16| Kantoi

10.4K 541 14
                                    

   Puan Sri Fazila hanya diam memerhati Amrin dan Balqis bersarapan di hadapannya. Balqis sibuk dengan iPad di tangan sambil mengunyah roti, manakala Amrin leka dengan Knicks sambil menyuap bijirin ke mulut.

   "Malam tadi apa yang bising dalam bilik?" Soalan Puan Sri Fazila serta-merta menarik perhatian cucu dan cucu menantunya.

   Balqis dan Amrin berpandangan sesama mereka buat seketika, saling memberi isyarat mata.

   "Bising apa nek?" Amrin kembali menyoal, meminta kepastian.

   "Mana la nenek tau, tu yang nenek tanya korang. Korang takde dengar ke?" Sengaja Puan Sri Fazila memberi tekanan pada cucunya untuk menjawab soalan yang direka semata-mata untuk memancing kedua cucu dan cucu menantunya.

   "Nope. Takde apa pon. Nenek salah dengar kot." Selamba Amrin menjawab lalu menyambung makannya.

   "Aqish? Takde dengar apa-apa?"

   "Takde pulak nek."

   "Hai, takkan tak dengar? Rasanya datang dari bilik korang." Sekali lagi Balqis dan Amrin berpandangan sesama sendiri.

   "Takde nenek. Kitorang tidur ok je semalam."

   "Yeke? tidur bilik mana?" Amrin mengerut dahi mendengar soalan yang keluar dari mulut neneknya. Nampak sahaja tenang wajahnya, jauh di sudut hati berdebar bukan main lagi hatinya saat itu.

   Jangan cakap nenek dah tau?

   Tak mungkin!

   "Aih, biasa la. Bilik depan tu." Ujar Amrin memaksudkan bilik Balqis.

   "Betul Aqish?" Puan Sri Fazila memandang Balqis dengan pandangan mata yang mendalam.

   "Hmm, betul la."

   "Ok."


   Selepas bersarapan Balqis dan Amrin melepak di ruang tamu. Balqis masih dengan iPadnya, manakala Amrin dengan tv yang terpasang Black Panther. Melihatkan kedua cucunya sedang berehat, dia terus melangkah naik ke bilik. 

   Amrin hanya tekun memerhati gerak-geri neneknya. Setelah yakin kelibat Puan Sri Fazila sudah tidak kelihatan, barulah dia mencuit sedikit bahu Balqis.

   "Apa?" Soal Balqis malas-malas. Dia sedang sibuk menganalisis laman web Essentialist, boleh pula Amrin mencuit-cuit bahunya. Malas mahu dilayan kerenah lelaki itu.

   "Qisya... Qisya ada terlepas cakap ke kat nenek?" Bisik Amrin perlahan membuatkan Balqis kurang mendengari soalan suaminya itu.

   "Qisya, abang tanya ni."

   "Apa dia?" Balqis memandang Amrin dengan hidung yang kembang-kuncup menahan geram. Sebaik melihat jari telunjuk suaminya pada bibir, memintanya senyap, cepat-cepat dia mengangkat kening bertanya.

   "Qisya ada terlepas cakap apa-apa ke kat nenek?"

   "Mana ada." Ujar Balqis, juga dalam suara separa berbisik.

   "Habis tu kenapa nenek macam syak something?"

   "Mana lah saya tau."


   Selesai menonton Black Panther, Amrin melangkah naik ke bilik. Mahu melepak dengan Balqis, isterinya itu tidak pernah menghiraukan dirinya. Makanya, dia membawa diri naik ke bilik. Semestinya itu lebih baik.

   Baru sahaja kakinya memijak tingkat 2 rumah itu, wajah Puan Sri Fazila di ruang rehat atas itu menyapa pandangannya.

   "Nek? Nak rehat masuk la bilik."

Till the EndWhere stories live. Discover now