Jam 7.00 petang encik Malik tiba diapit puan Amelia yang pergi menjemput ketibaan suaminya di KLIA beberapa jam sebelumnya.
"Abah..." Amrin mendekat lalu menghulur tangannya untuk bersalam. Melihatkan reaksi abahnya yang seperti berat sahaja mahu menyambut huluran tangannya, terus tangannya dijatuhkan.
Sangkanya abahnya enggan menerima sambutannya tetapi ternyata dia salah apabila badannya ditarik masuk ke dalam pelukan dengan erat sekali.
"Besar dah hero seorang ni."
Hmm yeah, memang la dah besar kalau dah berapa tahun tak jumpa.
"Am sihat?"
"Sihat. Abah sihat?"
"Abah macam ni la, kejap sihat kejap tak."
"Mak." encik Malik kemudian menyalami tangan ibunya.
"Hmm. Lambat sampai?"
"Biasa la mak, delayed." Melihat Amrin menempel pada seorang gadis muda yang berkain batik itu terus encik Malik datang menghampiri.
"Ni..menantu abah ke?" Amrin hanya menjeling sebal di dalam hati dengan kata-kata abahnya itu.
"Ya bah, ni Balqis. Isteri Am." Balqis terus menghulur tangan untuk bersalaman buat pertama kalinya dengan bapa mertuanya itu.
"Balqis tak sihat ke ni? Nampak lemah je." Soalan encik Malik mengundang rengusan kecil dari Amrin. Melihatkan wajah tegang Amrin, cepat-cepat puan Amelia mengajak suaminya naik ke bilik di atas untuk rehat seketika.
Amrin hanya diam menyiapkan Balqis yang baru sahaja habis mandi itu. Setelah memastikan pemakaian Balqis sempurna dengan stokin terus dipimpin isterinya itu perlahan-lahan ke katil.
"Emm..awak tak happy ke..abah awak dah sampai?" Amrin merenung mata bening isterinya itu sebelum dia mengeluh kecil.
"Bukan tak happy. Cuma abang tak suka abah react macam biasa, macam takde buat salah."
"I'm in no position to ask you to forgive and forget because I'm not at your place. Cuma buat masa sekarang, saya harap awak boleh..berbaik dengan keluarga awak. It's my first time meeting them officially..saya tak nak awak sedih." Amrin merenung lembut wajah Balqis, terlupa seketika bahawa pertemuan kali ini adalah pertama kalinya antara isterinya itu dengan kedua abah dan mamanya.
Tangan Balqis diraih dan diusap lembut sebelum dibawa ke bibir, dicium lembut beberapa kali.
"Abang minta maaf. I'll try to be on my best behavior okay?" Ujar Amrin dengan sengihan nakalnya. Balqis hanya senyum kecil melihat cubaan suaminya itu untuk berjanji.
"Abang nak tidur dengan awak malam ni boleh? Rinduuu..." Balqis tergelak kecil lalu mengangguk. Bersorak gembira Amrin apabila usul cadangannya itu diterima baik oleh si isteri.
Maklum sahaja sepanjang tempoh Balqis berpantang itu Puan Sri Fazila melarang sama sekali Amrin untuk tidur sekatil dan sebilik dengan Balqis. Neneknya itu mahukan Balqis kembali pulih seperti sedia-kala tanpa sebarang gangguan dan penangguhan. Amrin hanya mampu pasrah dan merungut di dalam hati.
Puan Amelia mengetuk pintu bilik yang dihuni Puan Sri Fazila sebelum dia melangkah masuk.
"Mak..."
"Hmm? Ada apa?"
"Ada benda Amy nak cakap..pasal Balqis."
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...