43| Playing tourist

7.7K 459 25
                                    

   Keesokan paginya Amrin bangun seawal jam 7.30 pagi waktu California. Sarapan ringkas disediakan terlebih dahulu buat dirinya dan Balqis. Hanya roti bakar disapu jam dan kopi panas. Selepas memastikan Balqis tidur malam sebelumnya, dia turun ke kedai serbaneka 24 jam untuk membeli sedikit makanan buat alas perut. Lagipun mereka akan mulakan hari mereka pagi itu dengan sarapan di luar.

   "Rise and shine sleeping beauty! Bangun-bangun!" Ujar Amrin menjerit kecil untuk mengejutkan Balqis. Sambil itu tangnnya lincah menghidang sarapan di atas meja.

   Melihat Balqis yang enggan bergerak itu, segera dia mendekat dan menarik comfoetr yang menyelimuti tubuh kecil itu. Balqis merengus kecil lalu matanya dibuka sedikit.

   "Tsk!" Balqis berpaling lalu menutup wajahnya dengan bantal yang dipeluk.

   "Bangun la sayang, kata nak jalan-jalan. Kalau lambat keluar lambat la kita start aktiviti kita hari ni." Amrin duduk di birai katil sambil memujuk lembut isterinya. Tubuh Balqis yang diselimuti comforter itu dibelai lembut sebelum dibalas dengan bunyi rengekan kecil Balqis.

   Dengan bermalas-malasan Balqis bangun lalu mencapai baju kelengkapannya sebelum masuk ke bilik air untuk bersiap. Amrin hanya menggeleng dengan senyuman kecil lalu disuap masuk mulutnya dengan roti bakar.


   Destinasi pertama mereka pagi itu adalah Nourish Cafe yang terletak di Hyde St. Amrin inginkan Balqis merasai bersarapan pagi dengan sajian Amerika, makanya dia membawa Balqis ke kafe yang terkenal dengan hidangan vegan itu.

   Balqis yang sememangnya menggemari makanan sihat itu rambang mata dibuatnya sebaik melangkah masuk ke dalam kafe. Banyak makanan yang dipesan, antaranya Buddha bowl, toast sampler, beberapa jenis manisan seperti super seed cookie, dan aneka muffin.

   Amrin hanya diam melihat Balqis memilih pesanan, walaupun baginya agak banyak isterinya makan kali ini, tetapi dia tidak peduli. Dia hanya mahukan isterinya gembira.


   Selesai menjamu selera, Amrin membawa Balqis ke Lombard Street dimana terletaknya jalan yang paling banyak selekoh di dunia. Ia direka untuk mengurangkan kecerunan curam semula jadi Russian Hill. Sambil melawat, sambil itu Amrin menjadi insta-photographer tidak berbayar isterinya. Demi pengalaman yang memuaskan, dia relakan sahaja dirinya sebagai jurugambar.

 Demi pengalaman yang memuaskan, dia relakan sahaja dirinya sebagai jurugambar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Till the EndWhere stories live. Discover now