Bab 14

63 6 0
                                    

"Afya. Betul ke ni tak apa kalau kitorang datang rumah kau?" Soal Hana.

"Ye tak apa.. Datang je." Balas Afya pula di dalam panggilan.

"Yelah.. Sekejap lagi kitorang sampai."

Setelah itu, panggilan pun ditamatkan.

"Kita ke rumah Afya." Kata Hana pada Taufiq. Taufiq menurut sahaja. Keretanya dipandu menuju ke rumah kawan kekasihnya itu.

Entah kenapa. Tiada angin, tiada ribut Afya tiba-tiba menjemput mereka datang ke rumahnya. Setahunya, Afya jarang mengajak mereka datang ke rumahnya. Baginya, jika boleh bertemu dengan lebih selesa di luar, kenapa perlu bertemu di rumah?

"You rasa.. Ada apa-apa yang terjadikah?" Soal Hana. Entah mengapa, tiba-tiba sahaja dia mula overthinking.

"Jangan fikir bukan-bukan, Hana." Lembut namun tegas suara Taufiq menegur. Hana menurut. Mulutnya ditutup rapat dan pandangan dibuang ke luar kereta. Taufiq di sebelah sesekali menjeling Hana.

"Masih rasa tak sedap hatikah?" Soal Taufiq.

"Ya." Balas Hana pendek.

"I yakin I nampak Aara." Ujar Hana tiba-tiba. Matanya dipejam rapat lalu nafasnya ditarik dalam-dalam lalu dihembuskan perlahan. Rasa sesak di dadanya benar-benar buatkan dia rasa tidak selesa.

"Kita tanya Afya sendiri nanti." Hana laju menoleh memandang Taufiq.

"I tak yakin dengan tindakan tu you." Taufiq senyum nipis. Tangannya naik mengusap kepala Hana.

"Kita tak kahwin lagi you. Cuba kawal sikit tangan tu." Tegur Hana. Taufiq laju menarik tangannya. Kedengaran dia melepaskan tawa kecilnya.

"Sorry.. You comel sangat. Hahaha." Kata Taufiq dengan sisa tawanya.

Setelah beberapa minit memandu, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah keluarga Afya. Hana menyimpan telefonnya ke dalam beg tangannya lalu berpusing untuk keluar dari kereta. Baru dia hendak membuka pintu, tubuhnya dipusingkan kembali memandang Taufiq.

Taufiq yang hendak turun itu memandang Hana. Keningnya dinaikkan sedikit.

"Kenapa?" Soal Taufiq

"You jangan tanya apa-apa tau." Taufiq mengangguk sahaja. Tak ada masalah nak bertanya-tanya dengan Afya. Dia bukannya rapat dengan sahabat kekasihya itu.

"okay good. Jom." Taufiq menurut sahaja. Setelah mereka keluar daripada kereta, Taufiq mengunci keretanya dan mendekati Hana yang sedang berdiri di pagar rumah Afya.

"Afya! Assalammualaikum!" Loceng ditekan berkali-kali oleh Hana.

Seketika kemudian, pagar automatik terbuka. Hana dan Taufiq sama-sama melangkah memasuki rumah besar itu.

"Masuk je weh." Ajak Afya. Lalu dia melangkah ke dalam dan diikuti Hana dan Taufiq. Di ruang tamu, kelihatan Muaz yang sedang duduk bersama seorang lagi rakan mereka, Natalia.

"Datang sama-sama ke?" Soal Taufiq kepada Natalia dan Muaz. Dia mengambil tempat di sebelah kanan Muaz manakala Hana di sebelah Natalia.

"Haah." Balas Muaz pendek.

Seketika kemudian, Afya datang mendekati mereka.

"Korang jom makan." Ajaknya. Lalu mereka berempat bangun dan mengikuti Afya menuju ke ruang makan.

"Thank you Mak Timah." Ucap Afya pada pembantu rumah mereka.

"Family kau mana Afya?" Soal Natalia setelah mereka semua mengambil tempat di meja makan.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now