Aara terjaga daripada tidurnya setelah alarm telefonnya berbunyi. Namun bahang yang dirasakan daripada badan Daniel membuatkan Aara segera bangun daripada baringannya. Tapak tangannya dilekapkan pada dahi Daniel. Panas!
"Daniel bangun." Bahu Daniel digoncangnya perlahan.
"Sejuk.." Adu Daniel. Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhnya.
"Daniel bangun. Awak demam ni." Bahu Daniel digoncang lagi oleh Aara. Sesekali tangannya naik mengusap kepala Daniel.
"Sekejap.." Kata Daniel. Matanya masih tertutup rapat.
Aara turun daripada katil lalu selimut yang membaluti tubuh Daniel diperbetulkan lagi. Aara melangkah keluar daripada bilik dan berjalan menuju ke dapur.
Besen kecil diisi air lalu dibawa ke dalam bilik. Besen diletakkan di atas meja lampu sebelah kiri katil lalu dia membuka laci tingkat bersebelahan almari pakaian. Laci ketiga dibuka lalu sehelai tuala kecil diambil.
Aara duduk bersimpuh di atas katil. Tuala direndamkan sekejap di dalam besen sebelum diperah kuat. Lalu, tuala itu dilap perlahan pada muka Daniel.
"Aara sejuk.." Daniel laju melarikan mukanya daripada tuala basah tadi. Matanya yang kuyu itu memandang Aara.
"Aara lap sikit je. Tak pun, Daniel bangun mandi. Ambil wudhuk sekali untuk solat subuh." Pipi kanan Daniel diusap-usap oleh Aara. Lalu rambut hitam lebat suaminya itu diusapnya.
"Wakie wakie husband. Pergi mandilah sebelum subuh habis." Daniel mencelikkan matanya. Kepalanya diangkat lalu diletakkan di atas peha Aara pula.
"Orang suruh bangun, dia beralih tempat pula. Bangun Daniel. Lepas solat sambung tidur ya?" Daniel masih diam tidak berkutik.
"Daniel bangun cepat.." Bahu Daniel ditepuk berkali-kali.
"Tolong mandikan boleh?" Pinta Daniel tiba-tiba.
"Ha?" Aara kehairanan. Dia salah dengar ke?
Daniel laju bangun dari pembaringannya. Tuala mandinya dan Aara diambil lalu tangan Aara turut ditariknya dibawa menuju ke kamar mandi.
"Eh Daniel tak naklah.." Tolak Aara sewaktu mereka tiba di hadapan pintu kamar mandi.
"Tapi Daniel tak terima tolakan." Lalu Aara turut ditarik masuk ke dalam kamar mandi.
Setengah jam berlalu, Daniel terlebih dahulu keluar daripada kamar mandi.
Haachum !
Kuat kedengaran bunyi bersinnya. Aara yang baru sahaja keluar daripada kamar mandi itu terjungkit sikit bahunya kerana terkejut.
"Tak perlulah pergi kerja hari ni." Daniel memuncungkan bibirnya.
"Mana bolehlah.." Aara yang berdiri di hadapannya dipandang lama dengan dahinya yang sudah berkerut-kerut.
"Daniel demam ni. Makin panas pula tu. Nanti Aara beritahu pada abi ya?" Daniel laju menggeleng.
"Daniel lelakilah Aara. Apa jelah sangat demam ni." Daniel jalan terlebih dahulu lalu diikuti dengan Aara menuju ke bilik.
"Janganlah berdegil Daniel." Mata Aara memandang tajam wajah Daniel.
"Nak marah pun comel. Tak takut pun.." Usik Daniel. Dia mula membuka pintu almari. Sehelai tshirt biru laut dan seluar panjang hitam milik Aara dia keluarkan lalu diletakkan di atas tilam. Kemudian, dia mengambil pula pakaiannya iaitu sehelai tshirt biru senada dengan Aara dan kain pelikatnya.
"Nak Daniel pakaikan baju ke?" Daniel menanyangkan senyuman lebarnya namun cukup membuatkan Aara rasa gemuruh.
"Ish gatal!" Marah Aara. Dengan membelakangi Daniel, Aara laju menyarungkan semua pakaiannya.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...