Bab 18

66 7 0
                                    

"You okay tak ni?" Soal Muaz pada Afya. Sedari tadi, wajah kekasihnya itu seperti sedang sibuk memikirkan sesuatu.

"I tak okay ni.." Balas Afya dengan suaranya yang sengaja dilembutkan. Tangannya menyentuh tangan Muaz yang berada di atas meja.

"Kenapa ni? Tak nak beritahu I ke?" Ibu jarimya mengusap tangan Afya pula.

"Abi tu tak habis-habis nak kawal hidup I. Ini tak boleh, itu tak boleh." Afya mencebikkan bibirnya. Geram dia dengan sikap Dato' Yusuf sejak ke belakangan ini. Dia bukanlah Aara yang akan sentiasa patuh dengan kata-kata orang lain.

Dia sedar dia bukanlah seorang anak yang baik, namun kehidupannya adalah haknya seorang. Tangannya naik memeluk tubuh. Pandangannya dialihkan ke luar kafe itu. Ramai orang yang lalu lalang di hadapan kafe itu.

"Umi tu pun satu. I penatlah!" Rungutnya. Muaz memandang lama teman wanitanya itu.

"Jom. Kita shopping." Afya menoleh memandang Muaz yang sudah bangun itu. Tanpa bertanya apa-apa, Afya juga turut bangun. Beg tangannya diambil lalu dia mengikuti Muaz jalan ke luar kafe itu.

Sewaktu dia sedang berjalan, bahunya dilanggar seseorang. Kepalanya mendongak memandang lelaki itu.

"Sorry.." Ucap lelaki itu. Afya memandang lama lelaki itu.

"Macam kenal.." Katanya sendiri.

"Sayang! Cepat!" Jerit Muaz dari kereta. Afya cepat-cepat tersedar lalu berlari menuju ke kereta Muaz.

Ketika Muaz sudah memulakan pemanduannya, matanya masih terarah kepada kafe tadi. Cuba untuk mencari figura lelaki tadi tetapi tidak dia ketemukan.

"You tengok apa?"

Afya laju menggelengkan kepalanya.

"Tak ada apa. Saja je." Balasnya. Telefonnya dikeluarkan. Berpuluh-puluh panggilan dan pesanan yang dia dapat daripada Dato' Yusuf. Bebola matanya diputar tanda menyampah.

Telefonnya laju dinyahaktifkan lalu disimpan semula ke dalam begnya. Mata Afya melirik ke arah jam tangannya. Jarum jam tepat menunjukkan pukul lapan malam.

"Kita nak ke mana ni?" Soal Afya. Barulah dia sedar, sedari tadi Muaz tidak berhenti memandu dan menuju ke kawasan yang tidak dia kenali. Sepertinya mereka sudah jauh keluar daripada bandar.

Kepalanya menoleh memandang Muaz di sisi. Lelaki itu hanya senyap dan tidak beriak. Melihatkan Muaz yang senyap sahaja mula membuatkan Afya menjadi tidak keruan. Tubuhnya dihimpitkan ke arah pintu dan matanya hanya merenung ke arah luar tingkap.

"Sayang.. Kenapa?" Tegur Muaz. Intonasi suara yang biasa dia dengari tetapi entah kenapa, yang dia rasakan sekarang hanyalah seram sejuk.

"T-tak ada apa." Balas Afya.

"Kenapa tergagap-gagap ni?" Tangan Muaz naik mengusap kepala Afya. Afya tidak mampu menepis tangannya dan dia hanya memejam rapat matanya.

Tiba-tiba sahaja, Muaz memberhentikan keretanya di tepi jalan. Afya semakin gelabah.

"Kenapa berhenti sini?" Soal Afya dengan suaranya yang terketar-ketar.

"Well you rasa?" Hanya itu sahaja respon Muaz. Tali pinggang keledarnya dia lepaskan sebelum dia cuba untuk mendekati Afya. Afya yang semakin gelabah itu, laju menolak-nolak tubuh Muaz sambil tangannya masih cuba untuk membuka pintu kereta.

"Muaz jangan!" Jerit Afya. Muka Muaz yang semakin menghampirinya laju ditolaknya.

"Diam-diamlah sayang!" Tengking Muaz pula. Wajahnya jelas menunjukkan betapa marahnya dia ketika itu.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now