Bab 25

69 7 1
                                    

Keadaan tiba-tiba sahaja menjadi sangat kekok. Mereka berempat sudah duduk di sofa yang ada di dalam pejabat yang luas itu. Masing-masing mempunyai persoalan yang tersendiri namun dipendam sahaja.

Melihatkan Dato' Yusuf yang masih senyap dan tenang itu membuatkan mereka semua juga turut senyap.

"Saya juga tak sangka.. Daniel yang selama ini syarikat kita mahukan ternyata sudah menjadi menantu saya." Dato' Yusuf melepaskan tawa kecil. Terhibur dengan situasi yang dihadapinya sekarang ini.

Sejujurnya, dia masih tidak menyangka bahawa Daniel yang sedang duduk berhadapan dengannya itu adalah suami yang sah kepada anak perempuannya.

Dia meminta pekerjanya berusaha untuk merekrut Daniel untuk bekerja dengannya kerana dia sendiri yang melihat kelebihan di dalam diri lelaki itu sebelum ini. Namun sejujurnya, dia juga tidak mengecam wajah Daniel yang sekarang ini jika dibandingkan dengan Daniel yang pernah dia lihat dahulu.

"Tapi dato'.. Bila masa pula anak dato' berkahwin?" Soal Kamal.

Daniel hanya senyap tidak berniat untuk menyampuk. Dato' Yusuf pula masih kelihatan tenang walaupun ditanya soalan seperti itu.

"Baru sahaja berkahwin. Nikahnya hanya dibuat kecil-kecilan sahaja. InshaaAllah majlis resepsinya akan dijemput semua. Bolehkan Daniel?"

Daniel yang sedari tadi hanya senyap itu kelihatan tersentak apabila namanya tiba-tiba sahaja disebut.

"Ya abi.. Eh dato'." Daniel tersenyum kekok.

"Saya yakin saya boleh percayakan encik Firdaus untuk bantu menantu saya sepanjang dia bekrja di sinikan?" Dato' Yusuf memandang encik Firdaus.

"Ya dato'. Dato' boleh percayakan saya." Balas encik Firdaus dengan penuh keyakinan.

"Boleh tinggalkan saya dan Daniel berduaan?" Pinta Dato' Yusuf tiba-tiba.

"Kalau begitu, kami minta diri dahulu dato'." Pamit Kamal.

Setelah encik Firdaus dan Kamal keluar daripada bilik itu, keadaan kembali senyap. Mereka berdua hanya berpandangan satu sama lain.

"Abi rasa abi patut terangkan perkara sebenar pada Daniel." Ujar Dato' Yusuf.

"Ada seseorang yang recommended kan Daniel pada abi." Daniel berkerut hairan.

"Siapa abi?" Soal Daniel.

"Papa Daniel."

Deg !

Daniel terdiam. Papanya berkawan dengan abikah?

"Papa Daniel juga salah seorang staf abi, kawan baik abi sendiri." Kata Dato' Yusuf. Bibirnya melorek senyuman tipis.

"Abi pernah kenal arwah papa Daniel? Tapi syarikat tempat papa bekerja bukan Golden Empire." Daniel bertambah hairan. Tidak pernah walau sekali pun papanya memberitahu tentang hubungannya bersama Dato' Yusuf ini dahulu malah nama Golden Empire ini juga tidak pernah disebut oleh papanya dahulu.

Jujur dia katakan, dia minat akan dunia bisnes ini juga kerana arwah papanya dahulu.

"Mestilah abi pernah kenal. Abi kenal arwah cukup lama dan arwah sendirilah yang beritahu pada abi, Daniel minat bidang bisnes dan Golden Empire ni nama baru. Waktu papa Daniel bekerja di sini, nama syarikat abi belum lagi menjadi Golden Empire." Jelas Dato' Yusuf.

"Sebelum ini, abi tak berpeluang nak menjenguk Daniel sendiri, tapi abi tak sangka suami Aara adalah Daniel yang abi pernah kenal."

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now