"Aara." Aara yang sedang mengemas katilnya menoleh apabila uminya memanggil.
" Ya, umi?" Aara mendekati Datin Wafa. Mata wanita itu mencerlungnya tajam.
"Masalah apa lagi yang kau buat kali ni?" Aara mengangkat kepalanya memandang Datin Wafa. Apa lagi kali ini?
"Aara tak buat apa-apa masalah umi." Kata Aara. Walaupun takut, dia beranikan juga dirinya untuk merenung tepat ke arah mata Datin Wafa.
"Tak perlu nak membohong lagi, Aara. Umi tahu kau mencuri lagikan?" Aara laju menggeleng. Matanya sudah berkaca apabila pergelangan tangannya digenggam kuat oleh Datin Wafa.
"Tak umi. Aara tak pernah buat semua tu umi. Aara tak bohong." Setitis demi setitis air matanya mengalir. Rasa takut, sedih dan kecewa bercampur menjadi satu.
"Umi tolonglah.. Percayakan Aara umi.. Aara tak bohong umi."
"Aku tahu kau membohong Aara! Kakak kau sendiri yang bagitahu kau tu mencuri!" Aara terdiam sejenak. Dia tergamam.
Kakak.. Sampai hati kakak..
"Kau dengar sini baik-baik! Mulai hari ini, aku tak benarkan kau keluar dari rumah ni! Kau duduk diam-diam dalam bilik kau ni sampai kau mereput!" Tergamam Aara. Sampai hati umi..
"Umi.. Umi jangan macam ni umi.." Tanpa memberi sebarang amaran, tubuh kecil Aara ditolak kuat oleh Datin Wafa. Pintu bilik Aara ditutup rapat lalu dikunci dari luar.
Klak !
Aara yang terdengar bunyi pintu dikunci laju bangkit mendekati pintu biliknya. Berkali-kali dia mencuba untuk membuka pintu namun gagal.
tok ! tok ! tok !
"Umi! Tolong buka pintu ni umi! Jangan kurung Aara, umi! Aara tak salah!" Rayuannya langsung tidak diendahkan oleh Datin Wafa. Malah uminya itu terus sahaja berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Umi.. Bukalah umi.. Aara tak salah.." Suara tangisannya semakin perlahan. Tubuhnya dibiarkan melorot jatuh ke lantai. Kepalanya disandar pada pintu. Air matanya juga dibiarkan mengalir tanpa diseka.
"Ya Allah .. Bantulah aku Ya Allah.."
+++
"Aara mana?" Datin Wafa yang sedang menghidang makanan itu memandang ke arah suaminya yang baru pulang dari bekerja.
Dia mendekati Dato' Yusuf lalu tangan suaminya dicium.
"Abang naiklah dulu, mandi. Lepastu kita makan sama-sama." Balas Datin Wafa. Jelas dia sedang mengelak untuk menjawab pertanyaan suaminya. Masakan dia mahu mengaku apa yang dilakukannya terhadap puteri kesayangan suaminya itu.
"Yelah.." Tanpa berlengah lagi, Dato' Yusuf terus menaiki anak tangga untuk menuju ke tingkat atas.
Setibanya dia di tingkat 2, niatnya hendak ke biliknya yang berada di sebelah kiri terbatal apabila dia tiba-tiba tergerak hati ingin menjenguk Aara.
Tok ! Tok
"Anak abi.."
"A—Abi.." Tersekat-sejat suara Aara memanggil Dato' Yusuf. Berkerut dahinya kehairanan mendengar suara Aara yang kedengaran lain.
"Aara buka pintu ni, nak." Arahnya. Tangannya tidak berhenti mengetuk pintu bilik Aara.
"Abi.." Ketukan pada pintu serta-merta dihentikan.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...