Bab 2

78 11 0
                                    

"Daniel tolong angkat bakul ni ke stor." Daniel menurut. Bakul berbentuk segi empat itu diangkat lalu dibawa ke bahagian stor penyimpanan.

Setelah itu, dia menyambung lagi melakukan kerja-kerja yang lain.

"Daniel. Tolong aku angkat ni weh." Tanpa membantah, Daniel mendekati Hanif. Mereka bersama-sama mengangkat sebuah kotak dan turut dibawa ke bahagia stor penyimpanan.

"Adik kau sihat, Dan?" Soal Hanif.

"Sihat je. Makin banyak songeh budak tu sekarang." Daniel ketawa kecil mengingatkan adiknya yang baru berusia tiga tahun itu.

"Dah tu kau pergi kerja ni, dia tinggal dengan siapa?" Daniel memandang Hanif sekilas sebelum menjawab soalan itu.

"Mak Jah tolong jagakan." Hanif hanya mengangguk faham. Eloklah tu.

"Kau tak nak kerja bagus sikit ke ? Kau belajar tinggi, takkan nak kerja kat sini je? Kat supermarket ni." Kali ini Hanif berdiri menghadap Daniel. Tangannya dicekakkan pada pinggangnya.

"Aku bukan apa, Nif. Aku tak sampai hati nak tinggalkan kampung je. Danish siapa nak jaga nanti, Nif? Aku  tak naklah susahkan orang lain. Selagi aku boleh jaga Danish sendiri, aku nak jaga dia. Aku nak besarkan dia Nif." Hanif menghela nafas berat.

"Tapi Daniel —

"Daniel ! Bos panggil !" Daniel tersenyum pada Hanif.

"Aku tak apa-apalah Nif. Jangan risau." Lalu Daniel terus pergi meninggalkan Hanif sendirian.

"Ya, bos? Ada apa?" Soal Daniel.

"Telefon kau mana?" Daniel berkerut hairan mendengarkan soalan Encik Hamzah itu. Namun, dia tetap mengeluarkan telefonnya daripada poket.

"Ada sini. Kenapa bos?" Sekali lagi dia bertanya.

"Tadi.. Mak Jah call saya. Katanya adik kamu kat hospital sekarang." Tergamam Daniel seketika.

"Bos. Saya nak pergi jenguk dia sekejap boleh, bos? Sekejap je bos." Kata Daniel dalam nada risaunya.

"Pergilah. Jaga dia tu. Apa-apa hal beritahu saya. Kos rawatan dia nanti bagitahu saya." Daniel hanya mengangguk.

"Nah barang-barang kau." Barang-barang kepunyaannya dihulurkan oleh Thaqif.

"Thanks. Saya pergi dulu." Daniel terus berlari ke arah motornya yang diletakkan tidak  jauh dari bangunan tempat dia bekerja.

+++

Setibanya dia di hospital, pesanan daripada Mak Jah dibukanya. Macam manalah telefonnya boleh berada dalam mod senyap?

wad kanak-kanak .

katil 15.

Setelah mengetahui keberadaan Danish, dia terus masuk ke dalam bangunan hospital. Wad kanak-kanak yang berada di tingkat 3 ditujunya. Mujurlah waktu itu tidak ramai orang yang turut sama menggunakan lif. Jika tidak, pasti dia perlu menunggu lebih lama lagi.

Tiba di wad kanak-kanak, dia terus menemui seorang staf jururawat dan bertanya mengenai katil 15 yang digunakan adiknya.

"Katil tu kat bahagian tengah tu ye." Daniel memandang ke arah yang ditunjukkan sebelum mengucapkan terima kasih kepada staff jururawat tadi.

Dia melangkah mendekati katil bernombor 15. Semakin dia mendekati, semakin laju degupan jantungnya.

"Ya allah.. Danish.." Lemah lututnya melihat lengan dan kaki kanan Danish yang sudah berbalut itu.

"Danish.. Apa dah jadi ni, dik?" Pipi tembam Danish diusap oleh Daniel. Terkelip-kelip mata Danish memandang wajah Daniel. Seketika kemudian, senyumannya semakin melebar apabila menyedari bahawa itu adalah abangnya.

"Eh Daniel. Bila sampai?" Tegur Mak Jah.

"Baru je, Mak Jah. Apa dah jadi ni Mak Jah?" Mak Jah menghela nafas berat.

"Mak Jah tengah kemas dapur tadi Daniel. Lepastu Mak Jah tak perasan yang dia ni dah tarik gelas kat meja. Dalam gelas tu ada air panas. Tumpah kena tangan kaki dia. Mak Jah dah gelabah dengar dia nangis, terus bawa dia ke hospital tadi." Danish yang sedang sibuk bermain dengan jari Daniel itu dipandang oleh Daniel dengan penuh rasa kasihan.

"Haih tangan ni suka sangat nak tarik semua benda." Tangan kecil Danish dicium berkali-kali oleh Daniel.

"Dia tak boleh discaj lagi ke, Mak Jah?" Daniel memandang Mak Jah kembali.

"Esok dah boleh discaj kot. Doktor nak tengok semula keadaan dia nanti." Daniel hanya mengangguk faham.

"Tak apalah Mak Jah. Saya jaga dia. Mak Jah baliklah rehat." Mak Jah hanya menurut.

"Apa-apa hal nanti bagitahu Mak Jah." Daniel hanya mengangguk.

Pergi sahaja Mak Jah, Danish diletakkan di atas pangkuannya.

"Jangan nakal-nakal lagi Nish. Risau abang." Danish terus mendepakan tangannya memeluk Daniel. Pipinya disandarkan pada dada Daniel.

"Sayang abang." Kata Danish.

"Abang sayang kat adik juga.." Belakang Danish diusap-usap oleh Daniel.

+++

"Nish.. Duduk diam-diam abang kata." Danish mencebik apabila Daniel menegurnya.

"Eeeeee !" Tiba-tiba sahaja dia menjerit kecil menahan geram.

"Eh budak ni. Kita tegur dia marah ya.. Abang tinggal kat sini nak?" Danish terus sahaja kembali tenang. Dia tersengih menayangkan giginya.

"Peluk dulu." Kata Danish sambil mendepakan tangannya.

"Manjanya.." Tubuh kecil Danish diangkatnya. Lalu kedua-dua tangan kecil itu melingkari lehernya.

"Abang..  Jom Balik.." Kata Danish.

"Nanti kita balik ya.. Sekejap lagi.." Danish menegakkan badannya memandang Daniel.

"Kenapa?" Daniel menyoal. Wajah Daniel dipandangnya.

"Iman Danish.." Laju Danish menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil.

"Saya!" Jerit Danish yang sudah menarik perhatian orang lain.

"Semangat dia ye.. Dia dah boleh discaj sekarang. Danish tak boleh nakal-nakal tau." Danish menganggukkan kepalanya.

"Angguk-angguk.. Kalau buat lagi, abang gigit awak." Usik Daniel.

"Doktor.. Abang nak gigit!" Adu Danish.

"Eh budak ni. Jangan jeritlah." Danish laju menekup mulutnya dengan tangan kecilnya.

"Dah mari balik." Daniel terus mengambil barang-barangnya sebelum keluar daripada wad itu.

Mama papa.. Abang jaga adik dengan baik kan..

Bersambung

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now