Sepersalinan baju kemeja dilengkapi blazer disarung ke tubuh pagi itu. Usai mengemas penampilan dan merapikan rambut, Tengku Darwih keluar dari walk-in wardrobe kelihatan segak bergaya dan bersedia menghadapi musuh.
Belum sempat dia berbuat apa tubuhnya dipeluk Ardelia dari tepi.
"Hehehe, kenapa ni? Manja je pagi ni, hmm?" Ujar Tengku Darwish sambil dia mengusap lembut rambut si isteri.
"Kalau abang tak pergi tak boleh ke?"
"Abang bukan nak pergi perang sayang, nak pergi court je pon."
"Still... You're exposing yourself to him."
"Alaa don't worry sayang, abang bukan masuk pun duduk dalam kereta kat luar je tunggu habis trial."
"No need to go la kalau macam tu."
"Tak boleh sayang, abang kena stand by. Takut apa-apa jadi kat saksi and Luqman so I need to meet them ASAP."
"Ya risau la..."
"Sayang doakan abang selamat pergi and balik ye? InshaAllah everything will be alright. Abang bawa bodyguard sekali so don't worry la."
Ardelia hanya pasrah mendengar, lagi pun dia bukan mampu berbuat apa. Jika A yang dikatakan suaminya, A lah yang akan dibuatnya.
Pagi itu Balqis tiba di pejabatnya dengan dikelilingi wartawan di lobi syarikat. Memandangkan hari itu merupakan hari perbicaraan Megat Rahim tumpuan kes sedikit-sebanyak beralih kepada dirinya kerana sepertinya para wartawan dan media dapat menghidu perhubungan di antara dirinya dan Megat Rahim.
Walaupun hal itu dirahsiakan sejak dahulu, masih juga ada yang berjaya rungkai walaupun belum mendapat pengesahannya. Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang dan dia pasti ada pihak yang menjadi pemberi maklumat pada media dan hal itu yang sedang berada di dalam fikirannya kini.
Masakan Megat Rahim membocorkan hal ini sedangkan lelaki itu sendiri tidak mahu hubung-kait antara mereka diketahui dunia jadi sepertinya sangat mustahil jika maklumat keluar dari mulut orang tua itu.
Tetapi jika bukan Megat Rahim siapa? Siapa yang mengetahui tentang hubung kait mereka selain dari keluarga Amrin?
Balqis naik ke bilik pejabatnya dengan wajah yang jengkel membuatkan Elly yang girnag ingin menegur majikannya itu segera kembali duduk di kerusinya. Selepas 10 minit berlalu barulah dia masuk ke dalam berjumpa Balqis untuk memaklumkan jadual hari itu.
"Good morning miss, here's your coffee."
"Today you have PV to sign before submit to finance, next issue cover design to approve and also a proposal from Kreato to go through and decide to proceed or not. Also you have top management meeting at 2pm."
"Why yea?"
"Why..what miss?"
"Why the media surround me in front of entrance? Are you aware of this?"
"Sorry miss. I noticed the media's presence but not sure of their motive. I'm so sorry for being careless miss, will let security know ASAP."
"You find out why they're here. I might have an idea, but impossible sangat..."
"Should I know anything?"
"You tahu kan my on-going case is with Megat Rahim. I want you to find out why media kerumun I, whether because Megat Rahim ir not. If because Megat, how they know about the relation of the case with me."
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...