Balqis bangun sebaik sahaja jam menunjuk tepat 6.00 pagi. Seperti kebiasaannya, dia terus masuk ke bilik air, mandi dan bersiap untuk ke pejabat.
Melihatkan aktiviti hariannya, sepertinya dia dan Amrin bertukar watak.
Amrin sebagai suami pula yang bangun awal menyediakan sarapan sebelum bersiap untuk ke pejabat.
Sepatutnya semua kerja rumah dilakukan olehnya. Malahan dia juga yang seharusnya menguruskan Amrin tetapi sebaliknya pula yang terjadi.
Usai bersiap Balqis turun dan dihidangkan sarapan pagi ringkas oleh Amrin. Bijirin serta sandwich yanh sudah siap dibungkus sebagai bekalan di pejabat.
"Morning. Meh makan, meh." Balqis hanya diam menurut sambil matanya tidak lari memerhati kelincahan Amrin menguruskan dapur.
Hebat benar Mikael Amrin itu dimatanya. Kalaulah dia juga sehebat itu dalam menguruskan rumah mereka.
"Sayang, awak nak minum coffee ke juice?" Soalan Amrin membuatkan Balqis kembali fokus dengan realiti.
"Huh? Err..jus."
"Ok. So coffee awak abang bungkus dalam tumbler eh? Nanti awak bawak pergi office."
"Okay." Balqis kembali diam menyudu sedikit demi sedikit bijirin sarapannya. Dalam masa yang sama, mindanya masih menerawang pada usaha suaminya.
"Thank you..." Perlahan sahaja perkataan itu keluar dari mulutnya, takut terkantoi pada Amrin. Apakan daya, ego melebihi segalanya.
Tidak sengaja kata-kata penghargaan itu keluar dari mulutnya. Melihatkan usaha Amrin demi memastikan kelancaran harinya membuatkan dia terharu dan berterima kasih.
Amrin yang sedang mencuci cawan itu berpaling dengan wajah kehairanan. Tidak lama kemudian wajahnya manis dengan senyuman khas buat si isteri.
"You're welcome sayang."
Balqis segera menundukkan pandangannya lalu cepat-cepat dihabiskan sarapannya. Malu bukan kepalang pada lelaki itu.
"Hahahaha... Slowly makan tu. Perut baru nak menghadam, relax."
Selesai bersarapan Balqis mencapai paper bag berisi bekalan sandwich dan kopinya.
"Abang hantar pagi ni?" Soal Amrin sambil menghantar Balqis ke pintu rumah.
"No, it's okay. Saya drive. Maybe balik lambat sikit, ada kerja lebih."
"Alright then. Be careful driving."
"Okay." Balqis memandu keluar dari perkarangan rumah sambil diperhati Amrin yang melambai tangan padanya.
Hatinya mula senang dengan Amrin. Layanannya yang baik. Pertuturannya yang lembut. Beginikah rasanya bila hidup bersama seorang yang bergelar suami?
"What the hell is wrong with me??" Cepat-cepat kepalanya menggeleng, menafikan rasa yang mula bercambah.
Laju Evoque itu dipandu pergi. Enggan melihat wajah Amrin yang tersenyum itu. Risau hatinya akan semakin berbunga.
"Stop it."
Panggilan yang sedang bersambung itu dinantikan dengan penuh debar. Orang di sana masih belum mengangkat panggilannya. Tidak sabar mahu mendengar suara yang dirindui itu.
"Assalamualaikum." Lebar senyuman Amrin apabila mendengar suara ibu yang dikasihi.
"Waalaikumussalam, mama."
YOU ARE READING
Till the End
Literatura FemininaBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...