47| Sayang Dia

10.4K 649 95
                                    

   Sudah 2 hari berlalu sejak mereka pulang dari San Francisco. Balqis masih belum kebah dari sakitnya. Setibanya mereka di KLIA pada Ahad malam 2 hari lepas keadaan Balqis masih seperti biasa tetapi keesokan harinya keadaannya semakin memburuk.

   Perutnya berasa tidak sedap. Perasaannya seperti lapar-tidak lapar. Mahu makan tiada selera. Kepalanya berpusing sehingga dia hanya mampu berbaring. Tekaknya rasa mual-mual tetapi tidak sehingga mahu muntah.

   Sepanjang hari dia hanya merengek penat dengan keadaan diri. Amrin yang buntu dengan keadaan isterinya terus menerpa membawa Balqis mendapatkan rawatan di klinik. Pada awalnya dia hanya berpendapat bahawa Balqis jet lag kerana itu dia tidak membawa Balqis ke klinik tetapi sebaik melihat keadaan isterinya itu semakin memburuk terus dibawa Balqis ke klinik. Fikirnya Balqis mungkin diserang penyakit tetapi keputusan doktor hanya menunjukkan bahawa Balqis diserang gastrik.

   Dalam perjalanan pulang, Amrin sempat membungkus bubur McD buat isterinya memandangkan Balqis tiada selera makan. Sampai sahaja di rumah Amrin memimpin Balqis naik ke bilik terlebih dahulu sebelum dia menyediakan makanan buat si isteri.

   Lobak merah dan brokoli dikeluarkan dari peti sejuk lalu dipotong kecil sebelum direbus seketika. Buah epal merah juga dipotong menjadi helaian tebal untuk memudahkan Balqis mengunyah. Akhir sekali, uncang teh chamomile direndam seketika di dalam mug untuk menyediakan teh panas chamomile. 

   Apabila lobak merah dan brokoli yang direbus sebentar tadi sudah sedikit lembut, Amrin mematikan api dapur lalu mengetos sayuran itu sebelum memasukkannya ke dalam mangkuk yang sudah terhidang bubur ayam McD. Siap hidangan makan malam buat Balqis.

   Pening juga dia berfikir mahu memberikan si isteri yang sedang sakit gastrik itu makan apa pada mulanya tetapi kepalanya mudah mencari solusi dengan membuat carian di google. Semua yang terhidang elok belaka untuk merawat penyakit gastrik. Haranya Balqis tidak banyak mengeluh dan makan sahaja apa yang diberikan.

   Perlahan-lahan Amrin meletakkan dulang makanan yang dibawa naik itu ke meja sisi katil. Balqis yang sedang lena memeluk bantal itu didemah dahinya. Setelah berpuas hati, Amrin menejutkan Balqis dari tidurnya untuk menjamah sedikit makanan.

   "Sayang... Bangun kejap."

   "Bangun jap Qisya."

   "Apa dia?"

   "Meh, makan ni."

   "Tak nak la, takde selera."

   "Kena makan sikit jangan biar perut kosong. Nanti lagi sakit perut tu."

   "Meh la makan, abang suap."

   "Bangun sayang, makan dulu. Lepas ni sambung tidur balik, okey?"

   Lemah tidak bermaya sahaja Balqis bangun dan bersandar pada kepala katil. Kepalanya melentok menggamit Amrin mendekat lalu menadahkan bahunya buat si isteri untuk bersandar. 

   Sementara mengacau bubur menjadi suam, Amrin menyuruh Balqis mengalas perut terlebih dahulu dengan kepingan buah epal merah yang dikupas sebentara tadi. Setelah memastikan bubur benar-benar suam, perlahan-lahan Amrin menyuakan pada Balqis. Balqis membuka mulut dan mengunyah dengan perlahan-lahan, sedaya-upaya menahan tekak yang meloya sejak seharian itu.

   Sepuluh minit masa diambil untuk Balqis menghabiskan hampir keseluruhan mangkuk sederhana besar bubur McD yang sudah diubahsuai Amrin itu. Baki bubur yang tidak habis terus dihabiskan Amrin di situ juga. 

   Selesai memberikan Balqis ubat, Amrin bangkit untuk turun ke bawah, meninggalkan isterinya untuk berehat di dalam bilik. Sepah yang dibuatnya sebentar tadi dikemas bersih sehingga dapurnya kelihatan seperti baru lepas dicuci.

Till the EndWhere stories live. Discover now