Bab 36

59 4 0
                                    

"Abang.. Lepaskan sayang sekejap boleh?" Bahu Daniel ditepuknya beberapa kali.

"Hmm.." Gumamnya. Pelukan pada pinggang Aara dieratkan lagi. Mukanya yang berada di ceruk leher Aara juga dirapatkan lagi.

"Abang! Makin rapatlah pula dia." Marah Aara. Lengan Daniel dipukul sedikit.

"Abang bangun sekejap. Sayang nak ke tandas ni.. Dah tak tahanlah.." Tertahan-tahan suara Aara kegeraman. Mahu sahaja digigitnya bahu suaminya yang terdedah itu.

"Cepatlah abang.. Teman sayang ke tandas jom." Buat kesekian kalinya, dia merayu lagi.

Akhirnya Daniel meleraikan pelukan lalu turun daripada katil. Aara turut turun daripada katil dan berjalan menuju ke pintu bilik.

"Sayang wait." Langkah Aara terhenti. Dia berpusing menghadap Daniel yang sedang menyarungkan baju tshirtnya. Dengan ngantuk yang masih bersisa, Daniel mendekati Aara. Tangannya ditautkan dengan tangan si isteri.

"Dah jom.. Nanti awak terkucil kat sini pula." Sarkastik ayat si suami namun tak semena-mena pula pinggangnya mendapat habuan daripada jari-jari si mak buyung. Perlahan dia mendesis kesakitan sambil tangan kanannya menyapu-nyapu pinggang kirinya.

"Amboi.. Dia yang peluk kita macam tak nak lepas tadi." Dan dengan rasa tak bersalahnya, Daniel tersenyum sahaja.

"Seronok sangat peluk sayang tadi. Tak nak lepas.." Balas Daniel dengan sengihan yang tak lekang di bibirnya. Pipi kanan Aara dikucup sekilas.

Tiba di dapur, suis lampu ditekan dan sekelip mata sahaja dapur itu bertukar bercahaya. Langkah mereka diatur menuju ke tandas.

"Pergilah masuk. Pintu tu jangan kunci tau, sayang and selipar tu pakai tau. Hati-hati. Apa-apa nanti panggil abang." Pesan Daniel. Sempat lagi dia mengusap kepala Aara sebelum isterinya itu melangkah masuk ke dalam tandas. Aara pula sudah sembunyi senyum. Sejak dia mengandung, sikap protektif suaminya berganda-ganda meningkat.

Daniel berjalan mendekati meja makan. Salah satu kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggungnya di sana. Matanya langsung tidak lari daripada terus memandang ke arah pintu tandas.

Beberapa ketika menunggu, pintu tandas akhirnya dibuka. Daniel laju mendapatkan isterinya. "Hati-hati sayang.." Tangan Aara digenggamnya erat dan mereka sama-sama berjalan kembali ke bilik.

"Sayang. Petang ni kita balik KL, ya? Esok abang nak masuk kerja." Ujar Daniel sebaik sahaja mereka menapak masuk ke dalam bilik.

Aara didudukkan di katil semula manakala Daniel mendekati beg pakaian yang dibawa mereka. Baju tshirt hitam yang tersarung di badannya ditanggalkan lalu diletakkan ke dalam beg pakaian semula. Setelah selesai, dia mendekati Aara yang sudah duduk bersandar di kepala katil.

Aara menyandarkan belakangnya pada dada Daniel. Kepalanya mendongak sedikit memandang wajah suaminya sebelum dia bersuara.

"Esok sayang nak ikut abang ke pejabat boleh?" Soalnya. Pandangan yang penuh dengan harapan diberikan pada si suami.

"Buat apa nak ikut?" Lembut nada suaranya menyoal kembali. Salah nada suara nanti, mahu merajuk si isteri dengannya.

"Ala.. Bolehlah. Sekali ni aje. Sayang janji." Rayu Aara lagi. Jari kelingkingnya ditunjukkan tanda berjanji dengan bibir yang sudah tercebik-cebik memandang Daniel Tidak cukup dengan itu, kedua-dua matanya juga sudah berkaca-kaca.

'Haih.. Ini yang lemah ni.' Desis hati Daniel.

Tangan kiri Daniel memeluk pinggang ramping Aara manakala tangan kanannya naik mengusap rambut hitam panjang Aara. Bibirnya dilabuhkan pada dahi licin Aara.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now