Setelah selesai mandi, Daniel berjalan menuju ke biliknya. Sempat lagi dia menjenguk ke arah Danish yang sudah terlena di atas tilam kecilnya di ruang tamu. Tombol pintu biliknya diputar sebelum dia memboloskan dirinya masuk ke dalam bilik.
Kelihatan Aara yang duduk bersila di tengah-tengah bilik itu sedang melipat kain. Tertutup sahaja pintu bilik, Aara laju mengangkat kepalanya memandang Daniel.
"Panas sangat ke Daniel? Asyik mandi je." Soal Aara.
"Haah. Melekit je badan daripada tadi. Rimas." Kata Daniel sambil tangannya sibuk mengelap badannya yang basah menggunakan tuala kecilnya.
Setelah selesai, dia merebahkan pula badannya di atas tilam. Matanya merenung lama siling biliknya. Aara juga senyap apabila Daniel senyap.
Beberapa minit berlalu, Aara akhirnya selesai melipat kain mereka. Dia mula bangun menyusun semua pakaian itu ke dalam almari.
Sesekali matanya memandang Daniel yang masih termenung di atas katil. Bakul kain yang sudah kosong dibawa ke dapur lalu diletakkan di sebelah mesin basuh.
Kemudian, Aara menuju ke ruang tamu pula. Danish yang sudah terlena diangkat walaupun sedikit susah namun dia gagahkan juga mengangkat Danish masuk ke dalam biliknya.
Suis lampu dan kipas di ruang tamu ditutup oleh Aara sebelum dia masuk ke dalam biliknya semula. Daniel dilihatnya masih lagi statik di tempatnya tadi.
"Daniel. Pakailah baju dulu." Arahnya. Aara duduk di hadapan meja solek. Botol losyennya diambil lalu dia mula menyapu losyen di tangan dan kakinya juga.
"Aara. Sini sekejap." Panggil Daniel tiba-tiba. Aara menurut sahaja. Dia berjalan ke katil lalu turut merebahkan tubuhnya bersebelahan Daniel.
"Aara." Panggil Daniel. Matanya merenung tepat ke arah mata Aara. Lama mereka berkeadaan seperti itu.
"Kenapa Daniel?" Soal Aara setelah lama Daniel mendiamkan diri.
"Haih.." Tiba-tiba Daniel mengeluh perlahan. Aara sudah berkerut kehairanan.
"Dani-"
"Aara tak nak ada anak ke?" Soalan daripada Daniel cukup membuatkan Aara terdiam. Wajah Daniel yang penuh berharap itu dipandangnya lama.
"Kenapa tiba-tiba tanya?" Soal Aara. Tangannya menggenggam erat hujung baju tidurnya.
"Tak ada apalah." Bibirnya melorek senyuman nipis. Daniel bangun dari pembaringannya lalu mendekati almarinya. Sehelai seluar pendek hitam diambil lalu disarung ke kakinya.
Aara pula sudah menjadi serba salah. Daniel dipandang lama dari tempat baringannya sehinggalah Daniel baring di tempatnya di atas katil. Aara sudah mula bingung tidak tahu hendak melakukan apa. Sesekali matanya menjeling memandang Daniel yang sedang main telefonnya.
Aara bangun lalu menutup suis lampu bilik. Hanya lampu tidur yang dipasang menerangi sedikit bilik itu yang tadinya gelap-gelita.
"Daniel.." Panggil Aara perlahan. Aara perlahan-lahan mendekati Daniel. Aara baring di tempatnya lalu perlahan-lahan lagi mengesot mendekati Daniel.
Tangan kiri Daniel yang sedang memegang telefonnya ditarik oleh Aara lalu diletakkan di bawah kepalanya. Daniel hanya membiarkan sahaja. Matanya masih sibuk membaca chats daripada aplikasi Whatsappnya
"Siapa je yang tak nak anak? Tapi, bukan ke masih terlalu awal? Kita kahwin pun tak sampai sebulan, Daniel pun baru je mula bekerja kat tempat baru." Kata Aara. Jarinya menguis-nguis pada dada Daniel yang terdedah tetapi Daniel tetap sahaja masih senyap.
"Daniel dengar tak ni?" Aara mendongakkan kepalanya memandang Daniel.
"Jom tidur." Ajak Daniel. Telefonnya diletakkan di tepi bantalnya. Daniel mengiringkan tubuhnya menghadap Aara. Selimut ditarik menutupi tubuh mereka. Setelah itu tangannya mula menepuk-nepuk punggung Aara perlahan.
YOU ARE READING
[OG] Antara Kita
FanfictionAara Insyirah. Si gadis yang lemah-lembut, sopan santun dan pendiam. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang serba lengkap dan mewah. Namun, kasih sayang yang dia dapat tidaklah sepenuhnya. Di sebalik gadis yang halus itu, banyak luka yang disimpan...