2 bulan kemudian
"Aara.." Sepasang tangan Daniel dilingkarkan pada pinggang Aara.
"Buat apa tu?" Soal Daniel.
"Hari ni Aara nak buat kek coklat. Daniel suka tak?" Kata Aara dengan nada terujanya.
"Mestilah suka. Lagi-lagi kalau Aara yang buat." Balas Daniel. Matanya hanya memerhati pergerakan tangan Aara yang sibuk membuat adunan kek itu.
"Aara belajar mana buat kek ni?" Setelah lama mereka senyap, Daniel bersuara lagi.
"Aara tengok dalam youtube." Balas Aara.
"Hebat isteri Daniel ni." Lalu ubun-ubun Aara diciumnya lama. Tangannya mengeratkan lagi pelukan.
"Kak Aa— Aaaaa takpelah." Ammar yang baru sahaja hendak masuk ke dalam dapur laju berpatah balik meninggalkan kakak dan abang iparnya itu.
Daniel dan Aara sama-sama ketawa kecil. Setelah selesai mengadun adunannya, Aara menuang kesemua adunan kek coklatnya ke dalam sebuah loyang berbentuk hati.
"Daniel lepaskan Aara sekejap boleh?" Pinta Aara. Kepalanya didongakkan memandang Daniel.
"Boleh.." Pelukan dileraikan oleh Daniel. Dia hanya bersandar pada meja makan dan memandang Aara yang sedang memasukkan loyang tadi ke dalam ketuhar.
Setelah selesai Aara adjust suhu dan timer, Aara mula mencairkan coklat pula. Daniel masih setia memerhati Aara yang sedang sibuk itu.
Tidak lama kemudian, Daniel mula bergerak untuk membantu Aara mengemas dapur. Kesemua barang-barang yang tidak digunakan oleh Aara lagi disimpan ke tempat asal. Beberapa bekas yang kotor dicuci sehingga bersih.
"Aara nak ke depan sekejap." Daniel mengangguk sahaja. Aara berlalu pergi menuju ke ruang tamu. Ammar yang sedang baring di sofa didekati.
"Ada apa Ammar?" Soal Aara.
Ammar meletakkan telefonnya ke tepi lalu memandang Aara.
"Abi kata dia dah jumpa kak Afya."
"Di mana?" Laju Aara menyoal. Ammar menjungkitkan bahunya.
"Abi tak bagitahu Ammar di mana. Tapi dia beritahu yang abi dah jumpa kak Afya. Itu jelah." Aara mengangguk faham.
"Kak kau rasalah kan." Ammar terus mengubah posisinya daripada baring kepada duduk. Aara pula laju mengambil tempat di sebelah adiknya itu.
"Kenpa dia lari rumah dan kenapa dia muncul jumpa kau pastu dia hilang?" Aara memandang Ammar. Ingatkan ada benda gempaklah tadi?
"Sah sahlah sebab kak Afya marah kat abi dengan kak Aara." Ammar mengangguk setuju.
"Betul juga. Rasa-rasalahkan.. Selama ni, dia lari ikut boyfriend dia tu ke?" Ammar menyoal lagi.
"Tak. Boyfriend dia dah tak ada." Aara dan Ammar laju menoleh. Kelihatan Daniel yang sedang berdiri di belakang mereka.
"Macam mana Daniel tahu?" Soal Aara. Ammar di sebelah menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Ingat tak Daniel pernah cerita dulu pasal Daniel selamatkan seorang perempuan waktu Daniel nak balik dari kerja haritu?" Aara berfikir sejenak.
"Oh ingat!" Mata Aara terus membulat.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...