Bab 11

66 9 0
                                    

"Aara buat apa tu nak?" Tegur Mak Jah. Dia mendekati Aara yang sedang berdiri di hadapan dapur gasnya sambil menggaul masakannya di dalam kuali.

"Aara masakkan sarapan untuk kita." Balas Aara. Dia tersengih lebar memandang wajah Mak Jah yang turut sama tersenyum melihatnha.

"Tak perlulah nak susahkan diri tu.. Rehat je, Aara. Mak boleh buat." Bebel Mak Jah. Beberapa mangkuk dan sudu yang berada di dalam sinki dibasuh oleh Mak Jah.

"Takpelah mak.. Aara dah biasa dah.. Aara pun menumpang kat sini, takkan nak duduk rehat je.. Tak manislah kan, mak?" Mak Jah ketawa kecil. Ada-ada sahaja anak muda ini.

"Yelah Aara.. Ikut suka kamulah.." Akhirnya Mak Jah mengalah.

Setelah beberapa minit, Aara menutup api. Nasi goreng yang dimasaknya tadi dipindahkan ke dalam sebuah mangkuk besar lalu dihidangkan di atas meja.

"Mak. Mari makan." Ajak Aara. Baru sahaja dia hendak menarik kerusi, bunyi ketukan dan salam yang diberi kedengaran dari tingkat atas rumah.

"Mak pergi tengok sekejap. Duduk sini, Aara." Aara hanya menurut. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Mak Jah.

Sambil menunggu , nasi goreng dicedokkan lalu diletakkan ke dalam pinggannya dan Mak Jah. Teh susu yang dibancuhnya pula dituangkan ke dalam cawannya dan cawan Mak Jah.

"Kakak!" Jerit satu suara kecil.

Aara berpaling ke belakang dan kelihatan Danish yang sedang menuruni tangga lalu berlari mendekatinya.

"Kakak!" Jerit Danish lagi dengan nada terujanya. Aara dipeluk dari sisi.

"Danish.." Rambut si kecil itu diusapnya. Semakin melebar senyuman Danish.

"Amboi Nish tak menyempat langsung. Teruja sangat." Usik Daniel sebaik sahaja dia tiba di dapur. Meja makan didekati lalu dia menarik sebuah kerusi berhadapan dengan Aara.

"Morning Aara." Sapanya. Matanya bersambung dengan mata Aara lalu senyuman manisnya diukir dan hanya dibalas dengan senyuman daripada Aara.

"Dah makan?" Soal Aara. Daniel menggelengkan kepalanya.

"Kami memang selalu sarapan kat sini sebelum saya pergi kerja." Aara menggangguk faham. Dia bangun dari duduknya lalu mendekati rak pinggan. Dua biji pinggang kaca dan cawan diambil lalu dibawa ke meja makan semula.

Nasi dicedokkan ke dalam pinggan untuk Daniel dan Danish lalu sebiji cawan diisi dengan teh susu lalu diberikan pada Daniel.

"Danish minum teh susu tak?" Soal Aara pada Daniel. Daniel hanya menganggukkan kepalanya. Aara menuangkan teh susu ke dalam cawan Danish lalu diberikan pada Danish.

"Tunggu Mak Jah dulu, Danish." Tegur Daniel apabila Danish kelihatan seperti hendak makan makannya.

"Okay.." Balas Danish. Tangannya diletakkan di atas pahanya. Sesekali kakinya dihayun ke depan dan ke belakang.

"Kakak.." Aara menoleh memandang Danish.

"Ye Danish?"

"Kakak umur berapa?" Soal Danish dengan nada polosnya.

"Kakak umur 20 tahun."

"Oooooh." Danish menoleh memandang Daniel pula.

"Abang dah berapa tahun?" Soal Danish tiba-tiba.

Daniel memandang Aara lalu memandang Danish.

"25 tahun." Lalu kelihatan si kecil itu mengira-ngira dengan jari kecilnya.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now