Bab 13

57 8 0
                                    

"Abang! Kejarlah Aara!" Si kecil Aara mula berlari. Sesekali kepalanya menoleh ke belakang memandang ke arah abangnya yang sedang mengejarnya.

"Abang kejar Aara!"

Lalu, sekelip mata sahaja tubuh Aara ditarik oleh abangnya.

"Anas ! Aara ! Mari makan!" Jerit Datin Wafa yang sedang berdiri di pintu utama.

Aara dan Anas yang sedang berdiri di hadapan rumah itu mengangguk. Beberapa mainan mereka diambil.

Namun tiba-tiba sebiji bola terlepas dari tangan Aara.

"Eh abang! Bola tu." Aara mula berura-ura hendak berlari mendapatkan bolanya namun Anas lebih laju menahan adiknya.

"Tunggu sini, abang pergi ambil." Aara hanya menurut. Dia hanya melihat abangnya yang berlari mengambil bolanya di seberang jalan.

"Aara. Apa yang lambat sangat ni?" Soal Afya. Dia mendekati Aara yang masih berdiri di pagar rumah itu.

"Oh.. Abang anas pergi ambil bola-

Bum!

Kedua-dua kelopak mata Aara laju terbuka. Air mata yang mengalir dari tubir matanya dibiarkan tanpa diseka. Matanya meliar memandang sekeliling. Ini biliknya di rumah Mak Jah.

"Aara? Dah sedar?" Aara menoleh. Kelihatan Mak Jah sedang berjalan mendekatinya bersama satu basin kecil dan sehelai tuala kecil di tangannya.

"Apa dah jadi mak?" Soal Aara perlahan. Selimut di tubuhnya ditolak lalu dia bangun menyandarkan tubuhnya pada kepala katil.

"Aara pengsan tadi kat bawah. Daniel yang jumpa Aara, dia angkat Aara tadi. Apa yang dah jadi Aara? Dengan bibir kamu pecah macam ni." Soal Mak Jah dengan nada risaunya. Pipi Aara diusapnya lembut. Jelas kerutan di dahi wanita itu.

"Ada sorang mak cik tadi.." Mak Jah memandang Aara. Mungkin dia sudah boleh mengagak individu itu siapa.

"Dia buat apa kat Aara?" Soal Mak Jah lagi. Tangan Aara digenggamnya lalu diusap.

"Dia tanya Aara apa hubungan Aara dan Daniel. Bila Aara jawab tak ada apa-apa, dia mula tuduh Daniel tadi. Lepas tu, dia tampar Aara." Terang Aara. Kepalanya menunduk memandang tangan Mak Jah yang sedang mengusap tangannya itu. Alangkah indahnya kalau umi seperti Mak Jah.

"Kenapa Aara tak melawan je tadi? Tarik je tudung dia. Tolak terus." Aara ketawa kecil.

"Aara tiba-tiba tak mampu nak melawan tadi, mak.. Aara takut." Aara memandang tepat ke arah mata Mak Jah. Dia dapat melihat akan keikhlasan wanita itu terhadapnya.

"Daniel dan Danish mana, mak?" Aara memandang ke arah pimtu biliknya yang terbuka luas.

"Dah balik dah tadi.."Aara mengangguk sahaja.

"Aara baik-baik je mak. Mak jangan risau ye?" Tangan Mak Jah diusap-usap oleh Aara.

"Danish risau sangat dengan Aara tadi." Mak Jah mula bercerita.

"Dia langsung tak berganjak dari sini tadi. Daniel dan mak sama-sama dah ajak dia balik, tapi dia tak nak." Mak Jah dan Aara sama-sama tergelak terhibur dengan kerenah Danish yang mencuit hati itu.

"Lepas tu? Mahu pula dia balik."

"Daniel angkat dia tadi Aara. Meronta-ronta dia." Sekali lagi ketawa Aara terhambur.

"Mesti malam ni, dia merajuk dengan abang dia tu." Teka Mak Jah.

+++

Benar tekaan Mak Jah. Daniel berdiri di tengah-tengah ruang tamu itu, memandang ke arah Danish yang sedang merajuk dengannya.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now