Pagi itu Amrin mengejutkan Balqis setelah matahari pagi mula memunculkan diri. Hari itu aktiviti mereka berkemungkinan menjadi sedikit padat memandangkan dia harus ke Knick Knack Tech untuk menyempurnakan tugasnya sebagai pengasas juga CEO.
Selepas bersarapan ringkas bijirin sarapan pagi dan roti, mereka berangkat ke Knick Knack Tech dengan menaiki grab memandangkan Amrin tidak mahu membuang masa dengan menunggu bas.
Tiba di hadapan bangunan berketinggian 20 tingkat, Amrin menarik Balqis masuk ke dalam. Lif tingkat 20 ditekan Amrin dengan sengihan kecil memandang Balqis. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, perkara pertama yang berada di layar pandangan Balqis adalah papan tanda syarikat milik suaminya, Knick Knack Tech.
Sebaik sahaja jasad mereka berada di dalam ruang kerja itu, serta-merta kesemua mata yang berada di dalam ruang itu memandang mereka. Balqis diam memerhati pandangan-pandangan mata berwarna di dalam ruangan itu.
"Mike!!" Dalam sekelip mata sahaja badannya ditolak ketepi, menjauh dari Amrin.
Suaminya pula sudah dijulang tinggi oleh mata-mata berwarna yang menolaknya tadi, mungkin pekerja di situ.
"Mike, we're glad you're back!"
"Great to see you again dude!"
"We're so happy to see you. How's Malaysia?"
"Hahahahaha. Relax people! One at a time please."
"Oh guys before that, lemme introduce someone." Semua diam dan terus memerhatikan seraut wajah yang ditunjukkan Amrin itu.
Amrin menarik lengan Balqis agar berdiri bersebelahan dengannya lalu tangannya menggenggam erat jemari si isteri.
"This beautiful lady here is my wife, Trisya."
Mata seisi ruang itu memerhati tautan jemari antara Amrin dan Balqis sebelum masing-masing memandang sesama sendiri, hairan. Tidak pernah tahu pula bahawamajikan mereka itu sudah berkahwin dengan gadis Malaysia kerana rata-rata mereka di situ mengetahui tentang perasaan Claire pada Amrin dan masing-masing merestui Claire dan Amrin bersama. Tidak sangka pula begini jadinya.
"Give her some love guys!" Sebaik ditegur Amrin barulah masing-masing berbunyi ceria menyambut ketibaan isteri padamajikan mereka itu.
"Dude! You're married? Since when??"
"That..it's..a long story."
"Hey Mike! Congrats for your wedding. But I thought this while you're with Claire. In fact we all thought you were together cause you look so cute together. But whatever, no one cares. Past is past right. So, congrats again!"
"Thanks, Jane. Thanks girls."
Setelah Jane dan 3 orang kaki gosip di Knick Knack itu berlalu pergi, Amrin menyandarkan pinggulnya pada kubikel yang terdekat dengannya. Puas otaknya berfikir tentang dirinya dan Claire.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...