Bab 20

65 9 0
                                    

Sedari tadi, Daniel hanya diam duduk di meja makan sambil matanya tidak berhenti mengikut Aara ke mana sahaja. Dia ingin berbincang dengan Aara, namun dia juga masih bingung dengan keputusannya.

Namun dia tertanya-tanya. Apa yang syarikat itu nampak pada dirinya? Sudah berkali-kali dia menolak tawaran daripada syarikat itu namun mereka tetap tidak berputus asa. E-mail, panggilan telefon sering dia dapat daripada syarikat itu yang tidak berhenti menawarkan pekerjaan kepadanya.

Haih..

Satu keluhan berat dilepaskan. Aara yang sedang menghidang makanan itu laju menoleh. Daniel yang sedang menunduk itu dipandangnya dengan rasa risau dan tertanya-tanya.

Kreak..

Kerusi di sebelah kiri Daniel ditarik oleh Aara dan serentak itu, Daniel mengangkat kembali kepalanya. Dia hanya senyap membiarkan Aara duduk di sebelahnya.

"Daniel ada masalah?" Soal Aara. Matanya merenung tepat ke arah mata Daniel. Daniel tersenyum nipis sahaja.

"Daniel nak bincang sesuatu ni dengan Aara." Aara senyap sahaja. Menunggu Daniel menyambung bicaranya.

"Aara boleh terimakah kalau Daniel hanya bekerja di super market?"

Aara menganggukkan kepalanya.

"Aara tak kisah Daniel nak bekerja di mana. Yang penting halal dan cukup untuk tanggung kita."

Daniel tersenyum lagi mendengarkan jawapan Aara.

"Kita pindah ke Kuala Lumpur, ya?" Terkebil-kebil mata Aara memandang Daniel. Masih cuba untuk memproses apa yang baru sahaja dia dengari.

"Tapi.. Kenapa?" Teragak-agak Aara bertanya. Jelas di wajahnya bahawa dia sedang kebingungan.

"Sejak setahun yang lalu, ada satu syarikat ni tak berhenti tawarkan pekerjaan pada Daniel tapi Daniel tolak. Mereka tak berputus asa, tetap tawarkan Daniel pekerjaan sehingga sekarang. Dulu, Daniel masa bekerja di super market sahaja sudah cukup untuk tanggung Daniel dan Danish."

Daniel berhenti. Tangannya naik mengusap pipi Aara pula.

"Tapi sekarang dah berbeza. Tanggungan Daniel sudah bertambah dan mungkin akan bertambah lagi di masa hadapan. Mungkin sudah tiba masanya Daniel terima tawaran mereka." Lembut sahaja suaranya berbicara kepada Aara.

"Aara setuju?" Aara laju menganggukkan kepalanya.

"Aara ikutkan sahaja mana yang terbaik untuk kita.."

"Terima kasih Aara." Aara tersenyum sahaja.

"Tapi rumah?" Daniel tersenyum nipis.

"Nanti Daniel usahakan." Aara mengangguk sahaja.

"Daniel pergi panggil Danish dahulu. Sunyi sahaja daripada tadi."

Daniel bangun daripada duduknya. Kakinya dibawa ke ruang tamu. Namun kelibat Danish langsung tidak kelihatan. Di setiap ruang dia mencari Danish namun tetap tidak ditemui.

Dia menuju pula ke bilik tidur si kecil itu. Tetap sama. Kosong.

"Danish?" Panggilnya. Kakinya menuju pula ke bilik tidurnya.

Setapak kakinya melangkah ke hadapan, kakinya terpijak satu cecair. Kakinya diangkat dan alangkah terkejutnya dia melihatkan cecair bewarna merah di kakinya.

"Danish!" Jeritnya. Kakinya melangkah mendekati katilnya pula.

"Ya Allah Danish!" Lemah kakinya melihat Danish yang sedang berbaring di tepi katilnya. Kaki dan tangannya dipenuhi darah.

[OG] Antara KitaWhere stories live. Discover now