Amrin bangun sebelum subuh lagi pagi itu demi menyediakan bekalan buat Balqis untuk dibawa ke pejabat.
Niatnya hari itu adalah untuk menghantar isterinya ke pejabat. Sudah lama diimpikan untuk berbuat begitu bersama wanita yang bergelar isteri, baru kini dia dapat merasa berbuat begitu.
Selesai menyediakan sandwich dan kopi, Amrin naik ke biliknya untuk bersiap menghantar Balqis.
Keluar sahaja dia dari bilik, Balqis yang sudah siap juga turut keluar dari bilik. Penampilan Amrin yang kemas itu diperhatikan dengan sebelah kening diangkat tinggi.
"Ha! Jom, turun breakfast." Amrin menolak bahu Balqis lalu mereka turun beriringan.
Balqis mengambil tempat di stool kaunter lalu mencapai sandwich sebagai sarapannya pagi itu. Sambil itu Amrin menolak perlahan secawan kopi di hadapan Balqis.
"Latte macchiato, your favourite."
"Mana awak dapat?" Soal Balqis sambil meneguk kopi kegemarannya itu.
"Abang buat la! Hehehehe... Abang beli nescafe dolce gusto untuk Qisya. Senang, tak yah la Qisya beli kopi hari-hari. Lepas ni sebelum Qisya pergi kerja, abang buatkan coffee untuk Qisya." Ujar Amrin dengan sengihan lebar menampakkan barisan giginya.
Balqis hanya mengangguk dengan kunyahannya. Setelah 10 minit di dapur, Balqis mengerling jam tangannya. Sudah masanya dia bergerak ke pejabat.
"Alright. I'm going." Balqis bangun dan mencuci tangan terlebih dahulu sebelum dia berlalu keluar dari dapur.
Amrin yang membuntutinya keluar dari rumah itu dipandang dengan kerutan di dahi.
"Awak nak pergi mana pulak?"
"Nak hantar Qisya pergi office la."
"Hah? Buat apa pulak? Saya boleh pergi sendiri la, tak payah."
"Alaa jom la abang hantar. Abang teringin nak hantar Qisya pergi kerja. Lagipun abang bukan buat apa pon kat rumah."
"Ishhh awak ni mengada-ngada la! Habis balik saya macam mana?"
"Nanti abang ambik la. Don't worry."
Amrin terus bergerak ke Aston miliknya lalu menghidupkan enjin kereta sementara menunggu Balqis menyarung tumit tinggi.
Di dalam perjalanan, Balqis dan Amrin diam mendengar siaran radio yang sedang menyiarkan berita pagi.
"What time awak nak balik sayang?"
"Tak tau lagi. Nanti saya bagi tau one hour before saya nak balik."
"Alright." Ujar Amrin dengan senyuman lebar, gembira dengan keadaan mereka sekarang. Gembira dengan perkembangan hubungan mereka.
"What are you smiling for?"
"Hmm? Saje, sedekah awal-awal pagi ni." Balqis berjeda dengan jawapan Amrin. Malas mahu melayan, dia kembali dengan iphone miliknya.
"Hahahahaha. Alaa, layan la abang. Sembang la dengan abang."
"Nope. Not interested."
"Huh? Boleh pulak not interested sembang dengan abang... Jahat la awak ni sayang."
Seketika kemudian kedengaran Balqis mengeluh. Amrin yang sedang fokus memandu mengerling seketika pada Balqis di sebelahnya.
"Boleh tak awak berhenti panggil saya sayang?"
"Kenapa?" Raut wajah isterinya kembali dipandang sebelum matanya melilau pada cermin pandang belakang juga cermin sisi kiri untuk menukar lorong.
YOU ARE READING
Till the End
ChickLitBalqis Batrisya Menjadi mangsa pada kerakusan dan ketamakan darah daging sendiri membuatkan dia hidup di dalam penyembunyian. Seawal usia masih bayi dia sudah kehilangan kedua ibu bapanya angkara dendam duri di dalam keluarga. Jadilah dia, seorang y...