Setelah seminggu berada di hospital, akhirnya Aara dan Danish dibenarkan pulang.
"Hati-hati Aara." Pinggang ramping Aara dipegang Daniel saat Aara turun daripada katilnya.
"Over lah Daniel ni." Aara mencebikkan bibirnya. Kepalanya didongakkan memandang Daniel.
"Daniel risau jelah." Daniel merendahkan sedikit badannya lalu hidungnya dan hidung Aara dilagakan.
"Jom balik." Tangan Daniel dilingkarkan pada pinggang Aara. Aara membiarkan sahaja. Nak halang, Daniel bukannya dengar cakap dia. Hmph!
"Nak Daniel dukung tak?" Aara laju menoleh setelah mendengarkan soalan Daniel.
"Tak perlulah Daniel.. Aara masih boleh berjalan." Tolak Aara. Daniel menurut sahaja.
Tiba di lobi, kelihatan Ammar bersama Danish yang berada di dalam dukungannya sedang berdiri menunggu berhampiran pintu keluar hospital. Tersengih lebar senyuman Aara dan Danish saat mata mereka bertemu.
"Kakak!" Jerit Danish teruja. Aara melambaikan sahaja tangannya kepada Danish.
Berdiri sahaja di hadapan Ammar, Aara laju memeluk Ammar dan Danish. Terlepas ketawa kecil Ammar dan Daniel melihatkan sikap Aara ketika itu.
"Jom balik." Tangan Daniel digenggam erat oleh Aara. Lalu mereka berjalan menuju ke kereta Daniel. Barang-barang milik Aara dan Danish dimasukkan ke dalam bonet kereta lalu mereka masuk ke dalam kereta.
"Ammar beritahu kat abi kita dah balik." Arah Daniel. Ammar yang duduk di bahagian penumpang belakang itu menurut sahaja. Kemudian, Daniel memulakan pemanduannya.
"Ammar tak ada kelas ke?" Soal Aara tiba-tiba.
"Ammar cuti sem sekarang kak." Balas Ammar. Aara mengangguk faham sahaja. Sesekali Aara menjenguk ke belakang memandang Danish.
"Danish buat apa tu?" Soal Aara. Ammar turut menoleh memandang Danish.
"Eh dapat mana ni?" Sebatang rokok yang dipegang Danish laju diambil oleh Ammar. Jari telunjuk Danish hanya menunjuk ke arah poket belakang kerusi pemandu.
"Abang merokok ke?" Soal Ammar terus kepada Daniel.
"Eh tak. Kenapa?" Dahi Daniel berkerut hairan mendengarkan soalan daripada Ammar.
"Ini rokok siapa?" Rokok tadi ditunjukkan kepada Daniel.
"Kawan abang punya rasanya. Takpelah letak je semula, nanti abang bagi dia." Ammar menurut sahaja. Sepuntung rokok tadi dimasukkan semula ke dalam kotaknya.
"Benda tu, lain kali jangan sentuh lagi tau Danish." Pesan Ammar pada Danish.
"Okay abang Ammar." Danish tersengih. Lalu tubuhnya disandarkan pada badan Ammar.
"Danish nak baring tak?" Danish mengangguk sahaja sebagai jawapan kepada soalan Ammar.
Ammar membetulkan duduknya sebelum kepala Danish diletakkan di atas pahanya. Lalu tangannya mengusap-usap kepala Danish. Dia selalu nampak Daniel lakukan perkara yang sama pada Danish apabila si kecil itu mengantuk.
"Danish nak tidur ke?" Soal Daniel. Matanya sesekali menjeling ke arah cermin pandang belakang. Dari cermin itu, dapat dia lihat si kecil itu sudah menguap besar.
"Tutup mulut Danish." Tegur Daniel. Danish laju menutup mulutnya dengan tangan kecilnya.
"Tolong tidurkan dia Ammar. Usap-usap kepala dia. Dengarkan zikir kat telinga dia." Sekali lagi, Ammar menurut sahaja.
"Daniel." Daniel menoleh memandang Aara sekejap.
"Kenapa? Ada sakit kat mana-mana ke?" Aara menggelengkan kepalanya. Matanya meliar memandang sekeliling sebelum kembali memandang Daniel.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...