil dan mengangguk kecil kepalanya.

   Buat masa ini dia tidak mahu bertanya apa-apa dan memilih untuk memberikan Amrin peluang untuk membuka cerita padanya kerana dia tahu hal keluarga yang sedang disembunyikan darinya kini adalah sesuatu yang sangat besar. Jikalau tidak, masakan Amrin sanggup membawanya pergi dari keluarga yang dirindui selama ini.


   Jam sudah menunjukkan angka 8.10 malam. Amrin membawa masuk dulang yan berisi nasi, sup sayur dan ikan bakar. Sekali lagi Balqis mengeluh kecil, mengundang senyuman Amrin.

   "Kenapa sayang?"

   "Takde lauk lain ke? Best je semalam dapat makan sedap, hari ni dah back to basic." Ujar Balqis tidak berpuas hati dengan makanannya malam itu. Kepalanya mengingati kembali chicken chop yang dimakan semalam di Awanmulan Retreat.

   Oleh kerana mereka tergesa-gesa ke vila itu, tiada persediaan makanan yang sempat dibawa bersama, makanya dia merayu pada Amrin untuk memberinya peluang untuk menjamu selera dengan bebas memandangkan Puan Sri Fazila yang selalu memantau pemkanan pantangnya tiada.

   "Hahaha. Hari ni nenek masak lauk awak, abang tak boleh nak cakap apa la. Yang semalam tu diam-diam je, jangan bagi tau siapa-siapa. Mampuih abang kena luku kepala kalau nenek tau." Balqis terus menaik wajah mendengar kata-kata Amrin. Tanpa dapat ditahan, matanya turut bergenang, sedih dan pasrah dengan makanan pantang yang disediakan Puan Sri Fazila.

   "Alooo takmo la shedih-shedih... Okey, sayang nak makan apa? Esok abang belikan. Malam ni kena makan lauk ni dulu la. Boleh?" Amrin yang sudahpun mengambil tempat di birai katil itu mengusap lembut pipi isterinya. Geram. Semakin memerah wajah itu, menunjukkan Balqis semakin pulih dan sihat.

   "Nak makan ayam bakar... Pasar malam boleh ke? Yang ayam madu tu..sedapnya." Sudah terliur Balqis membayangkan ayam bakar madu berwarna oren keperangan itu.

   "Minyak banyak sayang, tak elok."

   "Alaaa... Kalau macam tu..Kenny Rogers okey ke?"

   "Emm Kenny Rogers pon healthy... Tapi abang kena tengok dulu macam mana, sesuai ke tak dengan awak... Kalau okey esok abang belikan."

   "Emmm dengan muffin sekali." Ujar Balqis perlahan, kepalana sudah terbayang ayam dan muffin di Kenny Rogers.

   "Tak dengar sayang, cakap kuat sikit..."

   "Beli muffin dia sekali. Vanilla."

   "Allahu! Over pula minta macam-macam..."

   "Tak boleh ke?" Soal Balqis dengan wajah sedih dan mucung bibir yang sudah menggigil keinginan.

Till the EndWhere stories live. Discover now