Awal pagi lagi Amrin sudah bergerak ke Mid Valley, meninggalkan Balqis ke pejabat bersendrian. Walaupun jawatannya sebagai majikan, dia tetap melibatkan diri dan memerhati kelancaran ekspo di kios Knick Knack Tech sempena E-Sport Exhibition yang sudah berlangsung selama 3 hari itu.
Pada hari perasmian, ramai gamers, pencinta teknologi, pengeluar hardware dan software juga pengguna dan pengunjung membanjiri Mid Valley Convention Center itu. Walau bagaimana pun, Amrin dan pasukannya sudah pun menjangkakan sambutan yang akan diterima membuatkan segala persediaan yang dibuat beberapa hari awal sebelum perasmian berbaloi.
Banyak juga pihak media membuat liputan dan siaran langsung sepanjang 5 hari itu membuatkan E-Sport Exhibition kali ini mendapat perhatian ramai dua kali ganda daripada sebelum ini. Malah dengan kehadiran wakil dari Kementerian Belia dan Sukan juga NGO yang terlibat turut memeriahkan program yang telah dijadualkan.
3 hari itu Amrin agak sibuk dan sering pulang ke rumah lewat malam. Serba-salah juga dia terhadap Balqis apabila setiap malam pulang isterinya itu sudah lena di alam mimpi. Nasib sahaja sepanjang 3 dia masih ada masa untuk meniapkan sarapan buat isterinya, sekurang ada jugalah masa untuk mereka berbual walaupun hanya sebentar cuma.
Balqis juga tidak ketinggala menghadirkan diri pada pelancaran E-Sport Exhibition itu. Sewaktu sesi perkongsial ilmu oleh Knick Knack Tech, Balqis turut ada dan memberikan sokongan pada Amrin.
Malah, kehadiran Balqis itu berjaya dihidu lensa kamera pihak media dan terpampanglah kembali cerita dan berita mengenai mereka suami isteri sepanjang minggu itu.
Jam 8.15 malam barulah Balqis menutup iMac dan macbook di atas meja kerjanya. Kepelbagaian urusannya pada hari itu membuatkan jadual kerjanya beranjak ke malam membuatkan dia terpaksa pulang lewat pada hari itu walaupun pada hakikatnya sudah 3 hari dia pulang lewat kerana tiada siapa yang menyambutnya pulang. Maklum sahaja, Amrin sibuk dengan ekspo di Mid Valley.
Nasib sahaja lelaki itu tidak menjemputnya hari ini, jikalau tidak terpaksalah lelaki itu menunggu lama di dalam bilik pejabatnya itu. Setelah mengemas serba-sedikit mejanya, dia mencapai beg tangannya lalu melangkah ke luar. Suis lampu bilik pejabatnya sempat dimatikan sebelum dia berlalu keluar melangkah ke lif untuk turun ke basement.
Basement yang sudah lengang dengan kereta itu dipandang dengan keluhan.
Aih... Sampai bila la kena hidup macam ni? Datang pagi gelap, balik malam pon gelap. Takde life sangat!
Balqis berjalan sambil menyelongkar beg tangannya untuk mencari kunci kereta, maklum sahaja jarak antara lif dan tempat letak keretanya agak jauh membuatkan dia harus berjalan sejauh 150 meter.
"Kereta ni pon jauh sangat pulak, hish!" Panas hati Balqis apabila mengingat kembali insiden tempat parkir keretanya tadi pagi.
Parkir khas yang tersedia untuknya di hadapan lobi diambil secara tiba-tiba oleh pelawat yang tidak dikenali dan semestinya tidak diundang olehnya. Apabila disuruh jockey parkir mengalihkan kereta Bentley yang terparkir di kotak parkirnya itu, semua jockey enggan malah mengarahkannya untuk parkir di basement pula. Perasaan marah dan geramnya belum surut lagi di dalam hati bila difikirkan kembali.
Bunyi deruman enjin motosikal berkuasa tinggi yang tiba-tiba mengaum menggamit perhatiannya. Balqis segera mencari kelibat motor itu dan sebaik sahaja kelapanya menoleh memandang ke belakang, alangkah terkejutnya dia melihat sebuah motorsikal berkuasa tinggi sedang begerak laju ke arahnya.
Pada mulanya Balqis hanya beriak biasa tetapi sebaik sahaja melihat penunggang motorsikal itu mengeluarkan kayu baseball dari beg sandang yang dibawa, segera Balqis berlari ke arah keretanya yang sudah terlihat di matanya.
YOU ARE READING
Till the End
أدب نسائيBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...