"Sayang.. Cuba duduk diam sikit." Tidak tenang Daniel jadinya apabila Aara sejak tadi tidak berhenti bergerak di dapur itu. Sudah dihalang, namun isterinya itu tetap berdegil.
"Sekejaplah abang.. Sayang bukannya buat kerja berat pun." Balasnya.
Telur yang sudah siap direbus dan dikupas kulit itu diketakkan di atas meja makan. Setelah itu, dia mendekati pula sinki. Kuali yang digunakannya untuk memasak pada pagi itu dibasuh.
Daniel hanya memerhati sahaja Aara. Selesai sahaja Aara membersihkan sinki, kerusi di sebelahnya ditarik.
"Duduk sini sayang." Aara menurut sahaja. Langkahnya diatur mendekati meja makan.
"Assalammualaikum!" Belum sempat Aara duduk, kedengaran suara memberi salam dari tingkat atas.
"Aara pergi tengok. Abang duduklah sini." Daniel yang baru sahaja hendak bangun itu dihalang.
Tanpa sempat Daniel berkata apa, Aara menaiki anak tangga menuju je tingkat atas.
"Waalaikumussalam!" Balas Aara.
Tiba dia di pintu rumah, kelihatan seorang wanita berusia 20-an berdiri di luar.
"Ya? Cari Mak Jah ke?" Soal Aara.
"Haah. Mak Jah ada?" Aara menggeleng.
"Tak ada. Mak Jah keluar." Wanita itu mengangguk faham.
"Awak ni siapa ya?" Soalnya setelah lama mereka mendiamkan diri.
"Saya-
"Sayangg.. Siapa datang?" Suara Daniel menghentikan Aara daripada meneruskan ayatnya. Daniel berdiri di sisi Aara.
"Eh. Ehh! Jelita!" Aara laju mendongak memandang Daniel.
"Niel!" Kali ini, Aara menoleh memandang wanita itu semula.
"Ni.. Adik Niel ke? Setahu Jelita, adik Niel cuma Danish." Daniel ketawa kecil lalu menggeleng.
"Kenalkan. Ini isteri Niel, Aara. Sayang ni kawan abang. Jelita." Aara mengangguk faham. Senyuman manis diberikan pada Jelita.
"Jelita cari Mak Jah ke?" Soal Daniel.
"Haah.. Rindu kat mak." Balas Jelita dengan suaranya yang kedengaran bernada sedih.
Kak Jelita panggil Mak Jah.. Mak?
"Mak Jah tak ada. Masuklah dulu. Isteri Niel baru lepas masak." Kali Ini Daniel mempelawa gadis itu. Jelita menurut sahaja. Seliparnya ditanggalkan lalu dia menaiki satu persatu anak tangga.
Kemudian, Jelita jalan terlebih dahulu ke dapur. Daniel dan Aara berjalan di belakangnya.
"Sayang okay tak ni?" Daniel menunduk sedikit mengintai wajah Aara.
"Okay . Sayang rasa letih sikit." Bibir Aara menarik senyuman nipis.
"Ha.. Kan abang dah tegur tadi. Degil sangat ibu ni." Aara hanya tersenyum.
Tiba di dapur, kelihatan Jelita sudah mengambil tempat duduk. Daniel duduk di kerusi berhadapan Jelita, manakala Aara di sisinya.
"Untung Niel dapat isteri pada memasak." Puji Jelita.
"Alhamdulillah, rezeki." Balas Daniel.
Setelah itu, mereka bertiga mula menjamu selera. Hanya Daniel dan Jelita sahaja yang bercerita manakala Aara hanya mendiamkan diri. Dia cemburu melihat kemesraan antara Jelita dan suaminya.
Licin sahaja pinggan Aara, dia terus bangun daripada duduknya sambil membawa pinggan kosongnya ke sinki. Daniel pula hanya memandang Aara sekilas sebelum menyambung berbual bersama Jelita.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...