Keesokan paginya rumah kecoh dengan kehilangan Amrin. Puan Sri Fazila dan puan Amelia sudah jalan mundar-mandir memikirkan keberadaan Amrin, manakala encik Malik masih diam dengan wajah yang tenang menghirup kopi. Dia tidak habis fikir lagi mengenai kemungkinan bahawa anaknya itu hilang.
Balqis hanya bersandar di sofa ruang tamu dengan iPhone di tangan. Terkejut bukan kepalang dia saat dikejutkan puan Amelia dan diberitahu bahawa Amrin sudah hilang. Serasanya Amrin ada tidur bersamanya malam semalam, tetapi mungkin juga Amrin menghilangkan diri usai Subuh sewaktu semua penghuni rumah masih tidur.
Dia tidak merasakan suaminya hilang kerana kebiasannya Amrin akan keluar berjoging jika tiada di awal pagi. Tetapi oleh kerana jam sudah menginjak ke 12.00 tengah hari, masing-masing menjadi risau dengan kehilangan Amrin yang tiba-tiba itu.
"Emm..mungkin abang ada hal kot. Lepas joging terus gerak...?"
"Tapi dia tak bawa phone Balqis. Kalau dia keluar ada hal mesti dia bawa phone."Puan Amelia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Amrin tidak mengapa dna hanya keluar sebentar.
"Dah-dah tu Amy, bertenang. Mungkin betul juga apa yang Balqis cakap. Kejap dia balik la tu." Encik Malik mula bersuara apabila melihat isterinya yang panik dari tadi. Dia tidak berapa kisahkan isterinya, sebaliknya Balqis yang dikisahkan ketika ini.
Sudah la menantunya itu masih belum sihat, dimarah pula atas kehilangan Amrin. Kasihan dia melihat wajah Balqis yang muram dan pucat itu.
"Abang, tu anak kita tau. Kalau apa-apa jadi macam mana?? Dah la, saya nak pergi balai."
"Nanti dulu. Belum 24 jam hilang. Polis tak boleh buat apa."
"Habis tu takkan kita nak duduk je?"
"Mak?" Puan Amelia sudah memapar riak wajah risau dan takut, memikirkan kemungkinan yang berlaku pada anak lelaki tunggalnya itu.
"Sabar. Tunggu kejap lagi dia balik. InshaAllah takde apa-apa budak tu." Puan Amelia mengeluh berat lalu berlalu ke dapur, untuk menenangkan diri barangkali.
Selepas 15 minit menunggu akhirnya Amrin pulang dengan wajah yang sugul dan baju yang basah melekat ke tubuh. Terus puan Amelia menerpa ke arah Amrin dan memeluk anaknya itu.
"Am pergi mana hilang dari pagi??" Amrin yang terkebil-kebil tidak tahu apa yang terjadi itu terus meleraikan pelukan mamanya.
Wajah-wajah yang sedang menunggunya di ruang tamu itu tidak diendahkan tetapi sebaik sahaja matanya menancap pada Balqis yang turut beriak risau memandangnya itu, dia terkaku seketika. Beberapa saat berdiam, Amrin memaksa kakinya menghampiri Balqis lalu lengan isterinya itu ditarik dan dibawa masuk ke bilik.
Balqis hanya diam melihat Amrin menutup pintu bilik. Seketika kemudian Amrin mencabut baju jersinya yang sudah basah dengan peluh lalu dicampak masuk ke dalam bakul baju kotor.
"Awak okey?" Melihat keadaan Amrin yang kusut itu tidak sampai hati pula dia mahu menyoal dengan bermacam pertanyaan.
"Abang nak mandi kejap." Balqis hanya diam dan membiarkan Amrin berlalu masuk ke dalam bilik air. Dalam hatinya sudah terdetik sesuatu tentang Amrin.
Dia yakin pasti ada sesuatu yang terjadi pada suaminya. Masakan tidak, Amrin yang ceria dan pemurah dengan senyuman itu hanya diam dan kelihatan murung. Jarang suaminya begitu membuatkan dia risau dengan masalah yang membelenggu lelaki itu.
Setelah 20 minit berdiri kaku di bawah pancuran air shower, Amrin menutup pili air lalu mengeringkan tubuhnya. Wajahnya yang terbias pada cermin dalam bilik air sekali lagi membuat dia kaku.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...