"Bos." Daniel mendekati majikannya. Encik Hamzah yang tadinya membelakangi Daniel terus menoleh.
"Haaa ! Sampai pun." Daniel tersengih.
"Bos dah sampai lama ke?" Soal Daniel.
"Baru je.. Kalau tak ada apa lagi, kita dah boleh gerak kot." Daniel menganggukkan kepalanya tanda setuju. Akhirnya, Daniel, Encik Hamzah dan Hanif masuk ke dalam kereta Honda Civic milik Daniel. Hari ini, mereka perlu pergi ke bandar seketika untuk menyelesaikan urusan bisnes Encik Hamzah. Daniel dan Hanif pula adalah yang menawarkan diri untuk pergi bersama majikan mereta itu.
"Terima kasihlah sebab korang nak teman saya hari ni." Ucap Encik Hamzah tiba-tiba. Daniel memandang Encik Hamzah sekilas.
"Sama-sama bos.. Takde hal lah.." Balas Hanif pula.
"Eh Daniel." Daniel menoleh memandang Encik Hamzah sekilas.
"Ye?" Tiba-tiba tepi bibir Daniel disentuh oleh Encik Hamzah.
"Siapa pukul kau ni?" Soal Encik Hamzah dengan nada serius.
Hanif yang sedang duduk menyandar bermain telefonnya terus tegak mendengarkan apa yang dikatakan oleh Encik Hamzah.
"Tak ada apalah bos. Hal kecil je." Kata Daniel. Jelas dia ingin mengelak daripada menjawab pertanyaan majikannya itu.
"Saya tak tanya hal kecil ke besar. Saya tanya siapa yang buat ni?" Soal Encik Hamzah lagi. Daniel pula sudah berkali-kali menelan liur
"Takde sapalah bos.." Sekali lagi Daniel cuba mengelak untuk mengatakan hal yang sebenar. Encik Hamzah juga turut mengalah setelah mendengarkan jawapan Daniel itu lagi. Rasa tanda tanya dipendam sendiri.
Setelah itu, mereka bertiga hanya senyap. Tiada seorang pun yang bersuara kecuali bunyi yang datangnya daripada radio yang sedang bersiaran.
+++
Splash !
Kedengaran bunyi air yang datang dari perbuatan Aara yang sedang menyuci lantai garaj rumah mereka. Setelah satu baldi air sabun ditumpahkan ke lantai, Aara mula menyapu segala kotoran yang ada menggunakan penyapu.
Berkali-kali dia berhenti menyapu lalu mengelap peluh yang semakin membasahi wajahnya. Kulitnya yang putih juga sudah menjadi kemerahan kerana kepanasan.
Meow ..
Tersenyum lebar Aara melihat seekor anak kucing yang baru sahaja masuk ke dalam kawasan rumahnya.
"Mocha.." Panggilnya.
Mocha adalah kucing jalanan yang sering datang ke rumah Aara apabila Aara hanya bersendirian di rumah. Makhluk kecil dan comel itu ibarat peneman Aara di saat gadis itu kesunyian.
"Awalnya Mocha datang harini.." Kata Aara sambil dia berjalan mendekati Mocha. Tiba dia di hadapan kucing itu, dia terus duduk mencangkung di hadapan Mocha. Kepala kucing itu diusapnya perlahan.
"Comelnya dia ni.." Kata Aara. Sesekali tangannya mengusap badan Mocha.
"Thank you Mocha sebab selalu teman Aara."
Meow..
Mocha menggeselkan kepalanya pada kaki Aara. Lalu ia mendongak memandang Aara seketika sebelum dia kembali menggeselkan kepalanya pada kaki Aara. Aara hanya membiarkan ia tanpa mengahalang walaupun sedikit. Malah, dia ketawa gembira melihat betapa manjanya Mocha.
Setelah puas bermain bersama makhluk kecil itu, Aara kembali menyambung kerjanya. Setelah menyuci garaj, dia mula membersihkan halaman rumahnya pula. Dedaun yang kering disapu lalu dibuang.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...