13| Kesempatan

11.5K 601 8
                                    

   Amrin mengeluarkan Knicks miliknya lalu dia mendail nombor 'orang jauh' yang diriduinya.

   "Assalamualaikum." Melebar senyuman Amrin apabila mendengar suara nenek kesayangannya di hujung talian sana.

   "Waalaikumussalam, nenek!"

   "Ya Allah! Cucu aku! Bertuah punya budak. Kau kat mana ni Mika?"

   "Hahaha. Mika kat rumah la."

   "Kau tak kerja ke sekarang?"

   "Nak kerja apa nek? Sekarang malam. Lagipun Mika cuti sekarang."

   "Yeke? Habis tu kenapa tak balik Malaysia? Rindu nenek kat kau ni. Dah tak sudi ke nak jenguk nenek?" Mengekek ketawa dia mendengar luahan hati Puan Sri Fazila Ahya

   "Nenek, Mika kat Malaysia la ni nek oi."

   "Ha?? Bilanya kau balik? Kenapa tak bagi tau?!"

   "Hahahaha. Sabar nek, sabar. Relaks. Mika nak dekat sebulan dah balik."

   "Bertuah punya budak! Kenapa la tak bagi tau? Habis ni, kau duduk mana ni?"

   "Duduk mana lagi? Rumah Mika la, yang nenek belikan tu."

   "Oh, dengan Aqish ye?" Amrin terdiam sebentar mendengar panggilan nama isterinya, Aqish.

   "Haa, ye. Dengan 'Aqish'."

   "Haa takpe, nanti nenek datang. Nenek pon dah janji nak datang tengok Aqish lepas nenek balik dari Jepun, tapi asyik sibuk memanjang. Tak sempat nak menjenguk cucu tu."

   "Nenek ni, Mika dah balik bukannya nak jenguk Mika. Menjenguk Aqish? Sedangkan Mika ni yang belajar luar negara, bukannya Aqish tu."

   "Eh kau ni! Kau tu cucu aku, takpe la bila-bila masa aku boleh jumpa kau. Qisya ni, istimewa. Amanah aku."

   "Yelah nek. Ya, baiklah."

   "Macam mana hidup berdua sebagai suami isteri? Ok?"

   "Ok je. Ni, cakap pasal Aqish... Mika nak tanya something la nek."

   "Apa dia?"

   "Apa sebenarnya yang dah jadi kat dia? Siapa dia tu sebenarnya?" Walau bagaimana sekalipun, dia harus mengorek rahsia dari neneknya. Beberapa saat diambil Puan Sri Fazila untuk menjawab soalan cucunya.

   "Kenapa kau tanya macam tu?"

   "Takde la... Selalunya dia tidur, dia mimpi buruk nek. Selalu mengigau tengah malam, menangis-nangis dia. Risau jugak Mika tengok."

   "Dah lama ke dia macam gitu?"

   "Boleh la... 2 minggu sekali. Kadang-kadang berturut mimpinya." Puan Sri Fazila hanya diam mendengar Amrin bercerita tentang Balqis. Walaupun gadis itu bukanlah cucu kandungnya, dia sudahpun menganggap Balqis seperti cucunya sendiri kerana dari anak itu kecil dia turut menjaga dan mencurahkan kasih sayangnya. 

   Lagi-lagi selepas kepergian sahabat baiknya, Abdul Hisyam, atuk kandung kepada Balqis, rasa tanggungjawabnya terpanggil untuk membela dan menjaga Balqis. Kerana itu, Balqis Batrisya akan sentiasa diutamakan dalam apa jua keadaan sekalipun.





   Balqis memandang pekerjanya di dalam bilik mesyuarat itu. Sudah hampir 2 jam mesyuarat berlangsung tetapi masih belum selesai perbincangan mereka pagi itu. Kasihan pula dia melihat wajah-wajah stafnya. Pasti kepenatan dan kelaparan.

   Whatsapp terus dibuka dan Elly disuruhnya untuk memesan makanan melalui foodpanda. Mudah dan cepat, tidak perlu membuang masa. Sementara menunggu mesyuarat yang berbaki lebih 30 minit itu, sempat lah untuk makanan yang dipesan tiba.

Till the EndWhere stories live. Discover now